Sunday, June 5, 2011

projek KESIAN

salam.

since 2hb haritu, ku asyik play lagu-lagu yg sama jer.. sbb baru dapat cd!!! yea!!! exclusively pos by the artist kot!! weeehuuu~~~


album PROJEK KESIAN (rare version) by FYNN JAMAL!! *tulisan kak fynn sgt cute kan? :) n no 222 tu sgtlah rare! :D

kenapa projek kesian?? haa, de la crita di sebalik pmbikinan album nih. korg kalo nak tau, leh la g stalk notes kat fb kak fynn or g ziarah blog die ea.. >.<

dalam ni ada 7 lagu :
#1 : 150juta
#2 : biar
#3 : over
#4 : suatu pernah
#5 : biar jiwa
#6 : sampai tua
#7 : no more

suma pun best tp yang akan ku ulang, ulang dan ulang adalah track 2,3,4,5..tp track 1 n 2 pun mmg dah terhafal b4 dapat album ni lagi. ha2!. :)

kesimpulannya, utk album kak fynn ni - jgn cuma dengar suara tp kena DENGAR RASA dan korg akan dapat apa yg nak disampaikan.. :)

dengar cite kak fynn dah nak fly ke rusia bbrapa thun utk kje kat sana..alaa..kempunan nak tgok die perform live..hopefully 1 day akan boleh jugak jmpe die.. >.< n kalo korg nak dengar lagu2 ni, leh search kat utube, tp sbb suma tu live performnce, soo agak bising n tak brapa clear la liriknya..

ohw, lupa nak bagitau. lirik paling penting dalam album nih. sbb fynn jamal ni pmuisi. cara pnyampaian puisi die tu yg unik, iaitu dia slalu sampaikan dalam bentuk lagu. so, dalam album ni lagi mantap r sebab de macam2 instruments kan especially lagu BIAR. seriusly kalo korang dgr betul2, msti akan ada rasa tersentuh dlm hati. lagu tentang ayah. :I

ok, dah alang2 tersebut tentang lagu BIAR, so ku bagi description for each song la ye. saja nak bagi korg jeles. hahaha! ;)

150juta - seunik tajuknya. lagu ni tentang seseorang yang bercerita tntg partner nye. tak kisahlah besties ke, husband/wife ker dll.. sbb dlm r/ship kan org2 luar msti akan kata mcm2 psl our partner tmasuklah yg negatif ke..tp wlau 150juta kali pun dorg cakap mcm2 kan, cuma kte je tau prangai sbnr n sbb kte still stay dgn partner kte tu kan... ? >.< *soooo suwiittt!! fyi, lagu ni rmai dah org cover since thn lepas wlaupun album ni baru je release.

Biar - mcm dah sebut tadi, lagu ni tentang ayah. yg walau sakit mana kan tetap kata 'biar' n 'biar' utk dia trus cari rzeki, utk terus dia nmpak tabah. walau hatinya sama je dgn seorang ibu.. *sebak.

over - lagu perpisahan. ni lagu english. tentang bila kita sedar yg our r/ship dah sampai ke penghujung dan perpisahan adalah jalan terbaik. cuma kte harap segala mimpi indah takkan berakhir n kita tak perlu bangun dri tdo utk mgakhiri semuanya. fynn ada buat video klip lagu ni dgn suaminya, tri. korg boleh cari kat utube.

suatu pernah - cerita tentang secret admirer. suma org pernah rasa minat pd seseorang suatu masa dulu kan? ;) so, walau macammana kehidupan kita sekarang ni pun, pasti ada seseorang yg pernah bergelar SUATU PERNAH dlm hidup kte.. btul x?? tp lirik lagu ni sdey..ku bagi skit ea

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

biar jiwa - ni terpaling faveret sejak dua tiga empat menjak nih. (checkout blog zahirilazhim >.< ) taktau la nak explain apa psl lagu nih. kena dengar sendiri. tp biar jiwa tu sbb bila ssuatu perkara tu ssh nak dterangkan dgn kata, so BIAR JIWA yg sendiri rasa. :) ada video klip lagu ni as ost filem kontrakdiksi yg bakal kuar sept nanti by fynn n tri. leh la search kt utube. :)

sampai tua - ni lagu tentang husband-wife. yg walau apa pun jadi, akan tetap kukuh n utuh utk terus bersama SAMPAI TUA.

track 7- erm, ku belum hayati betul2 lagi lirik die..nnt ku hayati dulu yerp. :P yg pasti sdey jugak lirik die. tntang realiti yg slalunya jauh dri kisah happily ever after.. :/

ok, cukup sudah penerangan n promosi tak berbayar nih. hehe. takpe ikhlas tu penting. mahu layan lagi album PROJEK KESIAN nih sambil mnjahit. wee~~


No comments:

Post a Comment