Saturday, April 21, 2012

tentang kalah


Mengalah dan terpaksa mengalah.

Normalnya yang ‘terpaksa mengalah’ akan lebih sakit berbanding yang ‘mengalah’ pada saat awal2 mendapat kekalahan. Sebab, yang ‘terpaksa mengalah’ masih x rela untuk kalah sewaktu yang ‘mengalah’ dah awal2 lagi menyerah kalah. Jadinya, bilamana hati cuba nak melawan reality, haruslah rasa sangat sakit. Sampai mengalir air mata dingin – itu normal.

Tapi,

Untuk masa2 yang seterusnya, dengan kata lain, bagi kesan masa panjang, yang ‘terpaksa mengalah’ akan juah lebih cepat bangkit berbanding yang ‘mengalah’. Atau mungkin yang ‘mengalah’ takkan mampu bangkit buat selama-lamanya.

Sebab,

Bilamana yang ‘terpaksa mengalah’ berusaha utk menerima reality, dalam masa yang sama yang ‘terpaksa mengalah’ tu akan turut sama berusaha utk tak lagi kalah. Makanya, yang ‘terpaksa mengalah’ akan terus dan terus berusaha dan takkan mudah putus as apalagi mengalah.

Sebaliknya,

Bagi yang ‘mengalah’, walaupun rasa kalah tu tak sesakit mana, tp kesan mengalah tu akan berlarutan lama. Boleh jadi selama-lamanya. Sebab hati dan minda dah pasrah. Dah rasa tak mampu buat apa2 utk cuba ubah reality. Makanya, akan terus mengalah, dan mengalah dan kekal jadi orang yang kalah.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
‘mengaku kalah’ dan ‘menyerah kalah’ tu adalah dua benda berbeza ye. ‘menyerah kalah’ lebih kpd ‘mengalah’, sebaliknya ‘mengaku kalah’  lebih kpd ‘terpaksa mengalah dlm keadaa yang lebih cool’. Apakah…? Wateva.  sepertimana pasrah dan redha tu berbeza, jadinya ‘menyerah’ itu pasrah, dan ‘mengaku’ itu redha.

p/s: ttbe blur tgok setting baru blogspot nih. cik purpledragonfly ckp 'lama dah heh.'. bapak lama giler ku xupdate.. >.<

No comments:

Post a Comment