Showing posts with label luah rasa. Show all posts
Showing posts with label luah rasa. Show all posts

Friday, June 1, 2012

takde paksaan

ada satu rancangan tv ni tajuknya 3 colors woman (3CW). Salah 1 episod yg kutonton guests nya heechul n kangin. then, salah sorg mc tu tny;

mc: what would u do to make ur girl stay with u?

kangin: i will definitely try my best to be the best bf to her

heechul: nothing~ 

MCs n kangin : ???

heechul: bcause if she wants to stay, then she will. if not, u can do nothing.

lebih kurang la conversationnya. ku ingat2 lupa ayat betulnya. tp pointny tak lari sgt rsanya.

ku cuma ckp yg bukan cuma dlm hal pencintaan jer, tp dalam apa2 hal pun;

if some1 choose to stay, then she/he will stay. but if not, then u can do nothing.

indeed.

awak tak perlu bagi seribu sebab utk paksa seseorang stay kalo hati die dah pilih utk pergi, skalipun mulut die kata masih tak pasti.

sebab kalo die pilih utk stay, 1 persoalan akan nampak beribu je jawapan. sebaliknya, kalo die dah pilih utk pergi, maka 1 jawapan pun akan nampak beribu persoalan.

makanya, takde apa yg boleh dibuat. hak individu.

cuma, 

Tuhan, tolong hambaMu ni ye..semoga hambaMu ni jadi lebih kuat, tabah n sabar. Tuhan, tolong.. tolong permudahka urusan hambaMu ni ye selama perkara ini baik utk hamba, utk agama hamba, utk hidup hamba, dunia n akhirat. Tuhan, tolong.. tolong jadikan hamba tak terlalu mgharapkan pertolongn org lain selain dariMu..

aminn..

Wednesday, May 23, 2012

tentang faham


‘kalaulah ada orang yg faham…’

Motivator selalu cakap, orang loser je selalu guna perkataan ‘kalau’ nih. Dah, kenapa perkataan tu dicipta? Ke memang dicipta khas untuk loser? So, memang patut ada dan terus ada la loser2 ni kan demi utk perkataan ‘kalau’ ni terus wujud?

……………………………………pause……………………………………..

Masa tu tak menentukan seberapa dalam atau berapa jauh tahap kekenalan seseorang tu dengan seseorang yang lain. Hidup lah bersama 20 tahun pun, kalau memang tak boleh nak faham, memang takkan faham. Atau baru je kenal kurang 2 tahun, tapi kalo dah rasa2 boleh faham, memang akan faham.

Untunglah.

Kalau ada yang faham.

Memang takkan hundred percent faham, tapi cukuplah sekadar faham.

Sebab tak semua orang sama. Sampaikan ada philosopher yg cakap manusia ni adalah ‘haiwan yang tersangat kompleks’. Bukanlah nak bersetuu dengan teori manusia tu binatang. Tapi sangat bersetuju dengan manusia itu kompleks. Rumit. Memang.

Kadang2 diri sendiri pun kita susah nak faham, apalagi nak faham orang lain. Tapi tu tak bermakna yang takkan ada orang yg faham kita dalam dunia nih. Ada. Ku yakin ada. Cuma mungkin belum jumpa, atau ugak mungkin takkan jumpa. Tapi ada tu ada.

Untunglah,

Sesiapa yang dah jumpa. Yang betul2 faham.

Sebab tak semua orang boleh luahkan apa yang die rasa. Tak semua boleh zahirkan apa yang die fikir. Ada je yang tak boleh nak luah dan zahirkan byk perkara, tapi die tetap rasa dan fikir. Cuma orang tak Nampak. Logiklah benda yang tak ditunjuk untuk tak dilihat kan. Sebab tu, untunglah kalo ada yg faham.

Tak pastilah atas dasar apa. Mungkin bercampur aduk dgn tarikh lahir, bilangan anak yg ke berapa2, zodiac, jenis darah dll menjadikan setiap manusia tu berbeza2. Die mungkin seorang yang Nampak dingin sebab dia berdarah A, tapi dlm masa yang sama dia jugak sangat sensitive sebab dia berzodiak Taurus. Atau mungkin dia seorang yang sgt bercita-cita tinggi sebab die berzodiak scorpio, tapi dalam masa yg sama die seorang yang sgt sukar utk memaafkan dri sendiri sebab die berdarah AB.

Bukanlah nak kata setiap manusia ni terlampau berbeza sangat sampai susah sgt nak faham. Cumanya ada certain2 perkara, atau personality kita yang agak susah utk kebanyakan orang faham. Contoh, si A diam bila suasana ttbe jadi tegang. Sebab diam tu pd die utk meleraikan ketegangan n keadaan akan jd ok balik. Sebaliknya kalo si B tak dapat faham diam si A, si B akan ingat diam si A adalah tanda si A dah rasa annoyed/disguisted/irritated dll dgn si B smpai tahap taknak cakap apa2 dah, menyebabkan si B akan rasa lebih bengang dan keadaaan akan jdi jauh lebih tegang n boleh jadi terputus bila ketegangan dah capai tahap max. padahal, isunya ‘diam’ jer. Tapi sebab tak dapat nak faham, camtulah.

Sebab tu, kalau lah boleh. Kalaulah. Cubalah jangan cepat sangat nak assume orang lain. Sebab kita tak faham, dan memang takkan faham orang lain kalo kita tak cuba nak faham. Tapi selalunya walaupun kita cuba nak faham, tetap tak faham jugak, tu maknanya kta memang takkan boleh faham. Kita bukan orang yang betul utk faham dialah tu. Takpelah.

Cumanya kalaulah boleh. Kalaulah. Cubalah untuk tak terlalu cepat keluarkan kata2 atau set kat mind;

“sensitive tak betempat la minah nih.:
“tak boleh bawa melawak langsung.”
“cubalah tunjuk caring sikit. Ni macam tak kisah langsung.”

…………………………………….pause…………………………….

Sebab awak tak faham. Jadi biar dia cari orang yg boleh faham dia. Atau awak rasa yang dia tak faham awak? Jadi sila pergi cari orang yg boleh faham awak.

Untunglah,

Kalau sempat jumpa.

mereka dalam video ni contoh yang saling faham. tak perlu dicakapkan atau ditunjukkan. sebab, mereka faham. dah cukup. 



Sunday, February 12, 2012

kata hati

"saya tak tahu apa nak buat.."

"dengar kata hati. awak akan tahu"

"kata hati?"

"ye. percaya pada kata hati awak."

erm... tahu x kenapa percaya pada kata hati sendiri tu sangat susah? sebabnya lawan kpd percaya adalah khianat. kalo orang lain khianat pun, kte dah rasa sakit sangat teramat. dah kalo hati sendiri yg khianat? lebih berkali ganda la rasa sakit tu. kan?

sebab kata tu bukan kata orang lain. yang kte dengar n ikut tu kata hati sendiri. sendiri buat, sendiri tanggung. dah xboleh nk salahkan sesiapa. sebab sendiri yg kata, sendiri jugak yang ikut, yang turut. dan nah, akibatnya oun sendiri la yg tanggung.

sebab tu 'percaya pada kata hati' bukan sesuatu yg mudah. payah. kena ada cukup keberanian utk hadapi sendiri risiko yg mendatang. sebab pape yg jadi nnt, orang lain tak terlibat, termasuklah orang yg suh dengar kata hati tuh.

so, konklusinya. jangan terlalu mudah bagi nasihat2 cam "percaya/dengar/ikut kata hati n semua akan ok". kalo ok baguslah, kalo x? empunya diri yg tanggung. awak si pemberi nasihat hilang terus je kan?

erm~~

Saturday, November 12, 2011

tulis tanpa niat

tadi baca2 sikit step-step yang harus kena lalui sebelum ke step penting which is the 3rd step. mula2 cam bersemangat nak score first step minggu depan nih, siap nak study ebook suma..

suddenly terbaca pasal 2nd step tu, trus totally giv up. seriously, takkan passny yang kedua tu. takkan. sebab memang tak boleh.

so.....


fikir-fikir


dan fikir


what for nak struggle for 1st step ni kan kalo memang dah sangat xconfident akan pass 2nd step nanti kalo terpilih pun, ye tak ??

so....


cuma akan pergi hadirkan diri je la mungkin.

tak lebih-lebih.


p/s: niat ku asalnya sangat nak tulis pasal 'logik yang membunuh impian'. sebab memang banyak pemikiran2 logik semata yang membuatkan ada rasa yang impian sangat tak mungkin untuk dicapai. jadinya, logik memang pembunuh banyak impian. tapi tu kata minda, kata hati kadang2 lain. untuk waktu nih, kata hati lebih kuat menggerakkan jari2 nih menaip.

konklusinya, entri ni tertulis tanpa niat.

Wednesday, August 17, 2011

impikan sebuah IMPIAN

kita bercakap pasal impian nak? ntah kenapa, orang selalu kaitkan impian tu ibarat bintang yg jauh kat angkasa. dan burung camar lak dikaitkan dengan kegagalan capai impian.

ku cuba google psl kitar hidup burung camar ni, tp ku xjumpa yg detail lagi yg boleh jadi sebab dikaitkan dengan segala macam cerita sedih..xpe, nanti ku google lagi. ;)

cakap pasal impian ni, ku percaya yg semua orang ada impian. cumanya bila cikgu or fasi tanya, kadang2 kte jadi xtau apa nak jawab. jadi xpasti apa impian kita sebenarnya. tp tu tak bermakna kita takde impian kan??

ku pernah dengar orang cakap - kalo lama sangat fikir, impian hanya kan jadi angan2 jer.
ku plak rasa nak cakap (or mayb de org pernah ckp jugak b4 nih) - kalo banyak sangat ketakutan, impian pun akan hanya jadi angan2 je jugak.

btw sebab ku rasa nak tulis entri pasal satu sajak yg ku baru dengar tadi. so, ku pun dah download ep tu n trimmed part sajak tu -



yerp, dari series princess hour. kan dah cakap, kita boleh belajar dri mana2 sumber pun. termasuklah dengan mnonton movie. nak atau xnak jer..

The Dream of A Seagull

my foot does not separate from the ground
im simply afraid
im afraid to fly to the sky
because im used to the ground
sky is unfamilliar place
dont i have the wings?
dont i have the dreamer before?

versi bm lak ku translate >.<

kaki ku tak ingin berganjak dari tanah
kerna aku takut
aku takut untuk terbang tinggi menggapai awan
kerna aku dah terbiasa dgn tanah
lalu langit itu terasa sangat asing
tapi bukankah aku punya sayap?
bukankah aku pernah punya impian??
(ok, pelik bunyi budak sains karang puisi kan? its ok. abaikan. :/)
.......

pada ku la kan, impian tu tak semestinya benda yang logik. boleh jadi jugak benda yang pelik, yang mungkin orang lain rasa bodoh. dan sekalipun impian kita tu tak sempat atau tak mungkin jadi kenyataan, tak bermakna kita gagal. tak bermakna yang kita cuma buang masa selama ni tanam impian yg akhirnya tak tercapai. langsung tak!

sebab.. dengan adanya impian tu la kita rasa hidup. dengan adanya harapan.. dengan ada rasa percaya yg menanam impian tu bukan perkara sia2.



impian buat kita ada sebab utk hidup. kalo impikan utk hidup bahagia di syurga nanti, jadi kenalah hidup dengan baik kat dunia nih. mungkin ada yg akan kata, "mimpi je lah.." so, what? biarlah. tak yah nak berenti tanam mimpi semata-mata sebab org kondem impian kita.

hidup kat dunia nih tak de la sentiasa aman damai bahagia. happily ever after apetah lagi. so, kadang2 tak salah kita keluar jap dari alam nyata ni utk bermimpi. singgah jap taman impian yg kita dah bina sejak dulu lagi.

impian
mimpi
harapan
percaya

keep the FAITH.

Monday, August 15, 2011

saja2 taip

disebabkan 7am-7pm terasa lama tanpa buat apa2, terasa useless jugak kalo otak ni dibiar je hari2 tanpa perlu nak fikir apa2. so, memang saja nak cari benda utk difikirkan.

disebabkan ku ni dulu2 teringin sgt nak mengkaji psl behavior manusia ni, sampaikan masa wat pilihan pilih uni dulu, pilihan 1-5 suma psl sns kemanusiaan. tp 1 pun xlekat. yg lekatnya pilihan ke-6.. haha. xpelah.. dah jodoh nak kenal ngn dak2 foodtech kan? :D


berbalik kepada perihal manusia tadi, belakangan ni ku terperasan 1 benda. so, menggunakan daya mengkaji yang tak seberapa nih, ku dah buat 2 hipotesis :P

1. bila sorang yg cool, steady, calm dalam keadaan yg sgt down n sedih, n bila die cakap die nak bersendiri - actually die harap ada seseorang yg akan stay dgn die. yg tetap akan tunggu, dan xkan berganjak sekalipun die tolak. (atau buat2 tolak.. :B )

2. bila sorang yg happy-go-lucky dlm keadaan yg sgt down n sedih, n bila die ckp die nak bersendiri - memang die betul2 nak bersendiri. so, waktu tu bukanlah masa yg sesuai utk spe2 pun sekeliling die nak buat lawak. tak pasal2 leh bergaduh karang.

tapi ni stil hipotesis je la lagi. masih tak buat conclusion. sbb masih menjalankan pemerhatian. haha. poyo je kan?? fyp dulu main2, skrg ni xde kje la plak duk wat research yg xde kaitan. :/ hrmm..tp interesting sbnrny mengkaji manusia nih. sama jugak mcm microb. both r unpredictable.

aaarh....ttbe rindu la plak nak steaking. patutnya plate yg ntah spe2 buat terlebih2 xguna tu, kte amik je kan wat art. steak nama ke, love shape ke.. sbb at last, memang kte gak la pun akan jd representative to be blame sbb membazir. padahal org lain...

mr BC, kamu jadi saksi kan yg ktorang xde masa nak membazir. aish, rindu la plak saat2 bersama dlu.. 4 thn kat umt, selain sebab final exam, jarang2 la ku nangis. tp dgn kamu 1 sem, banyak kali tau buat ku nangis.. sebab kamu jugakla, ku xcukup tdo, ku xsempat makan.. aish, xpatut betul kamu nih.. tp sbb tu suma la, memang sampai ble2 pun ku xkan lupa. :)


ni hasil terbaik ni, byk single colony. weehuu~~

streaking mmg best
spreading mmg penat
counting mmg stress.

well said- makin kta nak lupa sesuatu perkara, makin bertambah kuat lak ingatan kta pasal perkara tu. so, xyahla nak susah2 lupakan. chillax jer. lama2 nanti, bila dah xfikir, hilangla sendiri kan? ;)

motif entri nih? aah, melalut jer. >.

Thursday, June 9, 2011

SnS post :)

SnS post.

iklan tv

budak cina : jom memancing kat sana nak? sana banyak langau
budak malays : ha? langau?
budak cina : langau pun taktau ke?? yg kaki panjang, warna putih
budak malays : tu bangau la!!!

depan tv:

ku : abah, langau tu pe ea?
abah : langau tu pondok
angah : tu danau la..!!!

2X gelak. hahahah.

p/s: angah kata langau tu cam lalat. :/

SnS means simple n sweet post. :)

Sunday, June 5, 2011

agak-agak la

salam.

ok, taktau sangat nak menulis tentang apa. cuma nak membebel sikit pasal cerita melayu yang baru ditonton tadi .
*mode menyesalgilaatengok.

nasib baik tengok gitu2 je sebab online sama. :D

sebagai orang yang tak pernah belajar seni persembahan atau teater atau apa2 tentang filem, sila abaikan pandangan tak ada ilmu nih.
tapi ada hati,
itu pasti.

harusnya si pengarah yang jugak pengolah skrip kena sensitif la sikit. dah kalau nama wataknya ustaz, tapi dating dgn wanita bukan mahram tepi sungai, tenung lama2 n asyik TERsentuh jer wlaupun berlapik,
agak2 la..

dan dah nama org masjid, tp percaya bomoh dan syirik pun agak2 la jugak.

kata si pemegang watak penceramah agama tu, dia 20 tahun skolah pondok, tp kalo perangai gitu, tak pasal2 mmburukkan institusi pondok.
pemegang watak ustaz tu pulak kata dia lepasan jordan, tp..

agak-agak la..

Saturday, April 16, 2011

FAIR is just a FAIRytale

salam.

hehe, sorry. mungkin akan bnyk entry ini malam. just nak share (umpamanya ku layak la kan..) psl American Idol 2011!. sebenarnya, ini kali pertama ku tengok realiti show ni dari audition's part. may be sebab ku suka tengok steven tyler kot :P

sekarang dah top 8. malam ni sorang lagi akan keluar. suma memang sangat bagus, a very good performer not just a great singer. cereusly!

my fav dulu2 was chris medina, tp sayangnya die xsempat pun masuk top24. die sangat bagus tau, tersentuh sangat dengar dan tgok die prform. kalo tak caya g search his new song kat youtube. :)

so, i hafta choose other contestants la kan..n now ku suka:

cassy abrams : sebab die sangat unik! die sangat ke-cassyabrams-an, sangat diri sendiri. n thank God die bejaya buktikan yg hanya diri sendiri yang tau pe yg terbaik utk diri sendiri. great singer cam will-i-am pun xsentiasa betul :P

james : die sangat kuat dan tabah. tau kisah hidup dia?? kalo x, gi la tgok episod dulu2. n ofcourse la bcoz he's ROCK!!! \m/ *dunno la why ku suka rock. bukan sebab ft, tp memang la incik bigbosg tu pemangkin :P my b sebab ku lahir thn kegemilangan search kot. hehe :D tp kan, cereus wey kalo korg nak tgok persembahan yang paling bersungguh, paling bertenaga, paling jujur, paling tak sambil-lewa, the answer is ROCK performance la..

paul : suara n gaya yg unik. die mmbuktikan yg to be a great performer tu tak semestinya perlu ada perfect voice. no picthing at all n bla2.. yg penting to be urself, to show the whole world the real u, to perform like urself.. :) tp sedih, he been eliminated just now.. T__T should be haley kalo berdasarkan kmen juri... :(

stefano, ku tak minat sangat sbb byk dah penyanyi cam die. good voice with very cool style. tp semalam punya performance memang sangat touched, so meaningful. i love it. <3!

dulu2 kan..i thought that 100% judge by judges is sooo not relevant. ye la, juri suka, xsemestinya org2 biasa suka. juri mungkin rasa itu puitis, tp org2 biasa mungkin rasa yg itu sangatlah tak faham. so, bila apa yg nak disampaikan oleh sseorang performer tu tak sampai kepada pendengar yang juga peminat@pembeli album2 kamu, what for?? *ok, ku suda lari isu... :P

dan ku rasa 100% voting is better.

tapi tu dulu. before ku terjebak secara serius dalam pem-vote-an nih..;/ tau x, it sooo unfair. orang mungkin akan kata ia mesti lebih adil sebab sapa yang banyak undi, tu lah yang paling ramai fan, yg paling ramai orang suka. tapi...macammana dengan sorang fan celeb ni boleh undi beribu2, so 10 fan pun dah cukup kalo dorg kaya2 kan?? n yang ramai fan tp sumanya hanya mampu undi 1 je sorang?? ribuan fan pun xdapat nak compete. so, dimana keadilannya?? wah! :P tp tu realiti..

tgk tak pilih kasih?? yang dapat pilihan juri tu tak tersenarai pun top 3 pilihan pnonton. nasib baik ada anugerah pilihan juri. cereusly, die memang yang paling bagus, tp mungkin fan2 n supporter2 die kurang mampu utk undi banyak2..mungkinlah..

bak lagu yuna - tak semua yang dirancang kan berlaku, mungkin nasib tak menyebelahi aku..

so,ku rasa better half2 la kot utk realiti2 show nih. kalo utk anugerah terbaik cam AIM, then memang ken ajuri 100%, n utk anugerah2 popular tu kurasa patut i undi je boleh utk 1 nama (form) n i mobile no (sms), so baru leh kira brape byk fan sseorang celeb tu ada kan?? ;)

pepun, kemenangan bosh malam abph haritu memang miracle. its a bless! alhamdulillah..:D rezeki anak baru - siti rawdha nur jannah :) and jugak my b tuah tak perform n ikat rambut kot??? :P


senario wajib bosh n RCs..menang o tak, bosh mesti akan panjat gak ke
tmpat RCs n they'll salute each other :)

dah melalut-lalut..so ku dah tak tau nak letak tajuk pe utk entry nih... hrmm..eh,im thinking of sumthing :P

jual perkataan :P

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.

hey faith-ians, im thinking of start some online business..dont know yet what to be sell. maybe sell new clothes or scarf or pre-love items..or maybe some cute hand-made button?? if i rajin enough la kan to make it :)

actually, i have some pre-love clothes which im kind of no-feel-of-wearing-it-anymore :/ but it stil new!

a jeans jacket - i love it sooo much but i have the feeling that im-not-the-real-me when wearing it..dush2. stupido excuse :P

a long pink blouse with belt. just bought last month and only wore it once! but to be honest, it only look cute and cool with belt. or you'll look weirdo. :( and again, the feeling of im-not-the-real-me will exists if i wear that big-tight belt :/ so enough to be miss weirdo for once!

i will upload the pic later bcoz i din bring them here..

so, will it works??? or me should jual perkataan je?? every click to this blog, owner blogspot yang akan dapat untung..hrmm..:X

Thursday, April 14, 2011

SORRY

tiap bulan tunggu datang. risau kalo lambat tarikh.

but i cant deny that,

menses r suck. im getting emo easily.

sorry korang.

kon-fi-yu-sing :I

assalamualaikum :I *muka ketat bak kata imah..

confusing nih..
tahun-tahun-tahun lepas3 rasa cam nak sangat sambung belajar sampai dapat Dr. Dr Aniza ;) wah! hehe. tahun lepas decide nak sampai master jer.. akhir bulan lepas nak wat master tp coursework jer..beberapa minggu lepas, decide nak apply yang 2nd intake jer sbb cam kelam-kabit sangat kalo yg 1st intake tu.
and....
last weekend g apply 1 position kat jobstreet s foodtechnologist.. :/ ain la yg ajak...
and...
company tu dah call, cakap suh datang interview minggu depan! @_@!!! dan bos pun dah bagi cuti..
suddenly, just now ain msg kata dia xg intervuew tu...mak die suh duk rumah jer...waaaaaa!!! takkan ku sorang je kot..???
sha de bagi some tips for interview, almost the same la with what me learned kat mrsm n uni dulu2.. tp katanya, the most important thing is MUST BE CONFIDENT bcoz they all dun really care pun what we say but they do really2 care how we say it...how confident we r..sooooo susah.
lagi susah sebab ku kena g sorang..kalau ku nak g la..ntahlah..aduyaiiii ;(

Sunday, April 10, 2011

T__T

lepas solat, kita selalu minta kuat. agar kita tak perlu asyik nak mintak tolong orang lain, agar kita rasa benar cukup hanya Allah sebagai penjaga..

tapi bila disisihkan, bila dibuat diri macam tak wujud, sakit tu memang ada. sangat.

mungkin sebab dah terbiasa ditolong. seperti jugak terbiasa menolong. jadi, hal2 yg boleh dibuat sendiri pun rasa tak biasa kalau tak ditolong.

walhal itu yang diminta hari2. itu yang dimohon pada Tuhan. agar kuat.

lalu kenapa wahai hati, kenapa mesti sakit bila Dia ingin kamu jadi kuat?
kenapa wahai sepasang mata, kenapa mesti kau alirkan airmu disaat kau punya peluang utk lakukan segalanya sendiri??



itu pintamu, maka bersyukurlah..

Wednesday, March 23, 2011

entri untuk PURPLEDRAGONFLY

ok. lama gila tak blogging. busy tul la internship nih. bila dah kje nnt, entah macammana la.. -__-'
btw, entri ni untuk purple dragonfly.

relax la. ku sorry k sebab ku selalu pressure mu. bak kata kawan2 ku ni, SPM tu tak menetukan apa2. ada betul gak la, cuma bagi ku, ku rasa SPM tu pembuka jalan ke tempat yang lebih baik. tapi apapun semuanya bergantung kepada usaha selepasnya dan perancangan Tuhan gak.

ini yang Tuhan dah rancang untukmu, so redhalah.. dah usaha kan?? so, inilah yang terbaik. yakin. insyaAllah mesti ada hikmah. walaupun bukan sekarang, walaupun sakit sekarang, mesti akan jauh lebih baik nanti. mesti yakin ye?

suma orang ada masa2 kejatuhan. kalau x, tak layak dipanggil orang tu org yang berjaya sebab die xpernah jatuh, dan pernah berjaya bangun dari jatuh sebab dia xpernah rasa pun macammana sakitnya jatuh.

ku pun pernah jatuh. masa ku matrik, sangat teruk kot. sampai abah pun sedih. ku lagi la sedih.. sampai ku kena g klinik kimia, kwn2 ku ingat ku wat lawak. sangat siot kan?

tapi sebab tu lah ku harap ku tak jatuh dah. kalau jatuh pun, sikit2 je xpe lah. sebab tu kat u ku wat elok2.

ku boleh, mu pun mesti boleh.

ikutkan mu lagi untung sebab mu sedar sekarang, nanti kat matrik mu dah boleh stat wat betul2. result matrik yang tentukan mu layak masuk u bagus2, kos mantap2 suma.

so, relax la.. xpe laa nak nangis pun tapi jgn giv up terus. jadilah cam sue. mgkin b4 ni kita rasa kita ni mesti akan lebih baik daripada dorg2 tu, sebab tu Allah wat camni, Dia nak kita sedar, sebab Dia sayang kita sangat2.

insyaAllah.


dak sama mrsm ngan ku dulu. fitri nama dia. pandai tapi bengong sikit, genius tp byk main2. sekali time SPM die dpt 4A je rasanya. gila terkejut. tp masuk matrik, dgr cite pointer die xpernah kurang dari 3.7.

tqah pun. ku kagum gilaa. dia xmasuk matrik, tp wat diploma terus. n pointer memang tinggi r tiap2 sem. n sekarang dah sambung degree dah. grad nanti sama je ngan ku, cuma pointer die jauh lebih bagus.

suma orang boleh berjaya. nak xnak je. sedar xsedar jer.

ku boleh, dorang boleh, mu pun MESTI BOLEH!



JANGAN SDEY2 DAH TAU! ;)


Friday, March 4, 2011

andai derita itu bahgia,aku pilih derita ;)

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.

hari ni mood nak membebel. ;)

sepanjang dah beberapa hari bukak booth nih, ada beberapa benda kuperasan.

situasi 1: orang bekerja.

A: berapa nih?
B: satu rm6, kalo dua rm10 encik.
A: amik 4 lah.

situasi 2: student

A: satu berapa kak?
B: satu rm1.5, kalo 4 rm5 je dik
A: bagi 1 la kak
B: amik 4 la trus dik
A: tak cukup duit la kak....

faham. sangat faham. :)

kesimpulan?

bak kata setengah org - bekerja dapat duit, belajar buang duit.

tapi stil ku suka belajar. walaupun belajar nih selalu xde duit. nak bajet makan sehari pun kena kira2. xleh lebih seploh ringggit...

bukan macam org bekerja, seploh ringgit tu apalah sangat kan..?

tapi terus terang cakap, walaupun sekarang masih student walaupun praktikal sementara, tapi sungguh telah rasa sedih bila lihat mereka2 yang mengusung buku n fail ke kelas sedang ku menjaga booth.

sedih teramat.

sampaikan bila ada yg bertanya:

awak pekerja sini ke?

yang akan terjawab olehku:

kitorang STUDENT praktikal je..

rindu untuk tidur lambat menyiapkan assignment, sengal perut sbb gugup utk ready for presentation.. haha! manusia memang begitu. bila ada selalu dikeluhkan,bila dah tiada barulah asyik dirindukan. *__*

kesimpulan entri ni, ku suka belajar lebihhhhhhhhhh dri bekerja. cereus. dan semoga dipermudahkan urusanku menyambung study nanti. amin.

Sunday, February 27, 2011

:'(








*mata sepertinya mahu bocor..




:'(

Wednesday, February 23, 2011

*____*

serius MALU!!



dalam banyak2 waktu kitorang 3 je ada kat rumah, apsal la time anak makcik baru balik n kat pintu..


tangan ku tertepis lak botol kicap....


dan jatuh dari meja.. (nasib xpecah.. -______-' )


dan......



ku terjerit KUAT!!!



dan


semua terus naik bilik tanpa kata apa2.



aduyaii....dush2! *__*


MtotheItotheStotheS YOU ;)

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..

rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.




RINDU korang






SANGAAAAAATTTTTT!!!!








rindu kami x?? :)

Tuesday, February 15, 2011

dare to FAIL?

dare to fail.

senang cakap. tapi susah nak buat.


.emo comics
Emo graphics comment


mungkin tak mencuba lebih baik dari gagal?? sekurang2nya kita tahu yang kita tak buat keputusan yang silap??

mungkinlah.

entah. :I

awak seorang yg bagaimana ye?? *senyap

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.

salam maulidur rasul. selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad saw.

bila orang tanya awak ni bagaimana orangnya. ada yang dengan yakin jawab - oh,sy sebenarnya sangat pemalu. tapi dengan beraniny berpakaian dedah sana sini. uish.

ada gak yang tak tahu yang jawab.

mungkin sebab kita bukan sama setiap kali. awak mungkin kebanyakan orang kata sangat pendiam. tapi itu sebab 'kebanyakan orang' tu adalah orang2 kebanyakan yang tak tahu apa2 tentang awak. sebaliknya bila bersama orang2 yang rapat, yang sedikit itu, mereka sampai cakap - awak ni cakap tak berentilah.

so,macammana?? moral of the coret - jangan judge orang lain sebab diri sendiri pun kita tak betul2 faham lagi.

sila tanya diri, aku ni sebenarnya macammana ye...?

aii, mudah sangat terpengaruh. itulah kebanyakan manusia. pendapat orang lain tentang diri kita sendiri yang sepatutnya kita lebih tahu itu yang selalunya jauh lebih betul.


contoh;

aku: kasut ni cantik kan? *sambil tunjuk sepasang sandal tapak flat yang simple.
kamu : ee, tak elok lah. selekeh. * sambil buat muka.

lalu, si aku tu pun tak jadi beli walaupun dia bekenan sangat dengan sandal itu..

persoalannya, yang nak pakai itu siapa? yang nak bayar pun siapa? takkan nak kena hire perunding imej kot baru boleh senang hati dengan apa yang dibeli dan dipakai? aduyaii...

contoh 2;

aku: skinny jeans sesuai pakai dgn sneakers kan?
kamu; cam budak2 jalanan lar. pakailah dengan heel ke, wedges ke.

terus perasaan si aku untuk membeli sneakers bercampur baur setelah mendengar pendapat sang kamu.

*tak tau nak komen apa. sedih.

sedih sebab keselesaan terpaksa dikuburkan demi untuk menyedapkan mata2 orang lain.

bab menutup aurat tu lain la. memang sudah wajib hukumnya. jangan dipersoal.

ini pasal fesyen. uh. manusia jadi hilang identiti sendiri sebab asyik nak mengikut cara orang. menyedapkan mata orang. walau hakikatnya pakai heel bagi pejalan kaki sangatlah tak praktikal.

aku : *diam.

bila semuanya salah, ternyata sepi itu jauh lebih indah.