Tuesday, February 15, 2011

awak seorang yg bagaimana ye?? *senyap

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.

salam maulidur rasul. selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad saw.

bila orang tanya awak ni bagaimana orangnya. ada yang dengan yakin jawab - oh,sy sebenarnya sangat pemalu. tapi dengan beraniny berpakaian dedah sana sini. uish.

ada gak yang tak tahu yang jawab.

mungkin sebab kita bukan sama setiap kali. awak mungkin kebanyakan orang kata sangat pendiam. tapi itu sebab 'kebanyakan orang' tu adalah orang2 kebanyakan yang tak tahu apa2 tentang awak. sebaliknya bila bersama orang2 yang rapat, yang sedikit itu, mereka sampai cakap - awak ni cakap tak berentilah.

so,macammana?? moral of the coret - jangan judge orang lain sebab diri sendiri pun kita tak betul2 faham lagi.

sila tanya diri, aku ni sebenarnya macammana ye...?

aii, mudah sangat terpengaruh. itulah kebanyakan manusia. pendapat orang lain tentang diri kita sendiri yang sepatutnya kita lebih tahu itu yang selalunya jauh lebih betul.


contoh;

aku: kasut ni cantik kan? *sambil tunjuk sepasang sandal tapak flat yang simple.
kamu : ee, tak elok lah. selekeh. * sambil buat muka.

lalu, si aku tu pun tak jadi beli walaupun dia bekenan sangat dengan sandal itu..

persoalannya, yang nak pakai itu siapa? yang nak bayar pun siapa? takkan nak kena hire perunding imej kot baru boleh senang hati dengan apa yang dibeli dan dipakai? aduyaii...

contoh 2;

aku: skinny jeans sesuai pakai dgn sneakers kan?
kamu; cam budak2 jalanan lar. pakailah dengan heel ke, wedges ke.

terus perasaan si aku untuk membeli sneakers bercampur baur setelah mendengar pendapat sang kamu.

*tak tau nak komen apa. sedih.

sedih sebab keselesaan terpaksa dikuburkan demi untuk menyedapkan mata2 orang lain.

bab menutup aurat tu lain la. memang sudah wajib hukumnya. jangan dipersoal.

ini pasal fesyen. uh. manusia jadi hilang identiti sendiri sebab asyik nak mengikut cara orang. menyedapkan mata orang. walau hakikatnya pakai heel bagi pejalan kaki sangatlah tak praktikal.

aku : *diam.

bila semuanya salah, ternyata sepi itu jauh lebih indah.


No comments:

Post a Comment