Tuesday, December 28, 2010
kisah cik tesis & mr burn
Friday, December 24, 2010
TALEnTIME
Wednesday, December 15, 2010
.....
Tuesday, December 7, 2010
Thursday, December 2, 2010
Makanan comel :)
Tuesday, November 30, 2010
selalu bersamamu :D
1.put your music library on shuffle
2.for each question press the next button to get your answer
3. you must write the answer to the question, no matter how silly it sound
4.when you done , tag it to 20 person (uish, yg ni xmampu ku wat.
If someone says 'is this ok?' you say ?
What do your friend think of you ?
What do you think of your parents ?
cinta sampai di sini - D'masiv
What do you think about very often ?
What is 2 + 2 ?
What do you think about your bestfriend(s) ?
150 juta - fynn jamal
What do you think of the person you like ?
gadis semasa - yuna
What do you want to be when you grow up ?
syukur (Kau yg satu) - ONE
What do you think of when you see the person you like ?
What will they play in your funeral ?
mencari - giegel ft waheeda
What is your biggest fear ?
knocks you down - keri hilson ft neyo ft kanye west
What is your biggest secret ?
What will you post this as ?
selalu bersamamu - ayim mentor
Monday, November 29, 2010
penulisan tulisan
mulakan harimu dengan senyuman, semoga segala kesulitan dapat kau hadapi dengan penuh indah.. rasa indah itu hanya dapat setelah melalui saat2 yang kurang indah kan? begitu juga seperti kata pakar2 motivasi, hanya org yang gagal dapat merasai nikmat kejayaan yang sebenar-benarnya..
malam tadi terjaga awal sebab bersin tak berenti. start dgn menelaah nota sebentar. sangat sekejap. 2 slides je lepas. haha. umpama next paper seminggu lagi. masih tak sedar lagi.
apapun, masa berjaga tu tak la dibazirkan tanpa erti. tapi kuperuntukkan mambaca latest entry tulisan fynn jamal. cara2 menulis dengan baik. jadi, lebih baik tak tulisan ku kali ni? haha
segala kesalahan2 yang dilistkan kat situ, semuanya kerap kubuat. jadi, ku akan cuba ubah sedikit demi sedikit. bak kata mizznina, slow2 kayuh :) jadi mulai hari ni akan cuba dikurangkan kesalahan ejaan yang saja dibuat. typo tu xpelah. miss typo, dont worry ye?
lagi satu adalah penggunaan banyak titik selepas ayat. erm, terbiasa sudah. sampaikan kalau dapat reply sms tanpa titik yang banyak selepas setiap ayat, umpamanya tiada minat dan keikhlasan je mereply. persepsi yang kurang bijak.
paagi ni nak bercerita tentang tulisan je.
terus terang, kuminat sangat menulis. kalau dah start menulis atau menaip, laju je perkataan2 seterusnya akan keluar tanpa perlu brainstorming. pastinya tulisan berdasarkan pendapatlah. kalau berdasarkan fakta seperti menjawab soalan esei dalam peperiksaan, pasti penat juga otak ni dikerah untuk berfikir.untuk cuba mnengingat segala fakta yang telah dihafal malam sebelumnya.
peliknya tak pernah cuba untuk belajar lebih dalam dalam bidang ni. belagak? merasakan kalau dah dilahirkan sebagai melayu, di bumi malaysia, teruk macammana pun tak perlu nak ambil tuisyen bahasa malaysia. nanti orang kata kerek je.sekali lagi pemikiran kurang bijak.
masa pmr, cuba buat yang terbaik semata-mata nak masuk kelas sains atau lebih baik pergi sekolah menengah sains.syukur dapat masuk kelas sains. takut sangat andai tercampak ke kelas vt.
kenapa? sekali lagi persepsi kurang bijak kerna menganggap kelas sains itu utk org pandai2 dan vt sebaliknya. mengabaikan minat sendiri demi mengagungkan pandangan orang keliling. bodoh.
konon kata orang, yang dimasukkan ke kelas vt itu sebab dirasakan tak mampu untuk membawa segala bagai killer subjects. hakikatnya, ku sendiri yang takut dan merasa tak mampu untuk membawa subjek2 seperti akaun, ekonomi, perdagangan dan segala macam subjek yang kalau salah pemahaman pada awalnya, pasti akan terpesong seluruhnya.
takut pada risiko. takut pada kemungkinan akan gagal. antara ciri-ciri seorang loser. hakikat memang selalunya pedih lagi perit.
masuk mrsm, lagi aliran sains. mangharapkan dapat masuk matrik sekalipun tau tiada bidang bahasa di matrik sebab takut tercampak ke form6 atau diploma yang dirasakan pada ketika itu untuk org2 yang kurang baik resultnya dan membazirkan masa semata.
juga pemikiran bodoh. kurang membaca yang berlambak insan-insan berjaya bermula dengan form6 dan diploma. terlalu mengikut jalan yang dirasakan pasti akan selamat.
sampai ke uni, masih dalam bidang sains walaupun semasa di atrik telah menanam dalam hasrat untuk takkan belajar lagi kimia dan biologi. saya bukan penghafal yang baik.noktah.
tak lama lagi akan tamat pengajian dalam bidang sains makanan ni. ya, memang ku suka makan, semua orang pun. tapi sains itu, oh.. ku pun sedar yang ku bukan penggenerate idea yang baik. jenuh brainstroming untuk 1 idea. susah yang amat.
tapi kalau menulis ni, lancar je idea mengalir keluar dari otak lalu menghantar isyarat kepada tangan untuk terus menulis. minat itu penting kan dalam membuat sesuatu? pastinya ilmu itu penting gak agar tak terlalu merepek.
bukanlah bermaksud ku tak minat apa yang selama ni kubelajar. minat juga. tapi rasanya lebih kepada tanggungjawab. jadi pelajar, harus belajar. berpeluang mendapat tempat di ipta, harus menceduk ilmu sebanyak mungkin. diberikan biasiswa, harus ada rasa berterima kasih dan mencuba membalas dengan usaha.
di sebabkan itu, agak takut untuk melangkah ke dunia baru tak lama je lagi.alam pekerjaan. setelah hampir 16 tahun menghuni dunia pembelajaran, kini harus berpindah. mau saja terus di sini, tapi sampai bila? apa guna ilmu kalau tak dipraktikkan?
mau tak mau harus melalui. lets follow the flow. walauapapun, buat apa sekalipun dalam hidup, mesti sungguh-sungguh.minat minat gak, tapi setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. jangan biarkan hidup di dunia nih tak bermakna dan disia-sia. bak kata entah siapa, hidup tak mengapa kalau tak memberi, tapi jangan asik minta diberi. menyusahkan orang lain tu namanya.
konklusinya, hidup baik-baik ya? :)
Thursday, November 25, 2010
Ada padamu
bagus kalo terasa
kenapa semua orang ingat senang pekerjaan kritik ini?
ye, semua orang ada hak menulis. blog pun percuma. artikel semua mudah didapatkan.
tapi tuhan sudah kata:
iqra'.
sebab itu menulis bukan sesuatu yang mudah dan murah.
kau perlu tahu, perlu baca, perlu ada asas baru boleh jadi pembebel bagus.
berhenti jadi wartawan tabloid.
berhenti jadi pengacara majlis yang tidak buat research.
menuliscakap tanpa tiang faham yang kukuh.
semua orang boleh.
mimpi-mimpi yang tak kembali,
aku janji, janji takkan pergi..
mimpi pelik2 semalam. 2 mimpi yg sangat ironi.
pertamanya, pasal pemilik rumah sewa yg datang dgn sangat baik n ramah tamah. n gitau gak bulan depan dah xyah bayar duit sewa sbb masuk dlm deposit. yea!
tp hakikatnya, dicall n sms tanya sal bnda ni, xreply2 pun.. :(
keduanya, situasi dlm kelas. rasa cam kls kimia. tp de unsur2 mmaths gak. siap de temperature suma lg.
cikgu perempuan ni mngajar, tp ku duk bersembang dgn dak sblh. tgh bagi motivasi la konon..skali kuar nma suh jwb, ku xtau soklan pe yg ditanya..trus kne perli..buruk dah imej..
pastu dah nak fokus, de lak pulak sorg ni tunjuk 1 msg - x ingat pe isinya tp pntinglah..ala2 msg link gitu..tgh duk bca n fahami msg tu,kuar lg nma. kali ni tau soklan tp xtau lak nak settle..huhu..kne la perli lg n kne tegur gak..sdey..
trus fokus, tp rasa cam xpernah blajar je bnde2 tu..mmgla pun, 1st time mimpi tu dtg..hoho..
kesimpulan mimpi kedua, tumpukan la plajaran dlm kelas ye. sdey tau bila rasa kita dah jauh ktinggalan n xtau pape..lg sdey bila kita rasa yg cikgu pun rasa kita ni otak-kosong.. :(
Thursday, November 18, 2010
adakah CINTA perlukan sebab?
p/s: Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati."
Sunday, November 14, 2010
Sampai syurga-episod 1
Mentari pagi itu betul-betul ceria. Sejak jam 9 pagi tadi telah mula memancarkan cahayanya. Tak jemu-jemu dengan tugas yang diberi tuhan padanya untuk menerangi segenap alam. dan pagi ini seperti selalunya aku asyik mengeluh penat turun dari tingkat 4 asrama fasa 1 dan kemudiannya pula perlu menggagahkan oto-otot kaki menghayun langkah ke kampus. Lebih kurang 20 minit untuk sampai ke kampus..dan pastinya perlu 20 minit juga menahan terik mentari. Seketika aku jadi malu dengan sang mentari, rasa malu pada tuhan. Sebaiknya manusia diciptakan, hinanya angkara diri sendiri..(tetiba macam terngiang-ngiang pula lagu ciptaan Faizal Tahir,nyanyian Rast-Setelah Aku Dipaling..) Pasti mentari saat ini memandang rendah padaku,terlalu lemah,fizikal juga mental..kemana perginya umat Nabi Muhammad yang amat dikasihinya?? Ah,pastinya kekasih Allah itu sedih melihatkan umatnya(yakni aku )yang begini…
Assignments yang bertimbun, lab report yang merumtikan(bahagian discussion khususnya,nak kena translate procedure lagi.. )ditambah lagi dengan paperwork aktiviti kelab yang tak setle-setle..(kurang selesa berkomunikasi dengan salah seorang ajknya sebenarnya,so kerja jadi makin sukar..)terasa kepala semakin berat,jiwa semakin sesak,fikiran makin buntu dan hati pun jadi sakit..huhu..turun dari kompleks kuliah tadi,aku TERselisih dengannya..tapi tak pandang,ok..harus menundukkan pandangan..aku kagum dengan dia. Walaupun aku tak kenal sangat dengan dia,tapi aku betul-betuk kagum. Sungguh. Dari cerita kawan-kawan,aku dengar dia aktif dalam aktiviti kampus,akademik pun ok..paling penting,akhlaknya paling aku respect.budak suraulah katakan..jarang-jarang aku mengagumi orang macam ni,tambah-tambah lagi muslimin..ada saja slacknya di mata aku(termasuklah si poyo-ajk kelab yang aku meluat tu..)memang ramai yang ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ di sini..tapi yang ‘ustazah’nya selalu pandang slack pada kawan-kawan lain yang ‘tak seperti mereka’, yang free-hair terutamanya(tak semualah macam itu,segelintirnya..)walaupun aku tak free-hair,tapi aku pernah sebilik dengan budak free-hair.(dia betul-betul baik,tak pernah menyakitkan hati orang lain..mudah untuk minta maaf bila tersalah..aku harap sangat satu detik nanti hatinya terbuka untuk bertudung..harap sangat-sangat.)dan sepanjang 2 semester sebilik dengannya,aku faham sesangat perasaan golongan macam dia.rasa rendah diri dan amat tak layak untuk bersahabat dengan golongan-golongan ‘budak baik’ ni..dan bila perkara ini berterusan,maka yang baik mungkin akan terus baik,tapi yang sebaliknya?? Akan terus dibiarkan tersalah arah ke..sampai bila..lagi satu yang buat aku konfius betul,tentang pandangan slack ‘ustazah-ustazah’ni..setahu aku lah(yang amat cetek pengetahuan ni..mohon betulkan bila aku tersalah)Rasulullah s.a.w. sendiri tak suka kita sebagai manusia ini memandang rendah sahabat-sahabat yang lain.sedangkan kaum kafir zimmi pun perlu dijaga kebajikan mereka,apatah lagi sesama saudara Islam..dan sekalipun kita tak senang dengan kelakuan sahabat kita(memang seharusnya membenci perkara-perkara mungkar) tapi yang patut dibenci hanyalah perkara tersebut.cukup setakat itu. Bukannya individu yang melakukannya..(macam orang kutuk faizal tahir.aduh,sakit betul hati aku ni..)kan lebih baik kita doakan kebaikan orang itu,moga-moga dia tak tersalah langkah lagi dan lebih berfikir panjang selepas ni..daripada mengutuk dan terus-menerus menghukum..hello,awak tu perfect sangat ke?? yang ‘ustaz’nya pula,aspek pengetahuan ilmu agamanya memang mantap,tapi sering aku lihat bergurau-senda dengan muslimat sampai ketawa terbahak-bahak..memanglah ilmu aku cetek,memang aku akui aku ni jahil bab-bab ni,tapi aku ingat lagi ustazah aku(the real one)selalu ingatkan tentang pergaulan lelaki-perempuan bukan mahram.kalau tak ada hal penting(betul-betul penting,ok!)sebaiknya tak perlulah berjumpa,apa lagi kalau saja-saja hendak usik-mengusik dan bergurau-senda..pernah gak seorang sahabat aku di matrik dulu bertanyakan ustazah ,”bagaimana kalau berdiskusi pelajaran?study-group contohnya..”dan tahu apa ustazah aku cakap?? “dah tak ada muslimat lain ke dalam kelas tu sampai perlu berdiskusi dengan muslimin??dan awak boleh jamin ke hati awak tu betul-betul ikhlas berdiskusi??tak perlulah melakukan sesuatu yang awak tak pasti,sebab dari rasa tak pasti itulah syaitan akan masuk jarum.” dan ustazah aku tambah lagi,yang aku tak akan lupa sampai bila-bila,insyaAllah..”jangan nak menghalalkan yang haram dengan sesuatu yang halal.dalam Islam,matlamat tak pernah menghalalkan cara.” Betul juga,kita menuntut ilmu Allah sebagai satu ibadah, dan kalau diselitkan dengan sesuatu yang Dia murka dalam laluan mencapai kejayaan,sekalipun berjaya di dunia tapi mana mungkin mendapat keredhaanNya..dan pastinya,tak ada yang lebih penting daripada peroleh keredhaanNya..aduh,apa yang aku mengomel sorang-sorang ni? Patutlah budak sebelah ni pandang semacam saja..malunya..tak apa,control-control..cuba buat tak tahu saja..erm,masalah aku tadi tak setle lagi.sekarang aku sudah tambah satu lagi isu untuk difikirkan..huhu..tak boleh jadi ini,aku HARUS buat sesuatu.kalau dibiarkan bisa jadi makin parah.
Friday, November 12, 2010
LUMPUH
Thursday, November 11, 2010
lewat kukenal, selamanya ku loike!
rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.
salam.
lebih kurang jam 12am td, ku tlh follow 1 blog - inifynnjamalcakap. seriusly, entri2 sgt bagus. tntg kehidupan - isu berat yg dikupas dgn seni bahasa yg ringkas tp bernas membuatkan ku lupa sbntar tntg minitab yg asyik not-responding.
jujur. tak pernah kenal spe fynnjamal. tak pernah dgr nma pun b4 nih, apatah lagi tgk muka.sgt lambat utk kukenal. tp lbih baik drpd lgsg tak kenal kan? ;)
suma sebab lagu 150 juta. lagu tu sgt menarik wat ku. seriusly. sangat. ntahla kenapa..mgkin lirik nya kedengaran sgt jujur n ikhlas..? thanks to syeera sanders@monsterbabe12 yg dah cover lagu tu dgn sgt sempoi!
then, atas sedikit sifat 'stalker' yg de dlm diri, mula la mnggoogle siapa fynnjamal itu. pmbuat lagu 150 juta. kuarla byk gambar. oh, comel n simple.n de slh satu gmbr link to a blog called inifynnjamalcakap. n ku trus melekat di situ sampai tertido..
entri kun fayakun-buat ku sedar. sangat. redha. trima kasih utk tulisan yg sgt bagus itu. betul kata kamu, sebagaimana baik kita mrancang n berusaha pun, kalau Allah kata tidak, maka tidaklah..tp yakinlah, ada balasan baik driNya atas segala usaha kamu itu. kalau tak disini, pastinya di sana nnt. :)
sebelum ini kumelihat segala apa yg berlaku pd boss mmbuat kusedar hidup ni mmg sentiasa ada turun n naik.
*sedikit sejarah yg ku tak hafal dlm otak, tp tersemat dalam hati
bermula dgn 1 prtndingan juta-jutaan - tewas. kembali dgn single2 yg berhantu - nah, populariti mula mgatasi sang juara. dlm sedikit kealpaan, lantas berlakulah 1 kesilapan - dihukum, xkurang gak yg mghina n mmperli tak suda2.tercalon byk tp tak berpeluang mnyertai. sedih. kecewa.menyesal pastinya..
*3 bulan berlalu
kembali dgn semangat baru - kemenangan besar atas karya pertama itu. dan memang harus bgaimana lagi dan terus begini..manusia mmg suka mmperkatakan 1 kesalahan bbnding seribu kebaikan.di banned lagi + diktakan pmbawa imej negatif. muka depan akhbar. mngaibkan org lain sec terang2an begitu mnunjukkan imej yg sgt positif kah?
*sedikit emo
kali ini lbh kuat, tercalon lagi n berpeluang mnyertai dan nah, kemenangan sgt besar. :)di saat kerjaya di thp sgt2 baik, kesihatan tak mgizinkn.tp andai Dia tlh mgatakan rezeki itu ada pada kamu, tongkat bukan penghalang :)dan seterusnya n seterusnya, turun n naik itu terus berlaku..
*panjang lak entri nih. kalo kamu dah xlarat, stopla. kisah lepas ni xde pape sgt. mgkin tak bisa beri inspirasi pada ssiapapun. tp kalo ingin trus mmbaca, trima ksihla ye.. :)
pengalaman sndiri:
-kisah hostel.
dari sem 1 - 6 duk di hostel. dari sem 2 - 6 guna rslt cgpa, xkisah sgt ng segala bagai xtvt yg dpt sijil/sticker sbagai tiket dpt tmpat di hostel.
berlagak. yakin sangat tmpat tu pasti ada utk aku.
jadi usaha itu agak kurang.
lupa yang lbh ramai org yg pandai2, sdg ku hanya cukup2 makan.
lantas, sem 7 - tiada tempat utk aku lagi. mula belajar susah mncari rumah sewa tnpa kwn.tp, skurang-kurangnya ku jadi org yg lebih berusaha kan? alhamdulillah..
-kisah tempat LI
>part 1, awal sem
kecoh ura2 mngatakan ku tak dpt tmpat, cuma tia yg trpilih. dpt tau lak tgh kat lab wat sampling - down, frustrated, depress, stress n sgla macam. then call mak, dan ku mula ajar hati utk redha - tak mengapalah.
then, masa meeting LI - en fisal ckp we BOTH dterima. terkejut. happy gak. syukur sgt.alhamdulillah.
*mula tak fikirkan psl LI lagi sedang kwn2 lain sibuk mncari tmpat2 lain sbb cuma bbrapa kami je yg dah dpt tempat
>part tu, akhir sem
company yg dh setju amik ktorg dulu tu ttbe cancel.dgn alasan yg ntah pape. hilang perasaan. seriusly, tak rasa sedih pun. cuma bengang sikit sbb dah last2 minit baru nak cancel. like ktorg takde kerja nak wat je akhir2 sem nih.
skrg thesis+finalexam-mode ok?? oh, mgkin die xtau. xpelah, biarlah. lantaklah.
*masih mencari tmpat
nmpak tak? btapa ironik nya hidup nih. a thing can change 360 degree in 1 second.sumanya kerna Allah yg mnentukan. siapalah aku utk mmpersoalkan..
lihat dari sudut positif - Dia ingin aku lebih berusaha. kerna Dia menilai hambaNya dri usaha n bukan hasilnya. alhamdulillah. aku diberi kesempatan utk berusaha lebih n lebih. hasilnya kuserahkan padaNya utk mnntukan yg terbaik buatku..
sesungguhnya Allah itu maha baik. keep trust in faith.. insyaAllah.
p/s: tulisan kali ni lebih serius kan? ku rasa la. motif ingin mngembalikan kmbali kecintaan terhadap bahasa ibunda bbnding broken-english/manglish. terpengaruh sikit dgn cara tulisan fynnjamal. ringkas tp bernas.tp pastinya jgn dibandingkan lah.dia itu penulis hebat , ku ni ibarat baru belajar mengenal abjad.
Thursday, November 4, 2010
hati + minda vs diri
Wednesday, November 3, 2010
selesai suda 1 lagi chapter..
Tuesday, October 26, 2010
26-10-2010 #happybirthdaybigboss !!
32 thn yg lalu, lahirlah seseorang nih..ku xknl die lg time tu. gmbr time die baby pun xde..sbb ku pun msih blum dlahirkn time tuh! aniza, kamu dh xbetul..
yg bbaju biru ye..AG sy xtau birthday nye.. blum smpat untk mngambil tahu. hihi
Kisah Lulu dan Lala
rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.rangkap satu, kata mula -pendahuluanku. salam mula cara kita, sejahtera semua..
suatu waktu kat suatu tmpt, de 1 kisah persahabatn antara Lulu dan Lala. pada mulanya, dorg ni takde la rapat sangat, tp makin lama makin rapat. Lala senang kawan ng Lulu sbb die berani, tak berkira, baik.. dorang wat apa pun sama2.. ;)
tapi entah pe sebabnye, tak pasti bila ia bermula..Lala rasa Lulu makin jauh dgn die..atau mungkin Lala yg makin jauh dgn Lulu..ntahlah.
Lulu wat pape dah x sama2 Lala lg dah..dah x share suka, duka..impian, harapan.. mcm dulu2..Lala nmpak Lulu lebih senang dgn org lain yg Lala rasa jauh lebih baik dri Lala sndiri.. Lala cuba gak wat2 cool, xnak fikir sgt. tp...hati bukan senang nak control, kalo hati dah sdey, Lala mnangis gak kadang2..
sampai 1 masa, Lala pun wat keputusan nak lepaskan je Lulu. Lala rse Lulu de hak utk berkawan dgn org yg leh bwa die ke arah yg lebih baik. bukan macam Lala.. Lala xserajin Lulu n kwn2 barunye..Lala dah x sama standard dgn Lulu lg.. Lala sedar Lala byk kekurangan.. Lala tak pernah lupa tu walau sesaat..
Lala hepi je kalo Lulu hepi. mgkin Lala bukan kwn yg terbaik, Lala terima seadanya. Lala xdpt ikut rentak Lulu n lain2, tp Lala pun xnak paksa Lulu n lain2 ikut rentak Lala. jd, may b kalo Lala n Lulu ikut rentak msing2 itu lebih baik.. harap2lah..
wlau pepun, Lulu tetap org yg pernah dekat dgn Lala...sampai bila2 pun Lala takkan lupa tu. wlpun my b satu hari Lulu dah lupakan siapa Lala dlm hidup Lulu. kalo Lala de wat silap, Lala minta maaf sgt.. Lala ucap terima ksih sesgt atas segala pe yg Lulu dah wat utk Lala slama berkawan. Lala harap sekalipun Lulu dan Lala tak serapat dulu, tp masih kawan n bukan lawan kn?
dan Lala pun faham..de btulnye gak pe yg Lulu ckp. Lala mkin lama makin malas. mungkin salah Lala la semua ni jadi. Lala tak salahkan spe2, xpernah salahkn Lulu. mungkin Lala pun patut berubah..bukan sbb Lulu atau spe2 tp utk diri Lala sendiri, utk masa dpn Lala gak.
akhirnya, dua sahabat ni - Lala n Lulu dah xserapat dulu. tp dorg stil kawan. tak mau la gado2, msm2 muka..masing2 punya impian, harapan n keinginan utk berjaya tp mungkin cara dorg berbeza. n sbb perbezaan tu, yg mgkin dirasakan pghalang oleh slh 1 pihak, Lulu n Lala amik keputusan utk bawa haluan msg dgn cara msg2.. wlpepun, impian dorg tetap sama - MENGEJAR IMPIAN, MENCIPTA KEJAYAAN!
PUPUS
(..oleh Ahmad Faizal b Mohd Tahir..)
Pertemuan yang kuidam Masih belum bersua
Perpisahan yang kutakutkan Hadir sudah tiada kupinta
Harapan pudar mati tuk mencari lagi
Bagai lilin yang menerangi Lalu padam jua
Apalah yang mampu kuberi
Agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri
Tak mampu kumendusta hati ini lagi
Cinta yang tersulam tulus Kurasakan pupus
Hingga ada terluka Pada setiap bicaraku
Kasih yang mengukir mesra Hilang dalam tawa
Namun inginku semula Merasai nikmatnya
Mampukah rayuanku ini Membuatkan ia kembali
Setiap kemanisan cinta tulus dan suci
Hadirkanlah sekali lagi cuma Agar bernyawa cinta semula
Maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini
Monday, October 25, 2010
Ruang & Peluang
by princess_belle
There is a part of me
That feels I am different from everyone else.
Something that I can't quite see,
Something that I can't quite feel,
Something so unreal.
But this 'thing' is always there,
This 'thing' with others, I will never share.
So I push it to the back of my mind,
All the thoughts of boys and clothes
And make-up, it is hiding behind.
Sometimes, when I have almost forgotten,
It comes back with such ferocity,
Angry and unforgiving.
I feel so lost and sad,
Whatever caused this feeling
Must have been so horrible and bad.
A lost memory or something else,
I'll never know,
Whatever it is,
I know for sure,
I can never let this feeling show
p/s: masih de 4 bab mghafal + 1 bab mngira perlu ditelaah utk test esok. xpe, nvr stop, nvr giv up ye mizuumi. Allah mnilai hambaNya dri usaha, bkn hasilnya..so, buatlah sehabis baik yg termampu, :)
Saturday, October 23, 2010
xde tajuk
rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.rangkap satu, kata mula -pendahuluanku. salam mula cara kita, sejahtera semua..
sesungguhnya, di saat ini ku sgt3 penat sampai xtau nak rasa pe dah..dari semalam xtido lgsung. tp mata x ngantuk lg pun, cuma otak ni terasa penat..saat ni:
1. perut lapar
2. nak g ladies
3. nak g amik buku kt atas meja study
4. nak wat air milo panas
5. bla3..
tp..dari tadi tak enjak2 dari depan lappy nih. melekat suda.. ohw, tp xleh pk dah nak wat discussion pe. dari td asyik edit font..
aniza, kamu sgt buang masa!
kan, ku pun rsa..tp otakku dah xleh fokus..
ttbe je smlm dpt msg kne anta slide hari ni gak. WAJIB! dgn baru g observe PDA ptg semalam, n ofcos la rslt mmg xpenah ok. mlm trus start wat all d graphs. suma kena edit balik sbb dh tambah 1 lg sample. ngan powerpt asyik 'not responding' n restart. dlm seminit bbrape kali kot jd gitu!
pastu, method pun kne edit gak, experimental design suma dh berubah. ANOVA utk 2nd sample x run lg, dgn t-test xstudy lg. journal bru kne cari. nak study for test isnn ni lg! arghhhhhh!!! ku dah xlarat..tp ku stil kena wat.
trase nk msg je doc mintak tangguh. mst doc fhm sbb rslt pun ku bru dpt smlm, sgtlah xlogik nk complete suma by today..tp, ssungguhny LOSER always has excuses. n ku xnak jd loser! so, ku kne wat gak la cmne pun.
ikut ati, nak g penang je rini. join semesta suma kt HRC. xpun balik taiping. plg tidak pun nak tgk 1-2 movie ke skrg. tp, minda ku x izinkn..die bg bloggin je jap, tu pun utk refresh blik otak nih..urh..
selgakfgttvsn mnsjho hdgfgs aonyr bb maoha, nkjhar!
Wednesday, October 20, 2010
terPESONG..
rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.rangkap satu, kata mula -pendahuluanku. salam mula cara kita, sejahtera semua..
rule #3: do not allowed ur blog for follower
ni mr big bosh time ramadhan lepas kt lubnan. :) (dsbbkn dh biasa kt forum tls bb jer, de plak yg ingt bb tu bigbang??!! ouishh, sgtla tak patut. 1 lagu bigbang pun ku tak prnh lyn.. or de ke yg ingt bb tu stand for blackberry?? i wish i hav 1..