Monday, September 3, 2012

bukan telenovela


Dia balik dari shopping, terus mngunci pintu rumah, lantas berlalu ke bilik. Rumah itu mala mini sunyi dari kebiasaannya lantaran teman2 serumahnya yang lain masing2 bermalam di luar. Sudah menjadi kebiasaan bermalam sendrian di rumah itu.

Dia melabuhkan diri untuk beradu..

Kemudian terdengar bunyi pintu cuba dibuka dari luar. Selang seketika terdengar bunyi pintu Berjaya dibuka. Kemudian terdengar pula bunyi suara2 asing yg berdialog perlahan di tingkat bwh. Cemas. Dia terus mnghubungi temannya. Malangnya, temannya itu jauh. Bunyi asing semakin dekat. Hp disorkkan dengan talian masih bersambung.

Dia serah segala material yg diinginkan. Tak guns mnghabis tenaga melawan kudrat yg secra logiknya takkan mampu terlawan. Namun manusia2 yg kurang diajar tentang hak manusia lain itu, bukan setakat merampas hak material, malah disebabkan tak berpuas hati, mereka melakukan keganasan.

Leher dia dihiris parang. Mujur hanya sipi namun masih berdarah. Kepala dia diketuk. Jatuh. Perut dia ditumbuk. Kesan hingga ke usu. Dak kudrat yg hanya sedikit, namun akal yg masih panjang, dia pura2 pengsan. Mungkin manusia2 itu panic, lalu lantaran keoanikan itu, dia dibawa dan dicampak ke dlaam hutan bbrapa km dri rumah. Ditinggalkan. Sendirian. Dalam gelap malam.sunyi.

Berbekalkan azam yg kuat, dia gagahkan diri bangun meminta pertolongan. Bersumberkan ilmu yang ada, dia bergerak mencari arah keluar dari gelap malam hutan mengikut bunyi arah kenderaan. Sakit memang sakit. Tumbukan di perut terasa mencucuk2 sampai ke usus. Darah kesan terkena parang masih mengalir, jatuh ke bahu. Namun, azam untuk terus hidup Berjaya menempuh segala kesulitan itu.

Syukur. 

Sebaik tiba di pinggir jalan. Tatkala menahan random kenderaan yang lalu. Pada gelap malam itu. Ada yang membantu. Tanpa sebarang syak wasangka. Rahmat tuhan itu memang teramat besar.
Kesan dari itu, ususnya bengkak. Mujur dapat diselamatkan dan tak perlu dibuang. Luka terhiris walaupun masih terasa bisa pedihnya, mujur tak dalam. Barang2 material walapun banyak yang hilang, mujur maruah dan kehormatan seorang wanita masih terpelihara..

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam..syukur.

Ini bukan telenovela. Bukan jugak fiksyen. Ini benar. Teramat benar sbb apa yang tertulis ini adalah apa yg berlaku pada salah sorang besties ku beberapa hari sebelum ramadahn lepas. Namun, benar. Setiap yg berlaku itu ada hikmahnya.. itu nanti ku story dekat entri seterusnya..kalo rajin. J

Pepun, again, my wish untuk dunia yg lebih indah.. lebih selamat.. moga2 lah.. aminn..

No comments:

Post a Comment