Showing posts with label fynnjamal. Show all posts
Showing posts with label fynnjamal. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

book review - PuisiTepiJalan

last entri lepas yang ku tulis pasal 2 kisah tu, ku de tulis yg esokny ku akan update entri sambunganny kan? 

ok. ku tipu.

tanpa niat. so tak mandatori la kan. :) 

kadang2 tak semua yang kita rancang tu kita mampu buat. sebab kita hidup dalam dunia yang bukan kita punya. yang cuma mampu, kita usaha. kan? :)

ok la. so, ku bukan dalam mood nak tulis pasal sambungan entri2 lalu. harini ku nak wat review jer. first - book review.

buku Puisi Tepi Jalan  oleh Fynn Jamal.


harga rm20. tebal. ada berpuluh puisi n 15 cerita pendek.

bagi yang tak tahu, puisitepijalan ni himpunan puisi2 fynnjamal yang dia tulis kt blog. dulu2 rsenya ku pernah wat review pasal RANAP. tu pun oleh fynnjamal. tp buku puisitepijalan ni lebih byk la karya n dan ada jugak ranap dlmny.

bagi yang tak tahu spe spe fynnjamal? haih~ sellow la org2 tu.. :P gi google kalo nak tau. youtube-ing pun boleh. taip je fynnjamal. :)

dari sepanjang2 puisi ke yg paling pendek. semua ada. ni antara yg ku feveret. leh nampak x???

ini tentang kedegilan untuk terus berdiri walaupun dihenyak ramai untuk jatuh.



yang ni pula tentang 

org di tengah2 yang hanya nampak yang di sana, yang disini luka berdarah dia buat buta.


dan yang ni paling ku suka. 
kadang2 kita pilih utk percaya walau kita tahu ianya dusta belaka.


dan banyak2 lagi tulisan yang kusuka. tapi kan, yang ku xplain tentang setiap puisi kat atas tu adalah interpretasi ku sndiri. mungkin salah, mungkin betul. terpulang untuk org yg baca untuk pilih apa yg dia percaya. sebab itulah namanya puisi. banyak frasa yang jadi tanda tnya. banyak benda yang buat kita fikir. maka terserah untuk yang mmbaca buat konklusi sendiri.

ini fynnjamal cakap:

makanya, apa yg ku tulis dalam dunia maya, biar kekal kat dunia ni je la ea. tak perlu nak transit ke dunia nyata pulak. sbb adalah agak tak best bila status fb atau entri blog dipersoal-soalkan pulak di ofis, di kedai makan atau majlis kenduri. kan? pilihan terbaik adalah dengan tak approve/add ofismate esp bos anda. :)

p/s: tak tau knp, tapi rasa cam tulisan kali ni tak cukup jiwa. mood xkena kot. ntahla.. :/


Thursday, June 23, 2011

tentang seorang abah

dua entri yang emo. cukup-cukuplah. kita pergi ke luah rasa yang lebih mendalam sikit ye.

entri ni sepatutnya 19hb haritu, tapi asyik terhalang. so nah, siap video lagi bagi korang! >.<

sila roll page ni sampai bawah dan pause dulu lagu yuna tu ye. baru feel... :)


dah?? ada rasa sebak tak dalam hati?? atau ada sepasang mata yang sepertinya mahu bocor?? kalau ada, tahniah. lagu ni berjaya masuk ke jiwa kamu2 seperti jugak jiwa ku nih..

tapi kalau takde apa-apa rasa, ermm... nak buat macammana kan. mungkin lagu2 jiwang karat tentang chenta hati kamu lebih menyentuh kot. terpulanglah.

sini ku letak sekali lirik lagu ni.

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekalii
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

SELAMAT HARI AYAH. KU DOA ABAH SELAMAT HENDAKNYA DUNIA AKHIRAT..aminn..

p/s: lagu ni sepenuhnya milik FYNN JAMAL. video atas tu FYNN perform dgn suaminya, TRI.


Sunday, June 5, 2011

projek KESIAN

salam.

since 2hb haritu, ku asyik play lagu-lagu yg sama jer.. sbb baru dapat cd!!! yea!!! exclusively pos by the artist kot!! weeehuuu~~~


album PROJEK KESIAN (rare version) by FYNN JAMAL!! *tulisan kak fynn sgt cute kan? :) n no 222 tu sgtlah rare! :D

kenapa projek kesian?? haa, de la crita di sebalik pmbikinan album nih. korg kalo nak tau, leh la g stalk notes kat fb kak fynn or g ziarah blog die ea.. >.<

dalam ni ada 7 lagu :
#1 : 150juta
#2 : biar
#3 : over
#4 : suatu pernah
#5 : biar jiwa
#6 : sampai tua
#7 : no more

suma pun best tp yang akan ku ulang, ulang dan ulang adalah track 2,3,4,5..tp track 1 n 2 pun mmg dah terhafal b4 dapat album ni lagi. ha2!. :)

kesimpulannya, utk album kak fynn ni - jgn cuma dengar suara tp kena DENGAR RASA dan korg akan dapat apa yg nak disampaikan.. :)

dengar cite kak fynn dah nak fly ke rusia bbrapa thun utk kje kat sana..alaa..kempunan nak tgok die perform live..hopefully 1 day akan boleh jugak jmpe die.. >.< n kalo korg nak dengar lagu2 ni, leh search kat utube, tp sbb suma tu live performnce, soo agak bising n tak brapa clear la liriknya..

ohw, lupa nak bagitau. lirik paling penting dalam album nih. sbb fynn jamal ni pmuisi. cara pnyampaian puisi die tu yg unik, iaitu dia slalu sampaikan dalam bentuk lagu. so, dalam album ni lagi mantap r sebab de macam2 instruments kan especially lagu BIAR. seriusly kalo korang dgr betul2, msti akan ada rasa tersentuh dlm hati. lagu tentang ayah. :I

ok, dah alang2 tersebut tentang lagu BIAR, so ku bagi description for each song la ye. saja nak bagi korg jeles. hahaha! ;)

150juta - seunik tajuknya. lagu ni tentang seseorang yang bercerita tntg partner nye. tak kisahlah besties ke, husband/wife ker dll.. sbb dlm r/ship kan org2 luar msti akan kata mcm2 psl our partner tmasuklah yg negatif ke..tp wlau 150juta kali pun dorg cakap mcm2 kan, cuma kte je tau prangai sbnr n sbb kte still stay dgn partner kte tu kan... ? >.< *soooo suwiittt!! fyi, lagu ni rmai dah org cover since thn lepas wlaupun album ni baru je release.

Biar - mcm dah sebut tadi, lagu ni tentang ayah. yg walau sakit mana kan tetap kata 'biar' n 'biar' utk dia trus cari rzeki, utk terus dia nmpak tabah. walau hatinya sama je dgn seorang ibu.. *sebak.

over - lagu perpisahan. ni lagu english. tentang bila kita sedar yg our r/ship dah sampai ke penghujung dan perpisahan adalah jalan terbaik. cuma kte harap segala mimpi indah takkan berakhir n kita tak perlu bangun dri tdo utk mgakhiri semuanya. fynn ada buat video klip lagu ni dgn suaminya, tri. korg boleh cari kat utube.

suatu pernah - cerita tentang secret admirer. suma org pernah rasa minat pd seseorang suatu masa dulu kan? ;) so, walau macammana kehidupan kita sekarang ni pun, pasti ada seseorang yg pernah bergelar SUATU PERNAH dlm hidup kte.. btul x?? tp lirik lagu ni sdey..ku bagi skit ea

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

biar jiwa - ni terpaling faveret sejak dua tiga empat menjak nih. (checkout blog zahirilazhim >.< ) taktau la nak explain apa psl lagu nih. kena dengar sendiri. tp biar jiwa tu sbb bila ssuatu perkara tu ssh nak dterangkan dgn kata, so BIAR JIWA yg sendiri rasa. :) ada video klip lagu ni as ost filem kontrakdiksi yg bakal kuar sept nanti by fynn n tri. leh la search kt utube. :)

sampai tua - ni lagu tentang husband-wife. yg walau apa pun jadi, akan tetap kukuh n utuh utk terus bersama SAMPAI TUA.

track 7- erm, ku belum hayati betul2 lagi lirik die..nnt ku hayati dulu yerp. :P yg pasti sdey jugak lirik die. tntang realiti yg slalunya jauh dri kisah happily ever after.. :/

ok, cukup sudah penerangan n promosi tak berbayar nih. hehe. takpe ikhlas tu penting. mahu layan lagi album PROJEK KESIAN nih sambil mnjahit. wee~~


Wednesday, February 9, 2011

akuingintulis

salam,
ini apa yg aku ingin tulis, persis amat


tapi rasa ingin hanya tinggal ingin kerna aku takut.

risau akan melukakan hati mereka2 yang tak pernah kisah tentang hati aku
risau pada fikiran mereka2 yang tak pernah fikir tentang aku
takut mereka2 yang tak pernah endah ada tiadanya aku itu akan meminggirkan aku

sungguh aku bodoh
kerna aku asyik takut dengan pelbagai ketakutan itu
walau aku tahu aku ni hidup berTuhan
dan Dia takkan pernah biarkan aku sendiri tanpa tuju
selama aku ingin dipandu

Tuhan,
aku pohon
tolong kuatkan aku
campakkan aku secebis rasa berani
agar aku bisa hidup dengan pasti
selama aku benar dalam caraku

aku mohon..

Thursday, November 25, 2010

bagus kalo terasa

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.

petikan dari blog inifynnjamalcakap:

kenapa semua orang ingat semua orang boleh jadi a good reviewer?
kenapa semua orang ingat senang pekerjaan kritik ini?

ye, semua orang ada hak menulis. blog pun percuma. artikel semua mudah didapatkan.

tapi tuhan sudah kata:
iqra'.

sebab itu menulis bukan sesuatu yang mudah dan murah.
kau perlu tahu, perlu baca, perlu ada asas baru boleh jadi pembebel bagus.
berhenti jadi wartawan tabloid.
berhenti jadi pengacara majlis yang tidak buat research.

menuliscakap tanpa tiang faham yang kukuh.
semua orang boleh.

(full artikel dh link kt tajuk entri ni.)

p/s: terasa x? atau ada yg terasa?? sbb sy terasa la gak...tp sy ttp suka tulisan insan nih - ringkas tp bernas! :)

Thursday, November 11, 2010

lewat kukenal, selamanya ku loike!

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..

rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.

salam.

lebih kurang jam 12am td, ku tlh follow 1 blog - inifynnjamalcakap. seriusly, entri2 sgt bagus. tntg kehidupan - isu berat yg dikupas dgn seni bahasa yg ringkas tp bernas membuatkan ku lupa sbntar tntg minitab yg asyik not-responding.

jujur. tak pernah kenal spe fynnjamal. tak pernah dgr nma pun b4 nih, apatah lagi tgk muka.sgt lambat utk kukenal. tp lbih baik drpd lgsg tak kenal kan? ;)

suma sebab lagu 150 juta. lagu tu sgt menarik wat ku. seriusly. sangat. ntahla kenapa..mgkin lirik nya kedengaran sgt jujur n ikhlas..? thanks to syeera sanders@monsterbabe12 yg dah cover lagu tu dgn sgt sempoi!

then, atas sedikit sifat 'stalker' yg de dlm diri, mula la mnggoogle siapa fynnjamal itu. pmbuat lagu 150 juta. kuarla byk gambar. oh, comel n simple.n de slh satu gmbr link to a blog called inifynnjamalcakap. n ku trus melekat di situ sampai tertido..

entri kun fayakun-buat ku sedar. sangat. redha. trima kasih utk tulisan yg sgt bagus itu. betul kata kamu, sebagaimana baik kita mrancang n berusaha pun, kalau Allah kata tidak, maka tidaklah..tp yakinlah, ada balasan baik driNya atas segala usaha kamu itu. kalau tak disini, pastinya di sana nnt. :)

sebelum ini kumelihat segala apa yg berlaku pd boss mmbuat kusedar hidup ni mmg sentiasa ada turun n naik.

*sedikit sejarah yg ku tak hafal dlm otak, tp tersemat dalam hati

bermula dgn 1 prtndingan juta-jutaan - tewas. kembali dgn single2 yg berhantu - nah, populariti mula mgatasi sang juara. dlm sedikit kealpaan, lantas berlakulah 1 kesilapan - dihukum, xkurang gak yg mghina n mmperli tak suda2.tercalon byk tp tak berpeluang mnyertai. sedih. kecewa.menyesal pastinya..

*3 bulan berlalu

kembali dgn semangat baru - kemenangan besar atas karya pertama itu. dan memang harus bgaimana lagi dan terus begini..manusia mmg suka mmperkatakan 1 kesalahan bbnding seribu kebaikan.di banned lagi + diktakan pmbawa imej negatif. muka depan akhbar. mngaibkan org lain sec terang2an begitu mnunjukkan imej yg sgt positif kah?

*sedikit emo

kali ini lbh kuat, tercalon lagi n berpeluang mnyertai dan nah, kemenangan sgt besar. :)di saat kerjaya di thp sgt2 baik, kesihatan tak mgizinkn.tp andai Dia tlh mgatakan rezeki itu ada pada kamu, tongkat bukan penghalang :)dan seterusnya n seterusnya, turun n naik itu terus berlaku..

*panjang lak entri nih. kalo kamu dah xlarat, stopla. kisah lepas ni xde pape sgt. mgkin tak bisa beri inspirasi pada ssiapapun. tp kalo ingin trus mmbaca, trima ksihla ye.. :)

pengalaman sndiri:

-kisah hostel.

dari sem 1 - 6 duk di hostel. dari sem 2 - 6 guna rslt cgpa, xkisah sgt ng segala bagai xtvt yg dpt sijil/sticker sbagai tiket dpt tmpat di hostel.
berlagak. yakin sangat tmpat tu pasti ada utk aku.
jadi usaha itu agak kurang.
lupa yang lbh ramai org yg pandai2, sdg ku hanya cukup2 makan.
lantas, sem 7 - tiada tempat utk aku lagi. mula belajar susah mncari rumah sewa tnpa kwn.tp, skurang-kurangnya ku jadi org yg lebih berusaha kan? alhamdulillah..

-kisah tempat LI

>part 1, awal sem

kecoh ura2 mngatakan ku tak dpt tmpat, cuma tia yg trpilih. dpt tau lak tgh kat lab wat sampling - down, frustrated, depress, stress n sgla macam. then call mak, dan ku mula ajar hati utk redha - tak mengapalah.
then, masa meeting LI - en fisal ckp we BOTH dterima. terkejut. happy gak. syukur sgt.alhamdulillah.

*mula tak fikirkan psl LI lagi sedang kwn2 lain sibuk mncari tmpat2 lain sbb cuma bbrapa kami je yg dah dpt tempat

>part tu, akhir sem

company yg dh setju amik ktorg dulu tu ttbe cancel.dgn alasan yg ntah pape. hilang perasaan. seriusly, tak rasa sedih pun. cuma bengang sikit sbb dah last2 minit baru nak cancel. like ktorg takde kerja nak wat je akhir2 sem nih.
skrg thesis+finalexam-mode ok?? oh, mgkin die xtau. xpelah, biarlah. lantaklah.

*masih mencari tmpat

nmpak tak? btapa ironik nya hidup nih. a thing can change 360 degree in 1 second.sumanya kerna Allah yg mnentukan. siapalah aku utk mmpersoalkan..

lihat dari sudut positif - Dia ingin aku lebih berusaha. kerna Dia menilai hambaNya dri usaha n bukan hasilnya. alhamdulillah. aku diberi kesempatan utk berusaha lebih n lebih. hasilnya kuserahkan padaNya utk mnntukan yg terbaik buatku..

sesungguhnya Allah itu maha baik. keep trust in faith.. insyaAllah.

p/s: tulisan kali ni lebih serius kan? ku rasa la. motif ingin mngembalikan kmbali kecintaan terhadap bahasa ibunda bbnding broken-english/manglish. terpengaruh sikit dgn cara tulisan fynnjamal. ringkas tp bernas.tp pastinya jgn dibandingkan lah.dia itu penulis hebat , ku ni ibarat baru belajar mengenal abjad.