Wednesday, September 21, 2011

-

cereusly, makin lama makin rasa xbest lak nak konvo ni. byk sgt benda tak best kena wat. sendiri susah xpe lgi, tp lately ku asyik nyusahkan org lain jer. sgt tak best bila kita rasa yg kte ni nyusahkan n memang fakta pun perkara tu.

ku paling sakit ati la ugut2 suma nih. tak byr, xleh bla3.. sgt annoying. better lagi kalo guna ayat arahan - sila jelaskan.... sblum bla3.. tp dorg pilih nak guna ayat ugutan tu jugak, yg mana buat ku makin benci je. cereusly ku hrp nak tgl tempat ku belajar 4 thn ni dgn ingatan2 yg indah segala bagai la kan. tp pihak pengurusan agak menyakitkan hati belakangan nih.

dgn masalah hostel lg. takkan nak kena stay homestay kot smata2 nak attend rehearsal. ktorang bukanny nk mintak stay hostel free pun. tu pun xboleh. kitorang try nak ikut segala prosedur, nak dtg awal suma, tp ktorg jugak nak kena settle suma benda. aish.

xtaulah.. kalo xdtg rehearsal tkut gabra terlebih plak nnt. tp mmikirkan dorg lgsg tak kisah psl kitorang nk stay mana kalo dtg awal, mmbuatkan ku malas nak pk suma.

orang kata stressed is just desserts kan? tp kalo byk sgt amik desserts pun boleh sebab diabetes jugak, kena potong kaki, rabun mata, bla3..

ku tak suka entry nih. ku tak suka tulis camni. ku tak suka kalo de org baca nnt. tp ku tulis jugak sbb ku nak lepas segala pe ku rasa. :'(

Friday, September 16, 2011

setiap 'aku' cuma 1

dah pukul 12.28am. tp mata segar je lagi.. tp lagi setengah jam kena paksa tdo jugak, kalo x esok susah sgt nak bangun. erk, belakang ku sakit sebab duduk lama sgt.. :/

disebabkan ku takkan sambung belajar lg (wat masa ni la..), so ku belajarlah dri pe yg ada. recently ku dengar 1 lagu ni n translationnya sgtlah bagus. so, ku nak share ngan korang.

Only One Flower In The World

I was looking at the various flowers
Lining up at the flower shop
even though each person has their favor
every flower has its beauty.
instead of competing which one is the best
each flowers are standing in the bucket proudly.

but why we human always want to compare with each other?
each person is different,
but why do we try to be No 1?
yes, we are
the only flower in the world.

each person has their different seed
what you should try is
only to make your own flower bloom

small flowers and big flowers
there are no flower that are the same

you dont have to be No 1
you are originally special
ONLY 1..

hidup ni mesti lebih indah kalo tak perlu nak compare2. lagi bagus kalo tak perlu bersaing. kenapa tak boleh kalo suma kerjasama je. jatuh sama, bangun pun sama. apsal ea mesti de org yg rasa bagus bila de yg jatuh sedang die berdiri megah?? apsal org nak kisah psl ranking? wat je la yg terbaik, tak boleh??

drpd sibuk compare diri dgn org lain, lebih baiklah compare diri yg skrg dgn diri yg dulu. semogany yg skrg jauh lebih baik. kalo ye pun nak bersaing, org yg plg patut kita saing adalah diri sendiri jugak sebab setiap 'aku' cuma 1.

so, you really dont have to be no 1, because you are the ONLY 1.

Thursday, September 15, 2011

:[

walaupun orang kata duit bukan segalanya, tp hidup ni memang banyak guna duit kan?

aish.

mood stress pasal konvo. ingatkan duit jubah je, n gambar. tp de plak yuran2 tambahan yg wajib bayar.

padan la dengan muka sendri kan xnak kje cuti 4 bulan. konon nak sambung belajar, sekali u tu xde offer coursewk, dah rasa useless sgt.

kwn2 rmai dah kje. yang xkje pun dah 1st stage sambung study. ku je terumbang ambing lagi tak tau kemana.

aish.

Wednesday, September 14, 2011

tak nampak tak semestinya tak wujud

salam.

hari ni nak tulis sesuatu yang lari topik sikit. tak cam topik2 biasa la. rasa cam nak share ilmu ngan korang. selalu kan share pendapat n perasaan jer.. ;)

tp ni de kaitan ngan faith la jugak. since faith tu leh ditafsirkan s belief kan.. so, korang percaya hantu x?? @_@!! (ingat nak letak gmbr scary kat sini, tp ku plak yg takut nak google..so, xyah la gambar. korang imagine je kalo nak,k?)

actually, semalam terasa nak download video kat utube - super junior mystery 6 ep 1. bru download ep 1 je la pun,de 4 part dlm ep 1 tu. total suma de 5 ep. dsebabkan pape yg melibatkan suju ni kan selaluny funny, so ble baca komen viewer kta show tu amatlah scary, so de sikit rasa tak percaya. thought dorg ni saja je wat lawak kan, guna sarcastic words suma.

then pg tadi bru sempat tgok. n pandai muka sendri. serius takut kot. show tu memang serius show pun n suju as guest artist. tp nak tengok all 4 parts jugak, pas je hbs tgok di celah2 jari, trus delete video2. :/

ok, cukup r bebel. sekarang nak share ilmu dri pe yg pakar bab2 spirit tu ckp r dlm show tu. tp wallahu'alam kebenarannya. so, jgn percaya sgt yek.

b4 ni kan, kalo ku dgr cte nmpak image that thing dlm cermin or gambar ke, ku memang xcaya. sbb ny ku prnah baca/tgok dri ssuatu sumber yg ku xingat dah dri mana yg kata - that thing takde image sbb that thing xde jasad. so, adalah mustahil utk that thing kelihatan dlm cermin or gambar. so, masa kt mrsm dlu dorg de psn jgn tgok cermin dlm gelap, nnt nmpak bnde tu. tp ku xpercaya lgsg.

dan de jugak dlm 1 ep supernatural, sbb dorg takleh tgok dgn mata ksr, then dorg detect the demon via camera hp. tp ku stil rasa cerita jer tu. nonsense.

sampailah baru pg tadi. lepas ku tgok show suju tu. dah buat ku terfikir2 balik sbb pe yg de ckp tu bunyi cam logik jugak. aish..

de 2 case dlm ep yg ku tgok tu. 1st case psl sorg celeb nma harasu yg mula2 nmpak that thing tp lps tu xnmpak dah. then, pakar spiritual tu pun g siasat2 n suh crew amik gmbr kat 1 area. n dorg dpt snap chy putih wlpun b4 snap tu xnmpak pape kat area yg nak disnap tu. 2nd case psl donghae slalu kena nightmare n rasa ditindih. so, crew letak cctv dlm dorm dorg. then dlm kul 2.30am cctv dpt record byg putih gerak ke katil donghae.

sambg crite psl donghae tu kena tgok ep 2 -5, tp ku taknak tgok dah. kalo korg tgok, nnt story2 ea??

n pemjelasan pakar tu knp boleh nmpak dlm camera adalah - sebab that thing is a matter jugak. n matter akan memantulkan chy drpd camera, so boleh membentuk its image sekalipun mata kasar xnmpak pape.

logik kan??

p/s: budak asrama better xbaca kot. :/

Monday, September 5, 2011

intro

salam.

sejak bberapa minggu akhir puasa sampai dah hbs seminggu raya, ni baru nak tulis-tulis sikit. sebenarnya banyak nak tulis. tp streamyx buat hal lagi.. ttibe je xleh nak wireless, kne pakai kabel. so kne la take turn..

waktu ni skrg mmg ku sorang je guna internet, tp hujan lebat la lak. tgu abis download jap, then trus kne tutup. sbb dulu2 dah bbrapa kali modem rosak sbb kilat. lg 20 minit, aish..cepatlah habis download. :/

eh, ha. sekarang ni ku dah mula nak cuba minat super junior. haha2. sgt lambat kan? dulu2 ku pk yg ku xmungkin suka dorg ni sbb ku xbrapa sgt musik techno-pop-dance nih. tp skrg dah kenal dah suma 13 members n de jugak2 lagu2 dorg yg bukan techno. esp masa dorg stil 13 dlu la..

actually ku nak tulis panjang2 pasal heechul [cinderella ni la buat ku mula nak kenal suju :) ] n hankyung jugak. psl friendship. psl SME yg kejam tu. dll.. byk benda nak tulis. tp hujan makin lebat nih. tgu masa bunyi guruh n mak jerit je suh tutup suma suis..huhu.

so, next time ku sambung tulis. daaa!!

p/s: milky skin cinderella dah jadi one of my bias skrg. weee~~ nnt ku nak letak pic die jugak la kat list ku-dengar-kamu tu :)

Thursday, August 18, 2011

vlog

salam

lately vlog dah jadi new trend kan? actually ku tak tau mulanya vlog tu apa. rupanya ala2 blog la tp in video form. vlog yg ku pernah view dan suka jugak is inianwarhadi. bernas la pe yg dia ckpkan. dan point2 nya pun bagus utk difikrkan. kelakar pun ada jugak.

tapi bru jap tadi ada baca komen dri 1 of my ku-dengar-kamu's list, pasal 1 vlog nih. tajuk vlog tu 'ada dara, lu kolot'. dasyat ah tajuk die.. so, atas dasar sikit sifat ingin tahu ni, ku pun gi la dgr cerita die dlm vlog tu.

....... korang gi tgk sendiri kat youtube n judge sendiri .............

padaku, niat ni baik kot nak nasihat. cumanya, nasihat ni kan de byk cara. yg terbaik adalah nasihat secara berhemah. n kata orang lain BODOH tu, ku agak tak berapa boleh terima la dowh..

mcm komen yg 1 of my ku-dgr-kamu's list tu komen kat fb - kadang2 vlog ni dah mcm cara mengumpat yg takde geng. just post video, n org yg view n komen boleh turut sama share saham umpat kan? ermm... dan lagi takut kalo kita rasa kita ni dah betul, tp kita tak sedar yg kita sebenarny tengah buka aib org lain..

-___-'

p/s: selamat berbuka puasa korang! >.<

Wednesday, August 17, 2011

impikan sebuah IMPIAN

kita bercakap pasal impian nak? ntah kenapa, orang selalu kaitkan impian tu ibarat bintang yg jauh kat angkasa. dan burung camar lak dikaitkan dengan kegagalan capai impian.

ku cuba google psl kitar hidup burung camar ni, tp ku xjumpa yg detail lagi yg boleh jadi sebab dikaitkan dengan segala macam cerita sedih..xpe, nanti ku google lagi. ;)

cakap pasal impian ni, ku percaya yg semua orang ada impian. cumanya bila cikgu or fasi tanya, kadang2 kte jadi xtau apa nak jawab. jadi xpasti apa impian kita sebenarnya. tp tu tak bermakna kita takde impian kan??

ku pernah dengar orang cakap - kalo lama sangat fikir, impian hanya kan jadi angan2 jer.
ku plak rasa nak cakap (or mayb de org pernah ckp jugak b4 nih) - kalo banyak sangat ketakutan, impian pun akan hanya jadi angan2 je jugak.

btw sebab ku rasa nak tulis entri pasal satu sajak yg ku baru dengar tadi. so, ku pun dah download ep tu n trimmed part sajak tu -



yerp, dari series princess hour. kan dah cakap, kita boleh belajar dri mana2 sumber pun. termasuklah dengan mnonton movie. nak atau xnak jer..

The Dream of A Seagull

my foot does not separate from the ground
im simply afraid
im afraid to fly to the sky
because im used to the ground
sky is unfamilliar place
dont i have the wings?
dont i have the dreamer before?

versi bm lak ku translate >.<

kaki ku tak ingin berganjak dari tanah
kerna aku takut
aku takut untuk terbang tinggi menggapai awan
kerna aku dah terbiasa dgn tanah
lalu langit itu terasa sangat asing
tapi bukankah aku punya sayap?
bukankah aku pernah punya impian??
(ok, pelik bunyi budak sains karang puisi kan? its ok. abaikan. :/)
.......

pada ku la kan, impian tu tak semestinya benda yang logik. boleh jadi jugak benda yang pelik, yang mungkin orang lain rasa bodoh. dan sekalipun impian kita tu tak sempat atau tak mungkin jadi kenyataan, tak bermakna kita gagal. tak bermakna yang kita cuma buang masa selama ni tanam impian yg akhirnya tak tercapai. langsung tak!

sebab.. dengan adanya impian tu la kita rasa hidup. dengan adanya harapan.. dengan ada rasa percaya yg menanam impian tu bukan perkara sia2.



impian buat kita ada sebab utk hidup. kalo impikan utk hidup bahagia di syurga nanti, jadi kenalah hidup dengan baik kat dunia nih. mungkin ada yg akan kata, "mimpi je lah.." so, what? biarlah. tak yah nak berenti tanam mimpi semata-mata sebab org kondem impian kita.

hidup kat dunia nih tak de la sentiasa aman damai bahagia. happily ever after apetah lagi. so, kadang2 tak salah kita keluar jap dari alam nyata ni utk bermimpi. singgah jap taman impian yg kita dah bina sejak dulu lagi.

impian
mimpi
harapan
percaya

keep the FAITH.

Monday, August 15, 2011

saja2 taip

disebabkan 7am-7pm terasa lama tanpa buat apa2, terasa useless jugak kalo otak ni dibiar je hari2 tanpa perlu nak fikir apa2. so, memang saja nak cari benda utk difikirkan.

disebabkan ku ni dulu2 teringin sgt nak mengkaji psl behavior manusia ni, sampaikan masa wat pilihan pilih uni dulu, pilihan 1-5 suma psl sns kemanusiaan. tp 1 pun xlekat. yg lekatnya pilihan ke-6.. haha. xpelah.. dah jodoh nak kenal ngn dak2 foodtech kan? :D


berbalik kepada perihal manusia tadi, belakangan ni ku terperasan 1 benda. so, menggunakan daya mengkaji yang tak seberapa nih, ku dah buat 2 hipotesis :P

1. bila sorang yg cool, steady, calm dalam keadaan yg sgt down n sedih, n bila die cakap die nak bersendiri - actually die harap ada seseorang yg akan stay dgn die. yg tetap akan tunggu, dan xkan berganjak sekalipun die tolak. (atau buat2 tolak.. :B )

2. bila sorang yg happy-go-lucky dlm keadaan yg sgt down n sedih, n bila die ckp die nak bersendiri - memang die betul2 nak bersendiri. so, waktu tu bukanlah masa yg sesuai utk spe2 pun sekeliling die nak buat lawak. tak pasal2 leh bergaduh karang.

tapi ni stil hipotesis je la lagi. masih tak buat conclusion. sbb masih menjalankan pemerhatian. haha. poyo je kan?? fyp dulu main2, skrg ni xde kje la plak duk wat research yg xde kaitan. :/ hrmm..tp interesting sbnrny mengkaji manusia nih. sama jugak mcm microb. both r unpredictable.

aaarh....ttbe rindu la plak nak steaking. patutnya plate yg ntah spe2 buat terlebih2 xguna tu, kte amik je kan wat art. steak nama ke, love shape ke.. sbb at last, memang kte gak la pun akan jd representative to be blame sbb membazir. padahal org lain...

mr BC, kamu jadi saksi kan yg ktorang xde masa nak membazir. aish, rindu la plak saat2 bersama dlu.. 4 thn kat umt, selain sebab final exam, jarang2 la ku nangis. tp dgn kamu 1 sem, banyak kali tau buat ku nangis.. sebab kamu jugakla, ku xcukup tdo, ku xsempat makan.. aish, xpatut betul kamu nih.. tp sbb tu suma la, memang sampai ble2 pun ku xkan lupa. :)


ni hasil terbaik ni, byk single colony. weehuu~~

streaking mmg best
spreading mmg penat
counting mmg stress.

well said- makin kta nak lupa sesuatu perkara, makin bertambah kuat lak ingatan kta pasal perkara tu. so, xyahla nak susah2 lupakan. chillax jer. lama2 nanti, bila dah xfikir, hilangla sendiri kan? ;)

motif entri nih? aah, melalut jer. >.