sejak dari mula
sejak aku pandai menilai kata
ku dengar orang bicara
tak kenal maka tak cinta.
laluku mahu kenali semua
aku mahu cinta segalanya
aku ingin cipta 1 dunia
penuh cinta, penuh bahagia.
tapi tak semua kata orang
benar belaka
mereka pun pasti ada silapnya
dan untuk ini
ku pasti
mereka salah
tak kenal mungkin akan suka
dah kenal mungkin juga
benci kan ada
dan ya,
benci itu telah ada
setelah aku kenal kamu.
sungguh akau tak ingin membenci
sungguh ku tak ingin rasa ini
sungguh ku tak mampu ubah dirimu
lalu biar aku sendiri
mencipta angan yang baru
tanpamu
No comments:
Post a Comment