Saturday, April 21, 2012

tentang kalah


Mengalah dan terpaksa mengalah.

Normalnya yang ‘terpaksa mengalah’ akan lebih sakit berbanding yang ‘mengalah’ pada saat awal2 mendapat kekalahan. Sebab, yang ‘terpaksa mengalah’ masih x rela untuk kalah sewaktu yang ‘mengalah’ dah awal2 lagi menyerah kalah. Jadinya, bilamana hati cuba nak melawan reality, haruslah rasa sangat sakit. Sampai mengalir air mata dingin – itu normal.

Tapi,

Untuk masa2 yang seterusnya, dengan kata lain, bagi kesan masa panjang, yang ‘terpaksa mengalah’ akan juah lebih cepat bangkit berbanding yang ‘mengalah’. Atau mungkin yang ‘mengalah’ takkan mampu bangkit buat selama-lamanya.

Sebab,

Bilamana yang ‘terpaksa mengalah’ berusaha utk menerima reality, dalam masa yang sama yang ‘terpaksa mengalah’ tu akan turut sama berusaha utk tak lagi kalah. Makanya, yang ‘terpaksa mengalah’ akan terus dan terus berusaha dan takkan mudah putus as apalagi mengalah.

Sebaliknya,

Bagi yang ‘mengalah’, walaupun rasa kalah tu tak sesakit mana, tp kesan mengalah tu akan berlarutan lama. Boleh jadi selama-lamanya. Sebab hati dan minda dah pasrah. Dah rasa tak mampu buat apa2 utk cuba ubah reality. Makanya, akan terus mengalah, dan mengalah dan kekal jadi orang yang kalah.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
‘mengaku kalah’ dan ‘menyerah kalah’ tu adalah dua benda berbeza ye. ‘menyerah kalah’ lebih kpd ‘mengalah’, sebaliknya ‘mengaku kalah’  lebih kpd ‘terpaksa mengalah dlm keadaa yang lebih cool’. Apakah…? Wateva.  sepertimana pasrah dan redha tu berbeza, jadinya ‘menyerah’ itu pasrah, dan ‘mengaku’ itu redha.

p/s: ttbe blur tgok setting baru blogspot nih. cik purpledragonfly ckp 'lama dah heh.'. bapak lama giler ku xupdate.. >.<

Monday, April 2, 2012

bawa aku pergi # lari

buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh

ye, memang muzik tu boleh mmpengaruhi. tp tak ramai pun yg hayati lirik. dan pada yg hayati lirik tu, erm.. ada rasa nk lari rumah ke dgr lagu nih? haih~ kalo kena buat esei time spm dlu 'sebab2 remaja lri rumah'; mesti akan letak mslh famili, pengaruh rakan, media massa, bla2.. eh, lagu termasuk media massa ea?? so, boleh diterima la kot kan kalo bagi isi tu. hrmm.. wateva.

tapi.. yg ni x diisu plak ->

bawaku kemana saja kau suka
timur, barat juga utara
dampingi aku selalu
..................................

personally, sbb ku xde masalh dgn yg menyanyi n jugak yg mengcompose lagu2 nih, so ku suka je dua2. terutamany pemilik qarmamusic tu, sbb penggunaan perkataan2 utk lirik2 die kemas n cantik. tak meleret. kemas. so harapnya, jgnla sbb isu nih, saudara undur diri ye. -_-'

xde la bru sgt lagu tu. plus, isu lari rumah pun bukan bru. cumanya mungkin kebetulan. mungkin jugak ujian Tuhan. kena pulak lagu nih naik time kes budak lari rumah nih tengah hot. ttbe unofficially cam dah jd theme song la plak kan.

walaupun, first time ku dgr lagu nih. ku pun rasa lirik ny pasal tu. tp sekali dgr terus suka. terus save dlm laptop. terus rasa nak hafal. n sekarang almost hafal full dh pun, tp insyaAllah setakat nih xde terdetik sikit pun rasa nak lari rumah. just layan. sbb melodi die cool je. xsemak kepala.

padahal. mengikut kata penulisny, lirik tu xde kaitan pun dgn isu n jugak pe yg ku fikir nih. psl cerita husbnd n wifey yg dah lama nk g holiday overseas. rupanya. (detail kat blog rindok)

betulla apa org kata.

apa yg kita nak fikir. tu la yg akan kita terfikir. kan?

pokok pangkal dari hati.

p/s: nak blog pasal wedding bestie n netball match mssd nnt. nnt tu xtaula bila kan. heee~~