Keadaan kadangkala membuatkan kita tak pasti mana yang
betul, mana yang salah kan?
Contoh;
Seseorang yang melanggar etika seorang guru dipersalahkan
dan menyebabkannya kehilangan kerja, walhal sebab etika itu dilanggar adalah
demi untuk menepati janji yang telah dibuat oleh seorang guru terhadap
murid-murid. Yang mana akhirnya menyebabkn beliau mendapat kepercayaan drpd
para pelajar, namun dalam masa yang sama pihak sekolah telah hilang keyakinan
terhadap kredibilitinya.
atau seorang mak yang hobiny membebel. dari pukul 6am smpai pukul 11pm. seorang mak yang lebih suka dengar cakap2 org lain drpd percaya kata2 anak sendiri, seorang mak yang asyik buat benda2 yg buat anak2 nya rasa annoying jer dan bla2.. tp seorang ibu tu la yg bertarung nyawa melahirkan anak, yang tak pernah lena tdo 9 bulan, seorang ibu yg sedaya upaya uruskn hal rumah, makan pakai n lain2 sedaya mampunya.. :')
aahh..apalah yang minah ni membebel kan.. huh. Nak tau kesudahan
cerita kpd persoalaln a.k.a bebelan tadi, sila g tengok filem We Not Naughty. Cerita
yg bagus padaku. Sape yg pernah n suka tengok filem Im Not Stupid atau Aku Tak
Bodoh, cnfrm suka gak cerita nih. Walaupun masa ku tgok 2 mgu lps kalo xsilap,
Cuma ku, miss purple dragonfly, cik bintang timur n aliaa.. + segroup lagi
malay yang de dlm panggung yang full house dgn chinese tu. Tu pun group malay yg lagi 1 tu,
xhbs lagi cerita, dorg dah kuar panggung. =/
But still, it’s a great story. J
Isu semasa;
Orang melihat pada apa yang berlaku di kemuncaknya. Tapi
langsung tak tahu atau taknak ambil tahu atau sengaja taknak tahu tentang apa
yang berlaku sebelumnya. Sangat tak adilkan rasanya kalo beberapa minit
terakhir yang hanya difokuskan sedangkan beberapa jam sebelumnya dipadam terus.
Haih~
tutup cerita. cukup setakat itu tentang ini.
seterusnya,
28 n 29hb lepas ku attend program penilaian kompetensi a.k.a PAC utk peg antidadah. antara slh 1 sbb knp ku xjadi sambung master. bukan sebab confident dpt post tu, 1% pun x. tp sbb malas nak berulang ke penang lak nnt + hold project + minta cuti bila dh start di tganu tu. so, insyaAllah master tu kalo de rezeki, masih berharap jugak..
pasal PAC tu lepas ku google2, punyalah xde info. hinggalah ku jumpa 1 blog story psl PAC utk post peg bomba. n PAC nya ialah lari 2.4kn, lompat kanggaro, sit-up, lari ulang-alik 10x dll. huh. sesungguhnya 2 benda yg paling ku nak elak adalah pendidikan jasmani n jumpa doktor. :/ so, disebabkan tu, ku buat keputusan utk taknak g. lagipun, jari kaki ku cam sakit skit. bengkak n lebam masa time kat BR tu xhilang2..
tapi, ku hanya merancang. Allah yg menentukan. dan sememangny Allah tu sebaik2 perancang kan. :) beberapa hari b4 PAC, ku discus2 ngan sha, katany kalo ikut contract JPA, kalo xhdirkan diri akan kena byr blik segala scholrsp. giler nak byr?! huh. dan abg pun sanggup balik weekend tu n tolong antar n amik suma. mak pun kata try jer..
jadinya,
hari kejadian, bertolak lak ke PUSPEN kg selamat, bukit mentajam, penang. pukul 6.30am dah gerak dri rumah. first time masuk puspen, aman jer. tenang jer envrnmt kat situ. btw, puspen tu pusat pemulihan dadah. n kata peg kat sana puspen kg selamat tu dikhaskan utk penagih2 tegar.
1st day kena pakai baju kurung. so ku memang lega la sbb dah sah2 xkan kena lari, lompat bagai kan? hehe. so masuk2 daftr hp kena off n kena bagi urusetia smpan. hbs program kul 6.30pm bru leh amik balik.
lepas tu ujian psikologi 80 soalan. ku tahu yg dri ujian tu la dorg nak nilai personaliti kte nih - positif ke x, easy-going ke x, peramah ke x, rajin ke x dll.. obvious sgt la soklan2ny. tp ku berani jamin yg ku mmg jwb pakai hati je haritu, mmg x pk2 dulu. sbb kalo trpilih pun atas dsr bukan kta yg sebenr, takde pekdah gak kan. ingt main2 ke post peg antidadah tu. besar tau amanah n tggjwb nya. jadinya ku serahkan la pd penilai utk menilai smada ku yg adakalany pesimis ni layak atau x..
lepas tu, terus ldk smpai 4.30pm. mula dgn xtvt kajian kes, pastu case study (sama jer prosedur cam xtvt 1st, cuma segala converstn harus dlm english. n isu nye pun berubah la skit. topik stil drug.), pastu penyelesaian masalah, n akhirny problem solving. serius ku yakin yg markah ku sgt skit dlm sesi2 ni, sbb ny dah memang ku jenis xreti nak menyampuk. lagipun ku fikir, kalo semua nak bercakap, sapa nak dengar kan? n ku tengok dorg2 suma nih tahu byk bnde, so ku yg xtahu sgt nih drpd ckp nonsense, rasany better ku dengar n tulis.. kan? tp confirm2 la mrkah penilaian ku sikit. :(
akhir hari pertama dgn pengucapan awam. 2 group ldk digabungkn. n setiap org kena ckp max 5 minit. tajuk diberi. n ofcorse main topic still about drug. so, sebab ku suka tulis, jadinya ku agak suka cakap sorg2 jugak. so..not bad la kot rasanya.. heh~ esok pg smbung dgn public speaking. nsb baik smbg hari ke2, atleast dpt la ku google skit2 psl isu dadah ni kan. tgok dorg siap hafal statistik, jenis2 dadah, ngara produce suma bagai.. haih, dasyat betul kalian~
pastu kena tukar bju sukan. risau de sikit. tp ikut schedule xtvt adalh persediaan krja sosial, kerja sosial n penulisan laporan krja sosial. so, ikut logikny lari2, lompat dll suma tu BUKANlah kerja sosial kan? so ku xde la cuak sgt. ;)
dan sememangny sesi ni plg best. sbb first time ku leh bersembang, berborak, bercerita, n main game jugak dgn penghuni2 puspen tu. 4 org join ku nye group ldk - linda, pun, apit n abg lee. seriusly, dorg sangat NORMAL. n ku boleh kata yg abg lee LEBIH POSITIF driku, pun LEBIH MANNERED driku, apit LEBIH CONFIDENT driku, n linda LEBIH MATURED driku. jujur. betul.
antara xtvt yg ktorg rancang n main - lukis muka dgn tgn kiri (sbb semua psrta pakai tgn knn kebiasaanny) n cari pemilik lukisan tu, tulis impian, radio buruk, arahn berlawanan, kapalterbang kertasku dll. radio buruk plg best. sama je kami dgn dorg. asyik buat silap jer. lain yg dismpaikan , lain yg org terakhir akan ckp. standard r tu kan? dah jelas yg kte suma sama jer. :) paling bermakna adalah kapalterbang kertasku. impian yg kami tulis, kami lipat jd kapal terbang (tq ye apit tolong akak nih lipat :D) pastu kami kena terbangkan melepasi 3 tiang. umpamanya tu halangan yg kami kena tempuh. dan pastinya sgt bersmangt dorg. buat ku sedar yg ku selamany ni hanya ada impian, harapan, angan2, tp ku xde matlamat. buatkn ku x usaha sehabis mungkin utk realisasikan apa yg ku impikan..
so, rasanya ku yg byk belajar dri insan2 nih. walaupun org nmpak yg menagih tu 1 isu besar, tapi ianya tetap 1 kesalahan. n standardlah, semua org pun buat silap. ku pun pernah bakar alatan makmal kan. dan sebab tu ku xnak lagi masuk mkmal tu. haha. tp ku salute dorg nih. ada yg ditangkap pihak AADK n kena hantar kt situ, ada jugak yg secara sukarela daftr n amik pakej pemulihan dekat klinik Cure n Care. korang sgt berani utk berhadapn dengan kesalahan korg. untuk tu, SALUTE.
macam yg fasi kt situ ckp, macammana org yg giler jeruk, terliur tgok jeruk mangga wlpun perut tgh kosng. maknanya lgsg xkisah perut tu akan sakit ke x nnt, asalkn dpt makan jeruk. cam tu la jugak org yg dah addict pada dadah. dadah dh jd cam 1 keperluan. habit. jadinya, adalah 1 tindakan yg sgt berani bila dorg ni sanggup utk dptkn pemulihan utk besih dri benda yg dah jd sebahagian dri hidup dorg. makanya, tolong. tolong bantu insan2 nih. setidak2nya tolong tutp mulut dripd berkata perkataan2 yg mungkin menyakitkan hti dorg. dorg pun manusia. dan manusia dgn kesilapan dah macam hujan kat malaysia nih. hampir hari2 ia turun kan. kadang rintik, kadang lebat, kadang2 smpai jd banjir.
takde siapa yg sengaja nak buat salah. xde siapa yg saja2 nak musnahkan diri tnpa sebab. jadi tolong jgn cuma lihat pada pelaku, tp cuba jugak tgok keluarganya, kawan2nya, dan masyarakat sekitarnya - kita. penagih tu pesakit, dan kita nih pesalah selagi masih biarkan dorg terus sakit. pesakit n pesalah - mana lebih kejam?
p/s: erk. ku memang suka bebel sorang2 kan. -.-'
No comments:
Post a Comment