orang dah tak layan blogspot kn blog? umpama bercakap dengan blog tu sendiri je la sebab xde orang yang layan blogwalking dh sekarang.
lagi senang menaip n post di instagram benda jarang2 tp panjang, atau tulis di twitter benda2 pendek tapi kerap.
ku start menulis di blog lepas suka la duk blogwalking kat inifynnjamalcakap, tp tu la lastest post pun dah 4 years ago blog tu.. blogger lagi suka jdi vlogger skarg, senang nak jual jubah n tudung. untung2 lawa terus jadi pelakon atau pengacara. haha.
apa2 lah..
tahun ni kan blog, umo ku dah 27.. ketuaan tiba2 terasa sangat. tahun lepas tak pun.. :( tapi kan, keterujaan n keterdesakan untuk kawin tu belum ada. sikit2 perasaan tu ada la, tp belum tahap teruja n terdesak,.
mak asyik risau sebab calon pun xde. mak kata, kalau kawin nanti ada orang nk jaga, nak hantar pergi kerja dll.. tp ku tgok ofismate ku semua dah kawin, tak de sorg pun yang husband hantar g kerja? haha.
macam hyouka (ini anime, sila search kalo mau), being lonely adalah kebahagian untuk dia. macam tu jugak orang lain, definisi bahagia itu beza2.
makanya, sedarlah tentang hakikat bahawa segala apa yg kita fikir tu adalah fantasi, apa yang kita buat tu yg sebenarnya realiti.
.
.
.
.
kawin memang penting (eceh, macam dialog iklan fair&lovely plak) tp kalo dah smpai jodohla kan..ku xmau n harap sgt ku xserabut kepala fikir pasal nih. like banyak benda penting lagi nak fikir.
kenal x fatiha shuib?.dia yang pengasas (kot?) 1moment4them tu.. xpasti die dah kawin ke belum, tp rasanya belum. dia perempuan, dia muda, n dia boleh handle n lead teams utk kumpul dana anak2 syria. kagum nye la haii.. boleh la follow beliau kat sini https://www.instagram.com/fatihashuib/
fatiha shuib |
baju ni ada jual tau. rm50. n keuntungan terus disalur ke tabung 1moment4them. |
ok, mungkin jauh sangat impian nk ke negara luar. kita fikir dalam malaysia la. salute sangat dengan mereka2 yang boleh create event2 macam soupkitchen, dapurjalanan, free market dll.. cuma bagi sikit je dari apa yang kita ada pada orng yg betul2 memerlukan dah dapat mengukir senyum n rasa lega pd diri dorg.
pengasas soupkitchen ni chinese xsilap... tapi |
keterdesakan n keperluan untuk makan tu tak mengenal bangsa kan? |
dapurjalanan ni kecik sikt banding soupkitchen. tp xkisahlah, yang penting hati dorg besar dari kita tak xbuat apa2 nih.. |
semoga satu hari ku dapat join program2 nih.. amin.
jadi untuk mula, untuk yang jauh, untuk yang tak mampu masa, tenaga, kos transport semua, kalo ada rm20 lebih dalam akaun, meh kita transfer sikit rm10. moga2 Allah redha, moga2 seploh ringgit ni yang memudah urusan kita, yang jadi pemakbul doa kita, sapa tau kan. :)
yang ngo di Malaysia mostly tak perlukan sumbangan duit, dorg lebih perlu barangan asas tak pun sumbangan tenaga untuk join dorang agih makanan. dan macam soupkitchen ada jugak buat service gunting rambut, trim dll free of charge.
bagus kan.
so dalam pada setiap kali berdoa dipertemukan imam ataupun rusuk kiri tu, apakata tambah doa sikit semoga kita pun diberi kesempatan untuk menolong orang lain yang jauh lebih memerlukan selama hidup nih.
agak2, mereka2 nih kisah tak rusuk kiri kanan bagai? tak kan, sebab untuk hidup sehari lagi pada esoknya tu lebih penting.