Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

book review - PuisiTepiJalan

last entri lepas yang ku tulis pasal 2 kisah tu, ku de tulis yg esokny ku akan update entri sambunganny kan? 

ok. ku tipu.

tanpa niat. so tak mandatori la kan. :) 

kadang2 tak semua yang kita rancang tu kita mampu buat. sebab kita hidup dalam dunia yang bukan kita punya. yang cuma mampu, kita usaha. kan? :)

ok la. so, ku bukan dalam mood nak tulis pasal sambungan entri2 lalu. harini ku nak wat review jer. first - book review.

buku Puisi Tepi Jalan  oleh Fynn Jamal.


harga rm20. tebal. ada berpuluh puisi n 15 cerita pendek.

bagi yang tak tahu, puisitepijalan ni himpunan puisi2 fynnjamal yang dia tulis kt blog. dulu2 rsenya ku pernah wat review pasal RANAP. tu pun oleh fynnjamal. tp buku puisitepijalan ni lebih byk la karya n dan ada jugak ranap dlmny.

bagi yang tak tahu spe spe fynnjamal? haih~ sellow la org2 tu.. :P gi google kalo nak tau. youtube-ing pun boleh. taip je fynnjamal. :)

dari sepanjang2 puisi ke yg paling pendek. semua ada. ni antara yg ku feveret. leh nampak x???

ini tentang kedegilan untuk terus berdiri walaupun dihenyak ramai untuk jatuh.



yang ni pula tentang 

org di tengah2 yang hanya nampak yang di sana, yang disini luka berdarah dia buat buta.


dan yang ni paling ku suka. 
kadang2 kita pilih utk percaya walau kita tahu ianya dusta belaka.


dan banyak2 lagi tulisan yang kusuka. tapi kan, yang ku xplain tentang setiap puisi kat atas tu adalah interpretasi ku sndiri. mungkin salah, mungkin betul. terpulang untuk org yg baca untuk pilih apa yg dia percaya. sebab itulah namanya puisi. banyak frasa yang jadi tanda tnya. banyak benda yang buat kita fikir. maka terserah untuk yang mmbaca buat konklusi sendiri.

ini fynnjamal cakap:

makanya, apa yg ku tulis dalam dunia maya, biar kekal kat dunia ni je la ea. tak perlu nak transit ke dunia nyata pulak. sbb adalah agak tak best bila status fb atau entri blog dipersoal-soalkan pulak di ofis, di kedai makan atau majlis kenduri. kan? pilihan terbaik adalah dengan tak approve/add ofismate esp bos anda. :)

p/s: tak tau knp, tapi rasa cam tulisan kali ni tak cukup jiwa. mood xkena kot. ntahla.. :/


Thursday, February 14, 2013

isi atau kulit

baru habis baca naskhah nih. dan masih dalam proses menghayati.

 

ada problem dengan tajuknya? takperlu fikir terlalu dalam kot. sebab yang lebih perlu untuk dirasakan adalah isi bukan kulitnya. kan? 

suka dengan ini;

 kau boleh menyandar pada seribu bahu
kalau kau mahu
tapi kau memilih untuk yang satu itu
yang paling dungu
yang buat kau bersandar
sambil airmata kau jatuh bertalu
dan hati kau
pecah beribu
                                           - shoulder to cry on 


jugak ini;

percubaan kau menggembirakan aku
sesungguhnya buat aku
terharu
walaupun jelas-jelas palsu
sekurangnya bila kau tipu-----aku tahu.
                      - tipu

naskhah setebal (atau senipis?) 135 pages ni ada lebih kurang 123 puisi (tak sure sebab tajuk2ny tak di-bilangan-kan. 

yang ku personally suka gila selain 2 puisi tadi - hint, assumption, satu hari nanti, alpa, utopian conversation sama bakal encik future, tunggu kering nanti dll. banyak giler yang suka, rsa cam nak list down semua jer. 

btw, buku ni keluaran sangfreudpress (boleh search kat fb n jugak twitter). harga RM20 dan terus terang cakap, pada ku - berbaloi.

Monday, October 22, 2012

review ketakutan


sambungan pre-review ketakutan yg lepas, hari ni ku dah ready utk full review. sbb secara formalny ku dah selesai khatam naskah ni ptg sbtu lepas. :) 

ketakutan.


leh tahan popular gak buku ni. time ku beli dlu, time tu buku ni trending kat twitter. pastu dlm bbrapa minggu di ada di-review di newspaper dan jugak astro awani. ku xbaca ataupun tonton both review2 tu, so its ok kalo xde org nk baca review ku ni. ku cuma suka tulis2 nih. :)

erm..

walaupun 'ketakutan' yg ku sangkakan pd awalny berkait dengan skizofrenia etc. dan ianya telah tersasar jauh, namun naskhah ni menarik jugak. unik. 

ada 15 kisah, dripada 15 pnulis berbeza. antara yg ku paling xboleh lupa - TILAM. cam byk plak bnde2 kebetulan yg related cam wtk utamany yg berasal dri taiping n mnetap di damansara. :/ byk2 tempat apsal taiping wey??? haih~  nsb baik la tilam yg kuguna ni tilam baru, bknny tilam 2nd hand.. huhu

kemudian; REBORN ALYA. ni paling ssuai utk difilem atau didramakan rasaku. msti menarik utk ditonton  lbih drpd sekadar dibaca. tntg mnghidupkn semula yg telah mati. bilamana manusia cuba utk mnjadi tuhan, pastiny syaitan yg akan jd pegangan..

FREEDOM; walaupun pada ku agak tergantung, atau mungkin pnulis nak pmbaca mreka atau mmikirkan sndri ending yg terbaik. apa yg unikny tntg kisah ni adalah ianya tentang kisah rasa janin dlm perut ibuny yg mlalui pengguguran. penceritaan drpd janin tu sndri. tntg freedom sang wanita slpas digugurkn seg yg perlu, dlm msa yg sma penyeksaan teramat utk janin yg mmnita utk hidup.

SKETSA RUMAH TUMPANGAN NYONYA JUN - pun mnarik. pusing2 kisahny. tp still mnarik. mgkin ni agak kpercayaan org2 cina yg de roh xtau die dah mati, so die mrayau2 n mlalui hidup sprti biasa. dan mungkin jugak disbbkn ada dosa2 yg belum terampun..

itu antara 3 yg paling mnarik pdku. yg lain2 pun best jugak, unik dri cara pnulisan yg tersendri - pesan lisa, cuak, jipez keripez, seriau di balik pulau, pisang, teddy bear kuning, destinasi terakhir, cerita tntg lipas yg ku lupa tajuknya, cerita tntng minyak dagu yg pun ku lupa tajukny, dan beberapa kisah lain jugak yg mmg ada ketakutan dlm ny. haruslah kan.. :)

p/s: ku suh cik purpledragonfly yg belikn buku ni mse jelajahlejenfixi kat uitm hritu. slain tu jugak ku google, buku ni dijual di I Am Lejen Shop,  SS15 Subang Jaya, Kinokuniya KLCC, Times Pavilion, Bangsar Shopping Center, Hartamas Shopping Centre, Sunway Giza, SS2 Mall, Citta Mall, Suria Sabah, One Borneo, Warisan Square, Hills Kuching. n kalo malas nk gerak2, leh bli online jer kat http://shop.lejenpress.com.

Monday, October 1, 2012

pre- ketakutan

sekarang sedang baca nih. 


mula-mula ku ingatkn sebuah naskhah tentang kehidupan seorang saikopat atau yg seangkatan dengannya tp rasanya ku dah tersasar -_-'

ini adalah sebuah naskah yg punya 15 kisah drpd 15 org penulis berbeza. dan yg lebih jauh dri tanggapan awalku, rasanya ini adalh tentang kisah-kisah yg tak berapa ku minat utk layan -

kisah seram + hantu + paranormal.

haih.

tapi, sbb ini dibawah publisher lejen, so mungkin garapan dan sudut pandangan penulisanny agak berbeza ku rasa. mmbuatkn ku agak eksaited nak baca. :)

tapi disebabkan sekarang ni malam2 ku asyik kena bersendirian, so ketakutan tu kadang2 datang walaupun hya sekadar membelek cover buku nih. hoho. so...nanti tunggu siang2 weekend la kot ku baca...

semalam baru baca kisah pertama - Pesan Lisa ; tu pun baru intro jer ku baca..

pepun, dah habis khatam nnt ku akan wat review. lama x wat book review. sbb lama xbaca buku. last fiksyen 301, pastu ku baca magazine n conan jer.. bestny kalo de library dekat2 sini.. :/

Thursday, August 9, 2012

fiksyen nombor penuh fakta

Ketepikan segala yg berserabut atas meja nih. Ye, bukannya ku xbuat kerja. Cuma kerja yg tak pernah habis. So, chillax jer.. ;) 

Erm, sebenarny ku review sikit pasal FIKSYEN 302. Ye. Pasal zonan. Ku dah habis baca dah.



Pertama-tamanya ku xnak gitau knp 302. Sbb sebelum ku baca ku pun tertanya2 knp 302. Apsal x 301 atau 102. Haih~ sebelum baca lagi dah byk persoalan. Tgh baca lagilah byk persoalan yg akan timbul. Believe me.

Tp..erm mungkin de yg tahu maksud 302 tu. Tp jujurny ku mmg langsung tak tahu menahu sampailah ku baca fiksyen nih. Dan ya, fiksyen ni mmg bukan sekadar fiksyen. Sbb byk info2 fakta yg ku belajar jugak. Tu la istimewa ny Ramlee Awang Mursyid nih. Tulis bukan sekadar fantasi smata2, tp penuh dgn ilmu. Smpai ku konfius jugak, die ni education background ny bidang apa..? :/


Sepertimana caption novel ni – ‘jangan percaya’, camtu jugaklah nasihat ku pd kamu2 yg bakal nak baca novel nih. Jangan percaya. Walaupun awak dah baca smpai bab 40, jgn percaya pd watak yg ada. Sebab ada tu xsemestinya wujud. Kalaupun wujud, mungkin hanya wujud dlm dunia ssbuah watak, tak pada dunia nyata. Makanya, jangan percaya.

Selama ni kte belajar, hipotesis tu mngkin betul, dan mungkin jugak salah. Cuma, pada ku. Sebanyak mana hipotesis yg ku buat sepanjang ku mmbaca novel nih, semua hipotesisku adalah salah. Terang2 salah. Jauh terpesong dri kesimpulan. Jadi, mungkin kamu2 nnti boleh cuba bikin hipotesis sendri dri bab ke bab, kalo betul – tahniah. Kalo x – samalah kte.. kenal jom? Wee~~ J

Tentang kesimpulan atau endingnya..pe yg leh ku bgtau adalah – endingny adalah yg terbaik untuk setiap watak. Mungkin bukan yg the best utk kte pembaca, tp ku yakin tu ending terbaik untuk setiap watak. Especially zonan.

Btw, zonan tu ssorang kah? Jawapannya – tak. Zonan bukan ssorang tp boleh jd 2, 3, 4 dan lebih orang. Tp zonan itu 1 watak. Bukan sekumpulan watak. Cumanya die bukan sseorang. Sbb die roh jahat tak berwajah..kan? ;)



p/s: ni novel yg ke 3 mlibatkn permainan psikologi yg kubaca karya RAM slepas mandatory dan Mikhail. Dan jujur, ini paling pening. -.-‘

Monday, November 28, 2011

***** menuju tuhan

Book review time! Lama xbaca buku.. baca magazine je sejak dua tiga menjak nih. Ni nak review sikit pasal buku yang dah jadi hak milik sejak sebulan lebih lepas. Masa pesta konvo beli, terus-dari-tangan empunya penulis lagi – saudara zahiril adzim. J BOGEL MENUJU TUHAN (BMT).

Kontroversi tajukny kan? Tp sila fikir positif bila masuk cerita bab2 puisi nih. Atau org2 puisi nih. Sebab pemikiran dorg mungkin lain. Pemilihan kata dorg mgkin dimaksudkan lain dri apa yg kbykn org faham. Jadinya, bila kluar perkataan2 yg korg dah rasa ala2 nak ke negative, sila fokuskan balik minda utk pk positif ye?? ;) *ku masih cuba nak faham cara fikir penulis n pemuisi Ayam Fared. zahiril adzim plg sempoi penulisanny, kak fynn jamal puitis lebih, tp masih boleh faham menyeluruh wlpun certain2 perkataan/ayat xbrpa faham.. tp Ayam Fared, masih cuba nak faham. Rahmat Haron pun.. masih. :/

Ok, back to book review. Buku yg cover dia gambr ZA yg cool bbaju sekolah nih gabungan puisi2 n catatan2 die. Dalam buku ni pun banyak foto2 ZA yg diletak. De jugak bbrapa tulisanny yg ku pernah baca kat blogny. Honestly, ku lebih suka baca catatan drpd puisi. Sbb ku lebih sng faham catatan drpd puisi. Tp dalam BMT nih, sbb ayat2 ny sgtlah cool n sempoi, so puisiny pun senang nak faham. J

Antara puisi yg ku paling suka (sbb suma pun sgt suka) yg ku garis kt pic nih; abg segak beruniform bersenjata, dia n aku kata (ini die de perform kat umt haritu,vid ada dkt utube), jgn ditekan anak ini, dll. Sebenarny suma pun suka. Cumany yg dipilih nih yg paling suka n masih teringat2. J

contoh ‘abang segak beruniform bersenjata’ wlpun sajak tu ditulis lama dah, tp ku rasa sgt relate dgn perhimpunan bersih baru2 nih. Contohlah. Dan jugak mgkin perhimpunan2 diluar ngra yg dipanggil pihak berkuasa sbgai rusuhan. ‘rusuhan’ bagi dorg, tp mgkin Cuma ‘perhimpunan’ bg yg berhimpun. Jadiny pihak berkecuali jgn senang2 je menghukum. Kte tak berada di situasi mana2 pihak, jadi kta xtahu. Mana betul, mana salah. Sekadar baca, xcukup. Harus rasa. Harus alami. Baru layak nak judge. *kdg2 status2 kat fb tu agak annoying. Mmg tu status awak, tp agak2 la. Ramai yg akan TER baca wlpun xnak. Kalo remove fren, nnt jd bahan kutukan lak. Xpasal2 sy jd jalan awak tmbh dosa pulak.. :/

Erm.. balik pd BMT. Catatan lbh byk drpd puisi. Tu yg sangatlah ku suka. :D antara yg sangat suka, yg ku garis kt pic bwh nih; bogel menuju tuhan, menulis itu bogel (INI PALING SUKA ANTARA YG SGT SUKA), haron tak aaron, tergelincir kepatuhan, aku sungguh prejudis, pencuri mulut dll. Hampir suma sbnrny ku nk highlight, sbb mmg sgt suka suma pun. Tp slps kena tapis2, de la bbrapa yg jatuh ke tahap ‘sgt suka’, brbnding ‘plg suka antara yg sgt suka’ tu. J

Catatan ‘tulis itu bogel’ mmg semua yg suka tulis/taip/sms/seumpama dgnnye mmg perlu baca. Sbb apa yg kte tulis, itu lah macammana kte fikir, kita rasa. Apa yg ada dlm minda n hati teserlah dgn apa yg kte tulis. So, silalah tulis bahan2 bermanfaat. Setidak2ny pun bukan yg mmbuat org rasa teruk lps baca pe yg kamu tulis. *terfikir..agakny org yg suka tmbh ‘ew’ dlm perkataan2 die tu mmg spesis eewwww jugak la kan? Something wrong dgn hati atau otak die. Atau mungkin la kot bak kata inianwarhadi – kehilangan bbrpa huruf dkt keyboard :P ‘kita peniru profesional’ n ‘pencuri mulut’ pun mmg patut baca, skalipun awak tu sgtlah xsuka mmbaca. Serius. Pergi cari n baca.

So…. Panjang dah rasany taip nih. Bebel ke review nih ye?? Pepun, BMT mmg berbaloi beli. ZA mmg penulis n pemikir yg baik/bagus. Paling tidak pun, amat berbaloi pd ku, sbb pemikiranku pun mgkin lah belum sampai tahap sama dgn ZA tp atleast ke arah yg sama haluanny.

So.. de sape yg terasa nak dapatkan BMT x??? kalo de, boleh trus g blog saudara zahiril adzim nih, atau g page ‘bogel menuju tuhan’ kat fb atau google toko buku- bogel menuju tuhan. Boleh beli online. Harga buku; RM30 + pos RM5 = RM35. Kalo xnak bazir byr duit pos, boleh gak g cari dkt MPH dan popular. Cumany kalo beli online tu atau dri ZA trus boleh request autograph skali. J

p/s: beli jugak Utopia Trauma skali dgn BMT hritu. Kalo yg ikut series n filem KAMI msti pernah dgr. Tp ku belum hbs hayati lg. so xleh nak bagi review. Cuma, as tajukny ‘utopia trauma’, so sndiri leh agak la kan – trauma yg perfect. erm.. tulisan rahmat haron – ku masih nak cuba faham n rasa.

Monday, January 31, 2011

MIKHAIL

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.

salam..aduyaii, lamany x blogging..ikut hati memang banyak sangat benda nak dicerita kat blog nih. tapi memikirkan blog bukanlah personal diary, soo...terpaksalah menyiap banyak cerita dalam hati jer...walaupun sangat2 nak diluahkan. serius!

soo...ada sape2 sudi dengar cerita hati sy x? sape2 yg tak pernah kenal sy personally la.. ada x? kalo de, leh la kita ym...rasa berat dah hati ni simpan suma sorg2..

patutny boleh je cerita semua dekat blog, dgn syarat readers xtau lah sape tuan empunya blog. kalo tak nanti, jadi topik isi-masa-lapang org lain plak..

jadinya...ku nak cite pasal mikhail je lah..wee~~ yg paling dekat dengan ku sejak minggu lepas nih. xleh nak lelap mata kalo tak tatap dulu sebelum tido..ada masa terluang je mesti tatap, berjam2...wah!

malangny mikhail nih tak boleh punya hubungan istimewa dgn sape2..sebabny die sentiasa diburu n jugak memburu..kerut dahi sudah?? hehe. novel ler...mikhail tajukny.. dah lama cari, nasib baik jumpa kat expo jualan ukm last week. kata org. jodoh tak kemana kan? :)

terus-terang, ku tak suka baca novel. sangat banyak kebetulan, sangat banyak keindahan dunia fantasi yg seakan2 cuba nak menutup realiti. jadi, ku hanya baca novel tulisan novelis thriller - ramlee awang murshid. memang sangat lain. serius! pada korg yang tak berapa minat baca novel2 cintan-cintun nih, leh la try usha2 novel2 thriller RAM nih.. ;) ku rekemenkan MANDATORI. sbb MIKHAIL ni ku tak habis baca lagi..so,xleh la nak promot lebih2.. :P

tapi ada 1 kebetulan pada watak2 dalam MIKHAIL nih..ku harap kebetulan je la kan...hoho. mula2 nama watak utama@tajuk novel dah MIKAIL(walaupun lain ejaan), pastu muncul watak budak remaja bernama TAHIR..then, kuar plak watak sampingan namany JACK..dan de gak watak perempuan bernama RAIHANA.. pada yg tau, taulah apa kebetulan pada nama2 nih yg kumaksudkan...hehe..

ni baru episod 4..xtau lah watak apa yg kan keluar plak lepas nih..kalo kuar nama watak yg sama nama dengan yg ITU, sahlah kebetulan ini sgt sesuatu! :P tp majoriti nama watak2 tu adalah watak antagonis.. mula2 ku terfikir gak, aii..anti ke novelis ni pada insan ITU..?? entahlah...

uish,dah nak dekat kul 12! harus tido nih..tp nak tatap MIKHAIL jap before tu..:) k. setalam mamal.. another 5 minutes left for ADRENALIN DAY!!!

Keep tRUst in FaiTh,
-mizuumiISme-