Saturday, August 20, 2016

takut

ku ini sangat banyak ketakutan.

terus terang sepanjang hidup ni tak ada satu perkara pun yang pernah wujudkan rasa confident dalam diri ku nih.

aah. LANGSUNG TAK ADA.

walaupun masa belajar dulu, dah study betul pun xpernah confident boleh jawab.
atau lepas exam dan rasa dah boleh jawab semua pun, tetap tak ada rasa confident yang jawab tu betul jawapannya.

sebab penakut. takut nak percaya pada apa2, termasuk diri sendiri.

-.-

dan sekarang pun, masih takut.

takut untuk pergi walaupun dah tak ada hati di sini
takut untuk mula baru walaupun yang lama dah tak ada erti
takut tak boleh bawa diri
takut tak mampu nak buat itu ini.

ya, kita muslim untung sebab kita ada Allah yang kita boleh berserah seluruhnya..

dan itulah..mungkin khilaf dan masih kurang diri ni,

masih rasa takut walau hati dah kata tawakal pada Ilahi.
masih resah walau selalu minta diredhakan hati.

itulah.

perlu terus dan terus mohon dan mohon lagi.

moga hati tenang
moga takut hilang
moga kurang kebergantungan pada orang
agar bila orang tu pergi,
tak terus jatuh tersembam
dan masih kuat untuk berdiri.


:I :I :I

Saturday, June 11, 2016

Definisi Bahagia

setahun 1 post. haha.

orang dah tak layan blogspot kn blog? umpama bercakap dengan blog tu sendiri je la sebab xde orang yang layan blogwalking dh sekarang.

lagi senang menaip n post di  instagram benda jarang2 tp panjang, atau tulis di twitter benda2 pendek tapi kerap.

ku start menulis di blog lepas suka la duk blogwalking kat inifynnjamalcakap, tp tu la lastest post pun dah 4 years ago blog tu.. blogger lagi suka jdi vlogger skarg, senang nak jual jubah n tudung. untung2 lawa terus jadi pelakon atau pengacara. haha.

apa2 lah..

tahun ni kan blog, umo ku dah 27.. ketuaan tiba2 terasa sangat. tahun lepas tak pun.. :( tapi kan, keterujaan n keterdesakan untuk kawin tu belum ada. sikit2 perasaan tu ada la, tp belum tahap teruja n terdesak,.

mak asyik risau sebab calon pun xde. mak kata, kalau kawin nanti ada orang nk jaga, nak hantar pergi kerja dll.. tp ku tgok ofismate ku semua dah kawin, tak de sorg pun yang husband hantar g kerja? haha.

macam hyouka (ini anime, sila search kalo mau), being lonely adalah kebahagian untuk dia. macam tu jugak orang lain, definisi bahagia itu beza2.

makanya, sedarlah tentang hakikat bahawa segala apa yg kita fikir tu adalah fantasi, apa yang kita buat tu yg sebenarnya realiti.

.
.
.
.

kawin memang penting (eceh, macam dialog iklan fair&lovely plak) tp kalo dah smpai jodohla kan..ku xmau n harap sgt ku xserabut kepala fikir pasal nih. like banyak benda penting lagi nak fikir.

kenal x fatiha shuib?.dia yang pengasas (kot?) 1moment4them tu.. xpasti die dah kawin ke belum, tp rasanya belum. dia perempuan, dia muda, n dia boleh handle n lead teams utk kumpul dana anak2 syria. kagum nye la haii.. boleh la follow beliau kat sini https://www.instagram.com/fatihashuib/

fatiha shuib

baju ni ada jual tau. rm50. n keuntungan terus disalur ke tabung 1moment4them.

yes, kawin, jaga suami, ada anak, didik anak - tu bagus. tapi bawa sedikit masa n guna sedikit tenaga untuk bagi sedikit kebahagian pada anak2 syiria, palestin, n byk negara2 lain yg lebih mmerlukan tu pun bagus kan. nampak x? bukan nk compare.. tp antara hidup untuk bahagia sendri dengan hidup untuk bahagiakn ramai org lain, agak2 mana yang lebuh bahagia??



ok, mungkin jauh sangat impian nk ke negara luar. kita fikir dalam malaysia la. salute sangat dengan mereka2 yang boleh create event2 macam soupkitchen, dapurjalanan, free market dll.. cuma bagi sikit je dari apa yang kita ada pada orng yg betul2 memerlukan dah dapat mengukir senyum n rasa lega pd diri dorg.

pengasas soupkitchen ni chinese xsilap... tapi
keterdesakan n keperluan untuk makan tu tak mengenal bangsa kan?
dapurjalanan ni kecik sikt banding soupkitchen. tp xkisahlah, yang penting hati dorg besar dari kita tak xbuat apa2 nih..

semoga satu hari ku dapat join program2 nih.. amin.

jadi untuk mula, untuk yang jauh, untuk yang tak mampu masa, tenaga, kos transport semua, kalo ada rm20 lebih dalam akaun, meh kita transfer sikit rm10. moga2 Allah redha, moga2 seploh ringgit ni yang memudah urusan kita, yang jadi pemakbul doa kita, sapa tau kan. :)





yang ngo di Malaysia mostly tak perlukan sumbangan duit, dorg lebih perlu barangan asas tak pun sumbangan tenaga  untuk join dorang agih makanan. dan macam soupkitchen ada jugak buat service gunting rambut, trim dll free of charge.

bagus kan.

so dalam pada setiap kali berdoa dipertemukan imam ataupun rusuk kiri tu, apakata tambah doa sikit semoga kita pun diberi kesempatan untuk menolong orang lain yang jauh lebih memerlukan selama hidup nih.

agak2, mereka2 nih kisah tak rusuk kiri kanan bagai? tak kan, sebab untuk hidup sehari lagi pada esoknya tu lebih penting.




Sunday, June 14, 2015

150615

waktu kita tengah nervous memulakan hari baru di tempat kerja baru
ada orang yang tengah nervous tunggu keputusan diagnose dari Dr.
waktu kita tengah stress dengan kerja yang berlambak
ada orang yang tengah bertungkus lumus membuat kerja part time untuk tampung bil hospital.
waktu kita tengah strunggle dengan jerawat yang banyak naik kat muka
ada orang tgh strunggle dengan sel2 kanser yang makin merebak seluruh tubuh badannya.
waktu kita rasa dah penat dengan hidup
ada orang yang tengah melawan untuk terus hidup.

ambil masa
pandang dunia dari mata mereka.

dan mungkin akan kau lihat 
betapa birunya langit yang kau junjung menutup kelam yang sekali-sekala
betapa hijaunya rumput yang kau pijak menutup tompok2 kering kontang yang sedikit.

sebab
dunia bukan tentang kita semata-mata.




Sunday, April 6, 2014

karutmarutX4

ok. last post hari merdeka tahun lepas. dengan kisah yang tak berapa nak merdeka. dan harini. rasanya masih tak merdeka. ntah. sebenarmya merdeka tu maksudnya apa? ibarat burung yang terbang bebas kat udara? atau ibarat ikan yang berenang bebas di lautan? disebabkan manusia tu bukanlah hidupnya totally di langit atau di laut, maka hanya mampu merdeka dengan peng'ibarat'an semata?

einstein ni org ckp otaknya dikeluarkan masa dia mati, utk dikaji. brain without soul, masihkah berfungsi?


tamat karut marut 1.

sebenarnya ada tak orang yang hidupnya smooth and silky je memanjang? atau dia dah melalui banyak kinabalu dan mungkin everest untuk dapat hidup yang smooth tu? rasa bersalah tiap kali bangun pagi dengan malas untuk mulakan hari. sedang ada orang yang mengharap masih ada pagi untuk dia bangun setiap kali. yerp, bukan telenovella. ada seorang yang accidentally ku terkenal di insta. she was suffering leukimia since 2010. dan kalo org tak tahu org memang takkan tahu pun. sbb she lives her lfe to the fullest. she gaves soooo much inspirations untuk ramai orang termasuk org2 yg sihat walafiat pun fizikalnya. dan Allah sayangkan dia lebih. mgu lepas dia dah kembali ke tempat dia datang lama dulu.. alfatihah.

so..sangatlah xpatut untuk take anythin for granted la kan. sbb walau betapa tak nak nye kita dengan sesuatu tu mesti ada org yg harap dapat apa yg kita lalui tu. cumanya itu bukanlah sebab untuk kita stay pada apa yang kita ada sampai bila2 kan? pada ku la..kalo kita peluang, kesempatan dan kemampuan untuk jadi capai apa yg kita harap dan impi yang mana boleh jadikan kita lebih dan lebih baik apa salahnya kan? cumanya, sebelum sampai waktu tu, like bos ku cakap la kje tu amanah, kne la buat sungguh2. si giraffe a.k.a gwavatar tu pun pernah ckp;

annoying dgn dia ni. tp mgkin character perlukan dia mcm tu. sbb bila serius, ok plak.

saifulislam pernah cakap, apa yg penting adalah apa yg dikatakan, bukan siapa yg berkata. so, memegang kpd prinsip tu, walaupun ku x ok sgt dgn either bos n gwangsoo ni, tp ye la harus kuakukan la kan dorg cakap tu betul.

tamat karut marut 2.

ok. walaupun ku cuba nk suka kerja ni dan tengah cuba pun. cuma ada masa2 persekitaran menyebabkan ianya jadi sukar. ku cuba nak optimis. setiap kali. sebab tu ni pun salah satu harapan ku jugak - get a stable job. n ku benci tahap meluat tahap sakit hati orng yg duk complain pasal kje dorg kat fb. so ku cuba sedaya upaya utk tak complain kat fb. ku complain kt sini. haha. 

hrmm..mungkin la sebab petambahan usia. dulu2 kita suka dengan hidup yg well-planned. lps pmr-g asrama-lps spm-gi matriks-masuk u-kje stable-kawin-dapat pencen-happily ever after. tp tolonglah, hidup tu bukan satu perjalannan yg straight je. ada kona. ada bukit. kadang2 ada lopak yg kita tak perasan sbb penuh dgn air hujan bertakung. dan hidup yang tak pasti tu la membuatkan hidup tu makin best utk diteroka ye tak?

nanti ku review buku ni. :)
ku xbuat keputusan lagi samada nak amik skim pencen atau kwsp. tp lebih kpd kwsp je rasa. sbb tak pasti ku kje lama ke x kan. haha. *straight face. tp mostly org kat sini bantah. siap suh ku jumpa kaunselor. hrmm..ku rasa ku kena jumpa psikatrist la lg bagus. dorg ckp pencen nnt senang bila tua. tak harap org n blablabla. cuma cam kelakar la jugak kan, macam confident je ada masa tua. ada ke? bukanlah taknak merancang, cuma perancangan masa depan yg tak pasti ada ke takde tu kdg2 buat kita pospone apa yg kita nak buat di masa yg ada sekarang. 

tamat karut marut 3.

bercakap tentang kje ku. ok je sebenarnya. macam buat fyp. tiap2 tahun adalah 2-3 projek kena settle. n hri2 lepas ubah suai method extraction yg dlu buat 1 peak pun xkluar tu, tup2 hari tu kluar peak! lega gila2. ye la, kita duk extract seharian dri solid jd clear liquid n inject dalam instrument kn. pastu esokny tgok ada result, mau x happy?? cuma concentration yg klaur rslt tu lain plak dgn yg ku spiked. salah kira kot.  kena kira balik. is ok. kira je la kan. :) gila optimis. haha. sbb byk lagi bnda yg patut ku takut dan risaukan. cik fifa ckp kalo die ada kat tmpt ku, dia akan sgt suka kje ni. mungkinlah. kamu kan rajin dan skema. :P

berbanding kje, mungkin yg lbh asyik buat ku nak lari dan pergi (hiperbola lbh..padahal jalan je) adalah etika dan peraturan dan pekeliling bagai. ku adalah org yg tak kisah dengan apa yg ku xkisah. yg kurasa xefek pun hidup dan mati. tp bnde penting dalam pekerjaan ku skrg. sbgai contoh, pekeliling. pekeliling untuk bercuti, untuk jemput penceramah, untuk buat event, dan latest untuk buat bisnes online. jujurnya, satu pun ku tak baca lagi. dengar dorg cakap je. ok la. guideline kn. hidup xde guideline akan terumbang ambing la. ok la. 

lagi pasal dress code. yg ni dri sejak first dy ku lapor diri dah kne tegur dgn bos. haha. org selekeh cam ku mmg xreti nak smart2 bagai ni kan. sama macam dri sekolah dulu, ku suka g sekolah, tp ku xsuka uniform. ku tak rasa yg uniform atau certain2 dress code tu akan efek pembelajaran atau pekerjaan seseorang tu. as long as tak menyalahi agama so ok la kan? dan ku rasa bila sesebuah institusi or badan tu nak menyamakan semua akan lagi nampak perbezaannya. bila semua putih dan biru, hitam atau kuning yg setitk tu akan lebih terserlah. kalo x knp ada budak2 sekolah yg pakai kain o tudung singkat gila, yang galas beg tinggi bahu, pakai tali kasut kaler2? sebab dorg nak nampak lain dari semua yg dipaksa untuk sama. padahal semua org tu cuma 1 je kat dunia. apsal nak compete sedangkan kita semua mmg sah2 lain? tak faham la. 

eh?
ku kat sini, ku pakai pe yg ku selesa. tp ofcos la xpakai tshirt n jeans g kje kan. giler rebel. tak la. ku suka pakai seluar je dlu. tp bos ckp, sebolehnya better pakai baju kurung. tak tau la knp, ku xberapa gemar pakai baju kurung. tp kain ku suka plak. ntah. so ku pakai either blause dgn kain atau jubah je. bos pernah ckp jugak randomly la, tak direct pada ku, katany kalo g hq pakai bju kurung je boleh masuk, n de la jugak staf sorg ni ckp ikut pekeliling (yg mmg sah ku xbaca la kan) jubah tak dibenarkan.ye guideline tu ada bagusnya, cuma pemikiranku yg mmg tak terer mana ni rasa takde salahnya pakai jubah. so, ku terus pakai n pakai. n ku tgok bos ku n staff yg terer pekeliling tu pun start pakai jubah jugak sekali-sekala. hehe :D tetiba feeling cam masa aryan malotra ubah angin gurukul dlm mohabbatein tu. wee~~

tamat karut marut 4.

cukuplah sudah karut marut kali ni. oh ye, haritu kena request training yg ktorang nk. yg byk org request la yg akan di shortlisted kan. antara yg dorg nk n dorg suh ku nak sekali adalah tntg etika pemakaian n dll. bagusnya dorg kan. always nak improve dalam career. ye la dorg ckp, dari pakaian kita boleh nmpak org tu kne gov o swasta. n dorg nak jaga tu. ku was like..penting ke? haha. ntahlah.. induksi seminggu n kerja setahun lbh kat sini belum boleh nak menskemakan pemikiranku. 

k.la..cukup2 la. doakan la ku jumpa org yg berani nk cuba lalu hidup yg tak pasti. dengan jalan yg tak nampak hujung. cuma hadap dengan berani apa yg ada sehari2. sebab ku xberani nak tempoh sendiri. harap jumpa la nanti2 kan. wee~~

tetiba. *ada org share kt fb. ku share kan la kan sini. sharing is caring. :)

tamat.





Saturday, August 31, 2013

semoga setiapnya

slm.

mne nak cari aps blogspot ea?? sbb kan xjumpa. atau mungkin takde. so apa yg terlintas trus ke instagram jer.. cepat dan senang. post trus sebelum idea dan mood hilang.

tapi tu la..rindunya nak bebel panjang lebar kat sini.. tapi tu la jugak, sejak hidup mencari nafkah sepenuh masa ni, tv yg mnjadi kewajiban time belajar dulu (walaupun ada test esoknya) dah jauh dari kemestian dah..

sebab
tidur lebih penting. haha. (emotionless)

btw, beberapa bulan terakhir 2013 ni, ada beberapa benda yang ku kena achieve.

1. menghadapi audit dalaman utk MV n MU yg ku buat sendiri 2/9 nanti. which mean lusa!

2. kena lulus exam lisan utk approved signatory pada 13/10 nnati. kalo x, ku kena re-seat n re-seat nxt next yr sampai lulus jugak. itu syarat utk sah jwtn as PTM. dan jugak baru lah ku boleh sign result keputusan n sign ku tu sah ke mahkamah.. (ouch,baca byk kali sop masih xfaham MV n MU nih..huhu.)

3. menghadapi audit extension scope dari BKKM sebagai sambgn kpd audit dalaman td pada 13-14/10 nnti. (rasa nak nangis..)

4. ambil lesen kereta selewatnya hujung bulan 11 ni sbb L ku dah nak mati 6/12 nnt.. (ni paling nak nangis..)

5. menyiapkan projek bos suruh untuk perkembangan kaedah honey sebelum hujung tahun ni.. walhal 1 pepun xstart lagi.. :/

masa makin lama makin cepat rasanya bergerak. 25/11 nnt dah genap setahun ku kat sini. tp baaaanyaaaakkk sgt ku xbelajar lagi.. 

semoga diikhlaskan hati utk tak lagi hanya pasrah
semoga dipermudah agar diri terus mampu digagah
semoga diredha setiap saat rasa dan jiwa dikerah
semoga setiap satunya ditakdir yang indah-indah.
semoganya..

jamuan raya 2013 makmal

p/s: bergambar dengan student2 LI yg muda2 remaja ni terasa diri dah tak muda lagi.. hampir separuh abad dah bernafas percuma atas bumi..

Thursday, June 13, 2013

daisy.

senyum tiap kali aku baca tulisan kamu
jelas benar rasa suka kamu pada dia
rasa yang kau hanya mampu tuliskan itu
terasa makin mahal nilainya bila sampai masa utk kau luah nanti
satu masa yang pasti dia sambut sepenuh hati~

doa aku untuk kamu punya dia
walau terkadang ada detik di hati yang berkata;
"andainya 'dia' kamu itu aku orangnya."




Sunday, April 21, 2013

book review - PuisiTepiJalan

last entri lepas yang ku tulis pasal 2 kisah tu, ku de tulis yg esokny ku akan update entri sambunganny kan? 

ok. ku tipu.

tanpa niat. so tak mandatori la kan. :) 

kadang2 tak semua yang kita rancang tu kita mampu buat. sebab kita hidup dalam dunia yang bukan kita punya. yang cuma mampu, kita usaha. kan? :)

ok la. so, ku bukan dalam mood nak tulis pasal sambungan entri2 lalu. harini ku nak wat review jer. first - book review.

buku Puisi Tepi Jalan  oleh Fynn Jamal.


harga rm20. tebal. ada berpuluh puisi n 15 cerita pendek.

bagi yang tak tahu, puisitepijalan ni himpunan puisi2 fynnjamal yang dia tulis kt blog. dulu2 rsenya ku pernah wat review pasal RANAP. tu pun oleh fynnjamal. tp buku puisitepijalan ni lebih byk la karya n dan ada jugak ranap dlmny.

bagi yang tak tahu spe spe fynnjamal? haih~ sellow la org2 tu.. :P gi google kalo nak tau. youtube-ing pun boleh. taip je fynnjamal. :)

dari sepanjang2 puisi ke yg paling pendek. semua ada. ni antara yg ku feveret. leh nampak x???

ini tentang kedegilan untuk terus berdiri walaupun dihenyak ramai untuk jatuh.



yang ni pula tentang 

org di tengah2 yang hanya nampak yang di sana, yang disini luka berdarah dia buat buta.


dan yang ni paling ku suka. 
kadang2 kita pilih utk percaya walau kita tahu ianya dusta belaka.


dan banyak2 lagi tulisan yang kusuka. tapi kan, yang ku xplain tentang setiap puisi kat atas tu adalah interpretasi ku sndiri. mungkin salah, mungkin betul. terpulang untuk org yg baca untuk pilih apa yg dia percaya. sebab itulah namanya puisi. banyak frasa yang jadi tanda tnya. banyak benda yang buat kita fikir. maka terserah untuk yang mmbaca buat konklusi sendiri.

ini fynnjamal cakap:

makanya, apa yg ku tulis dalam dunia maya, biar kekal kat dunia ni je la ea. tak perlu nak transit ke dunia nyata pulak. sbb adalah agak tak best bila status fb atau entri blog dipersoal-soalkan pulak di ofis, di kedai makan atau majlis kenduri. kan? pilihan terbaik adalah dengan tak approve/add ofismate esp bos anda. :)

p/s: tak tau knp, tapi rasa cam tulisan kali ni tak cukup jiwa. mood xkena kot. ntahla.. :/


Sunday, March 17, 2013

dua kisah

short update.

misi tido awal malam ni gagal lagi seperti hari2 sebelumnnya...

xtau apa yg xkena dengan sistem badanku. dari selasa lepas ku xleh tdo dgn cukup. plg lama pun dpt tdo 2 jam lbh kurang. kul 2 lebih terjaga, then trus xleh tdo2 dah. semalam lgsung la xlena langsung. seriusli. tp ku x mngantuk pun time kje. standard r nguap jap2 masa kje kan..

so dengan kata lain, xleh tdo ni xde la mmburden khidupan harian ku sgt. cuma hari rabu lepas la, ku cam pening kpla sikit sbb xtdo lgsung - so tpksa amik EL.. tp spnjg harini ok je walaupun smlm xtdo lgsung jugak. cumany, ku kesian kat badanku, kat otakku, kat mental, kat jiwaku kalo2 die xcukup rehat.

ntahlah. mungkin sebab kadang2 mata tak sependapat dgn otak. mata dh penat, tp otak masih nak berfikir. dan mungkin jugak, kadang2 otak dah penat fikir tp mata masih nak bayangkan. atau mungkin otak dah penat fikir, mata pun dah penat bayang, tapi hati masih nak merasa.. so, ntahlah. bila org tanya knp xleh tdo. xkan la nak jawab camni kan. nanti dikata poyo. haih~

ok, posmen ke syurga dah start balik. ku dh pernah wat entri pasal ni dulu. tp rasa cam nak tulis lagi. esoklah..kot.

terus terang - cerita ni dilakonkan dgn biasa. ow, maaflah peminat jaejong. sbb ku pun minat jugak. maksud ku dorg tak melebih-lebih. biasa. normal. cuma, apa yg buat ku suka cerita ni sbb kisah dlm cerita nye. jalan cerita pun biasa. tp kisah n cerita dlm jalan cerita yang cuba nak diceritakan tu yg ku suka.

tentang rasa ingin percaya.
walau semua bohong.

tentang masih ingin mengharap.
walau semua takkan.

cause of believe and hope,
they keep the faith.

ok, esok smbung.

wassalam. :)