Friday, November 23, 2012

kedah, aku datang~

esok. mencari dan memula hidup baru. kedah, aku datang. :) 

seriously, nervous. sangat. 

pernah dengar dgr orang kata, cara terbaik utk jd berani adalah dgn melawan ketakutan itu sendri. dan yah, kalo dulu kefobiaan pd lab mnyebabkn ku decided untuk TAK smbung master in research lagi dah, dan start lusa ku akan mghabiskan hari2 ku di lab. indah aturan tuhan kan? :)

sebab kalo tanpa keterpaksaan, takkan ada rasa rela ni. makanya, sekarang ni agak masih dalam rasa sedikit paksa-rela. lama2 ok la kot kan? tak kenal maka tak cinta, ye tak.. 

dan jujur, orang2 kat sini sangatlah baik. dorang tolong ku cari rumah, pastu sbb rumah tu cam agak mahal, dorang tolong mintakkan kuarters kat ku. tolong ku settle api n air dll.. baik kan? padahal, ku baru sangat2 kenal dorang.. n de yg ku xsempat nk kenal pun lagi... terima kasih tuhan.. :')

disebabkn laptop ku masih direpair, so ku xbw laptop ke sana.. so, xtau la ble next entri boleh kutulis dan post nanti.. pepun, wish me luck ya! smoga ku tak terbakar apa2 lagi... :/

Wednesday, November 7, 2012

new addict


ku rasa ku dah addicted la dgn kata2 insan bernama mosyuki borhan nih. harini kje mengedit jer quote2 best dri die. nah~


ini pun best.


ini paling ku suka~

jom pakat2 like blog pemuda puitis ni mosyukiborhan

p/s: ok x ku edit? pixlr mmg best! :P

Tuesday, November 6, 2012

wet memory:P


5.11.2012

-- wet memory at quantum -- 

qs banjir wey semalam. habis banjir warehouse n masuk finished good transfer area sikit.
 mmg bergotong royong tul semalam dorg menolak air. bak kata bos, de jugak
 kenangan banjir di qs. ;)

mula2 cam xde efek jer, cam useless jer dok tolak2 air sbb air keep masuk balik since hujan kat luar masih mncurah-curah turunnya. sian kat kak zura n bathmani jd water-bending lak cam dlm cite cartoon avatar tu. :P

kak zura n bathmani a.k.a water bender :D

tapi berkat usaha dorg yg tak giv up. molak nolak air2 yg terus mnerus masuk tu, akhirny mmbuahkan hasil jugak. lama2 air pun terpaksa mngalah dgn semangat gigih dorg nih. dan makin lama makin kurang dan kurang.. alhamdulillah.

kak zura a.k.a angelic layer. :D

will really miss korang nnt.. haih. sedih sudah ku ni.. :/

Saturday, November 3, 2012

to be continue...


wah. eksaited giler nak main jahit-jahit balik. setelah sekian lama jari tak tercucuk jarum kan, asyik tercucuk brooch jer.. weekend ni insyaAllah kalo berkesempatan. sbb ku nak kena kemas2 dah kan. next weekend insyaAllah dah di taiping , bukan damansara ni dah.. 

happy. tapi sebak jugak. haih~

ohw, btw. kalo sempat ku habiskan komik conan harini. esok leh la ku start jahit2. yeayea!!

ku jumpa ni dkt kedai DIY nmenye, kat taiping, masa tgh jalan2 ngn cik purpledragonfly tu sbb asalnya nak g wat medical checkup, tp xjdi.. last2 ni yg jadinya. :)


ada wooden DIY bookmark, DIY coinpurse n bbrapa helai kain felt. total harga tiga2 ni xsmpai RM10. :)


DIY coinpurse ni mmg dah lengkap semua. kena de gunting n gam jer. benang n jarum pun dh de dlm pack tu. tinggal - gunting, tampal n jahit jer! dah siap gunting smlm, tp dsbbkan kmengantukan pospone dulu jahitnya..esok kot.. ;)

actually ku lagi eksaited nak buat bookmark tu. sbb ku suka buku. so bookmark cam lbh berguna pdku bbnding keychain or hp charm n yg seangkatan dgnnya tu.. dlm pack tu ada 3 shapes - butterfly, dragonfly n yg ku xtau nk tafsirkn bentuk apa ni ->


so, semalam pk2.. terbayang muka makcik nih. nak lukis tuan rumah mr bean tu sbnrny, tp ingatan agak xbrape jelas dh sbb lama xtgok. hoho. so jadilah makcik nih. :P tp cam xblh jahit lagi jer makcik ni sbb kain felt dlm pack tu xde kaler yg ssuiai utk wat rmbut n kaler skin.. so tgu balik taiping la nmpkny... :/

makanya... to be continue la... 




Wednesday, October 31, 2012

simpan sendiri

 "kalo semua benda nak dishare, apa lagi yg tinggal utk kte simpan sendri."

ni bukan ayat suh jd haji bakhil atau seangkatan dgnny. ni ayat HR ku td yg ku dah ubah-suai ikut keadaan. :) 

ku terima dan adaptasi ayat ni camni - kalo semua benda nk dicerita, apa lg yg tinggal utk diri sendiri. sbb tu setiap org berhak untuk punya rahsia. sbb rahsia tu mmbezakan kte dgn org lain. sekurang2nya ada ssuatu yg org lain tak tahu dan hnya kte dan Yang Mengetahui yg tahu.. itu yg mnjadikan setiap individu tu istimewa dan unik.. dan misteri jugak. 

so what, mysterious person sangat osem ok. :D



sebab tu jugak, kalo awak tak berjaya korek rhsia orang, jgn sakit hati.
kalo awak tak tahu rahsia org yg plg dekat dgn awak pun, jgn kecil hati.
kalo awak kena marah sbb sibuk sgt nk tahu rahsia org lain lak, jgn ambil hati. tp ambil pengajaran.

sebab rahsia tu hak individu. 

biar ada yg disimpan hya untuk kita saja, itu buat kita akan lebih berharga.. ;)

p/s: bila mlibatkan wang a.k.a sedekah atau sekadar pmberian ikhlas dll, entri ini sila buang dri fikiran. jauh-jauh. 

Monday, October 22, 2012

cuak

jauh tak semestinya buruk
dekat tak semestinya baik.

kadang2 kita tak tahu apa untuk diharapkan
dan kadang2 juga kita mmilih ssuatu yg salah utk diharapkan
sebab manusia itu serba tak tahu

makanya,
tak kiralah dekat atau jauh
hanya minta yg terbaik.

doakan yg terbaik utk ku ye.. :)


review ketakutan


sambungan pre-review ketakutan yg lepas, hari ni ku dah ready utk full review. sbb secara formalny ku dah selesai khatam naskah ni ptg sbtu lepas. :) 

ketakutan.


leh tahan popular gak buku ni. time ku beli dlu, time tu buku ni trending kat twitter. pastu dlm bbrapa minggu di ada di-review di newspaper dan jugak astro awani. ku xbaca ataupun tonton both review2 tu, so its ok kalo xde org nk baca review ku ni. ku cuma suka tulis2 nih. :)

erm..

walaupun 'ketakutan' yg ku sangkakan pd awalny berkait dengan skizofrenia etc. dan ianya telah tersasar jauh, namun naskhah ni menarik jugak. unik. 

ada 15 kisah, dripada 15 pnulis berbeza. antara yg ku paling xboleh lupa - TILAM. cam byk plak bnde2 kebetulan yg related cam wtk utamany yg berasal dri taiping n mnetap di damansara. :/ byk2 tempat apsal taiping wey??? haih~  nsb baik la tilam yg kuguna ni tilam baru, bknny tilam 2nd hand.. huhu

kemudian; REBORN ALYA. ni paling ssuai utk difilem atau didramakan rasaku. msti menarik utk ditonton  lbih drpd sekadar dibaca. tntg mnghidupkn semula yg telah mati. bilamana manusia cuba utk mnjadi tuhan, pastiny syaitan yg akan jd pegangan..

FREEDOM; walaupun pada ku agak tergantung, atau mungkin pnulis nak pmbaca mreka atau mmikirkan sndri ending yg terbaik. apa yg unikny tntg kisah ni adalah ianya tentang kisah rasa janin dlm perut ibuny yg mlalui pengguguran. penceritaan drpd janin tu sndri. tntg freedom sang wanita slpas digugurkn seg yg perlu, dlm msa yg sma penyeksaan teramat utk janin yg mmnita utk hidup.

SKETSA RUMAH TUMPANGAN NYONYA JUN - pun mnarik. pusing2 kisahny. tp still mnarik. mgkin ni agak kpercayaan org2 cina yg de roh xtau die dah mati, so die mrayau2 n mlalui hidup sprti biasa. dan mungkin jugak disbbkn ada dosa2 yg belum terampun..

itu antara 3 yg paling mnarik pdku. yg lain2 pun best jugak, unik dri cara pnulisan yg tersendri - pesan lisa, cuak, jipez keripez, seriau di balik pulau, pisang, teddy bear kuning, destinasi terakhir, cerita tntg lipas yg ku lupa tajuknya, cerita tntng minyak dagu yg pun ku lupa tajukny, dan beberapa kisah lain jugak yg mmg ada ketakutan dlm ny. haruslah kan.. :)

p/s: ku suh cik purpledragonfly yg belikn buku ni mse jelajahlejenfixi kat uitm hritu. slain tu jugak ku google, buku ni dijual di I Am Lejen Shop,  SS15 Subang Jaya, Kinokuniya KLCC, Times Pavilion, Bangsar Shopping Center, Hartamas Shopping Centre, Sunway Giza, SS2 Mall, Citta Mall, Suria Sabah, One Borneo, Warisan Square, Hills Kuching. n kalo malas nk gerak2, leh bli online jer kat http://shop.lejenpress.com.

Friday, October 19, 2012

kahwin

kahwin - benda besar kan.

ku selalu terfikir, dalam masa yg sama - kagum - dgn kawan2 yg dah kawin. dorang sgt berani dan dah selamat pun dlm mmbuat 1 keputusan yg besar iaitu - berkahwin.

sebab kahwin tu bukan hanya di dunia, tp jugak utk akhirat nanti. makanya - kena pilih yg betul2. cumanya, kalo nak pilih yg betul2 dgn betul - sampai bila?? ntahlah..

kata orang, jgn menyukai sseorang krn kelebihan, sbb bila terserlah 1 keburukan nnt, akan hilang rasa suka tu. tp andainya kelebihan itu pd agama, bilamana pegangan itu mula goyah dan goyah, patut utk hilangkan rasa suka tu kan? sebab tu kena pilih betul2.. kan?

tapi ada je yg walaupun pada awal mula dipilih, xsbaik mana. namun seiring peredaran masa, pegangan pd agama makin lama makin utuh. syukurlah. cuma yg risau kalau terjadi sebaliknya. makanya, permulaan itu tak sepenting pengakhiran.

tapi, tanpa berpandukan permulaan, pengakiran susah untuk diduga. makanya, nak kena amik risiko. dan risiko tu bukan perkara yg enteng. risau tersalah jangkaan, yg mana akan turut mmbawa kpd tersalah mmbuat keputusan.

haih~

terlalu byk kerisaukan. tp haruslah la kan, sbb ni perkara dunia n akhirat. makanya, harus pilih n nilai betul2. 

soalnya, sampai bila?


Wednesday, October 17, 2012

spesis pelik

ada sesetengah spesis manusia nih
buatlah baik manapun
layanlah mesra manapun
back-up lah berapa ratus kali pun

ada peluang
tetap nak tikam belakang
masih nak cari salah
terus-terus nak menyakitkan hati
pelik

haih-

ibarat melepaskan anjing kelaparan;
kadang2 kata2 org dulu2 tu ada benarnya kan.

apapun; 
buat baik dibalas baik.
kalo bukan kat sini, kat sana nanti kan?
itu pasti. ~

hidupkan hidupmu :)



Find your light
Don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more
Live if you really want to

All my life I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been stargazing
The sky is right above me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to

All my life my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to




Friday, October 12, 2012

cuma 3 hari

suatu masa dlu masa dengar lagu ini, 
tersentuh. 
bbrapa hari. 
lalu habis di situ.

semalam ; 6.54pm
lagu yg sama ku tonton lagi tanpa duga
tersentuh lagi.
dan entah kenapa
air mata mengalir tanpa henti..

-> butir-butir cinta air mataku
teringat semua yamg Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi...


hidup itu cuma 3 hari 
semalam yang telah pergi
esok yang belum pasti
yang ada cuma hari ini..
smoga setiap hari ini yg dilalui diberkati..

Saturday, October 6, 2012

sirrun



siapa tahu ke mana taqdir bawa kita.. - fynn jamal

kan?

boleh jadi apa yang kamu benci itu, baik untuk kamu. dan apa yg kamu cinta itu, buruk untuk kamu.
kadang-kadang kita tak tahu apa yg kita mintak. kita mintak A sbb fikir kita A tu pasti yg terbaik ikut logiknya tp hidup bukan sekadar logik. mana tahu Z tu yg lebih baik? makanya, doalah diberikan yang terbaik dan moga diredakan hati.. :)

manusia hanya mrancang, Allah yg mnntukan. betul. cuma perlu utk trus berharap sbb harapan tu impian yg bukan sekadar mimpi. 

kata org - aim to the highest, to the sky, so when u fall, u fall onto mountain, not ground. (lebih kuranglah, ku pun dh lupa ayat sebenrny -.- ) tp padaku jatuh tu sakit. xkisah la on mountain ke, ground ke, sea ker, yg pastinya sakit. dan untuk bangun smula setelah jatuh, bukan mudah. mmg tak mustahil, tp masih agak payah. sbb rasa harus dihilangkn atau dikurangkn dulu 
sblum baru boleh mula melangkah.

makanya, 
kata2 ni lebih ku suka - always give the best, but expect the little. sbb..



walaupun apa yg brlaku ni ramai yg kata adalah yg terbaik, terus terang ku masih xberapa pasti. mungkin sbb cuak. gemuruh. menghadapi ssuatu yg baru dan asing tu bukan mudah. setidak-tidaknya pada orang yg seperti ku. -.-

kadang2 macam kelakar hidup nih.

sesuatu yg awak sgt nak, dan awak hampir dapat. dalam masa sekelip mata ianya hilang. atau sesuatu yg aawak dah meletak harapan terlalu lama, dan sampai 1 masa awak dah bersedia utk lepaskan untuk mula yg baru, harapan lama tu tiba2 datang.

makanya, life plan harus berubah lagi. 

tapi itulah kehidupan kan. kalo semuanya terjadi seperti perancangan, mungkin susah utk bezakan mimpi dan realiti. sbb tu ble byk yg dirancang lain yg jadi, sekurang2 nya buat kita sedar yg this is real. kan?

setahun lagi, atau sebulan lagi, atau seminggu lagi, atau pun hanya - ku tau apa yg bakal jadi. atau mungkin tghari nnt pun ada ssuatu yg besar yg akan jadi, tak siapa tahu kan. cuma berdoa dan berharap yg terbaik. 

sebab hidup itu rahsia. SIRRUN.

Thursday, October 4, 2012

lagu


de sorg kwn ni die mmg giler bigbang ng beast. smpaikan dlu2 kalo ku post something yg ada BB (yg mne ku refer to my big bosh) die slalu akan tersalah sangka yg tu adalah singkatan kpd big bang.. kalo ku tulis FT, die ingt FT Island plak..tp sbb tu la jugak, ku mula2 start youtube-ing psl FTI yg mne ku mmg dh teraddict dh skrg nih.. ;)



tp jujurny ku bukan kpop fan, k fan mgkin..sbb the 1st band yg buat ku mula nk kenal k-music ni adalah FT Island, ygmne adalah k-rock band - indeed the 1st krock idol group kat korea.

sbb ku dah kenal bbrapa band (ohw, yg ku mksudkn dgn kenal bukanlah setakat kenal nama, tp kenal dan tahu sejarah dri zaman trainee~) so, ku agak dah penat untuk mnambah lagi pengetahuan dlm usaha mngenal band2 lain lak.. makanya, ku tak pernah cuba utk kenal n tahu tentang big bang n beast. Wlpun ku de terdengar lagu2 dorg yg best jugak..

smpai saat ni pun ku konfius lagi sebenarnya antara big bang n beast. G-D tu big bang kan? Erm..ku selalu dengar n baca tntg die ni yg dikatakan music genius. Tp ku xpernah nk cuba tahu dan dengar musicnya. Tp tadi entah mcm mne ku terdengar yg mne mmbuatkn kun k trus dengar n dengar..

ini cool.


Org yg passion in what he/she doing plus smart in that field adalah sgt osem. Sbb tu adalah susah untuk diabaikan. Haih~



Monday, October 1, 2012

pre- ketakutan

sekarang sedang baca nih. 


mula-mula ku ingatkn sebuah naskhah tentang kehidupan seorang saikopat atau yg seangkatan dengannya tp rasanya ku dah tersasar -_-'

ini adalah sebuah naskah yg punya 15 kisah drpd 15 org penulis berbeza. dan yg lebih jauh dri tanggapan awalku, rasanya ini adalh tentang kisah-kisah yg tak berapa ku minat utk layan -

kisah seram + hantu + paranormal.

haih.

tapi, sbb ini dibawah publisher lejen, so mungkin garapan dan sudut pandangan penulisanny agak berbeza ku rasa. mmbuatkn ku agak eksaited nak baca. :)

tapi disebabkan sekarang ni malam2 ku asyik kena bersendirian, so ketakutan tu kadang2 datang walaupun hya sekadar membelek cover buku nih. hoho. so...nanti tunggu siang2 weekend la kot ku baca...

semalam baru baca kisah pertama - Pesan Lisa ; tu pun baru intro jer ku baca..

pepun, dah habis khatam nnt ku akan wat review. lama x wat book review. sbb lama xbaca buku. last fiksyen 301, pastu ku baca magazine n conan jer.. bestny kalo de library dekat2 sini.. :/

Tuesday, September 25, 2012

let go





lepas 
tak bermakna tewas
serah
tak bererti kalah

tiba masanya
untuk lepas dan serah adalah yang terbaik

untuk mula yang

baru.

p/s: saat ini, masa ku masih belum tiba lagi. masih mengira waktu. mungkin. nanti.

kabur

dah sangat laaamaaaaaa tak tulis panjang2. sbb nya xde bradband kat rumah sewa, sempat online kt ofis je nih..n jugak, dlu2 kalo pun xleh access internet, still leh type dlu dlm word dlm laptop, tp laptop lak dah rosak.. :(

so harini ada sedikit msa lagi before balik. kre ku redeem blik la time rehat semalam yg terpaksa ku singkatkn stengah jam sbb byk kje.

erm..

kadang2 ku terfikir..tambah2 ble byk sgt kje, takkan bile bosan xde kje - ada ke org kje bahagian jaga2 kualiti ni dgn minat? org kata kita patut jadikan apa yg kte minat tu satu kerjaya, begitu jugak apa yg kita kerjakan tu suatu minat. so akan lebih baik. ku personally pun rasa camtu..

tp bolehkah mungkin 1 hari nnt kerja2 seperti qc, accountant, dll mnjadi buka hanya kerjaya tp jugak 1 minat?
qc - minat utk control quality
a/c - minat untuk mngira2 wang

mungkin kah??

atau kerjaya2 camni akan makin lama makin jadi sebagai 1 tanggungjwb instead of only carrier.. kan?

so..kerja + tanggungjwb = double stress

ku tak rasa stress tu tak baik. ofcos stress tu baik. ku plak yg stress bile tgok org yg langsung tak stress wlpun byk bende yg still pending. tapi ye la kata orang,

STRESSED is just DESSERTED kan?

its sweet, but too much pun akan kena diabetes la kan.

erm..

so, kalo ku ingin buat kje yg ku minat, patut ke ku terus dlm bidang nih? ku tak kata belajar bidang ni something yg useless. tak. xde ilmu yg tak berguna. penting untuk ada pengetahuan. sbb tu kite blajar. dan utk praktikkn kan, rmai dh graduan yg much better dri ku kan, (ayat loser..)

so..

master or second degree?? 0-0

tp kalo nak sambung blajar kne de org yg support kewanganku la.. kalo dlm novel or cerita2 melayu, senang jer kawin muda, then g overseas, husband sambg phD, wifey sambung master, anak2 speaking superb.haruslah dh bina hidup kat negara omputih kan..

tp tu cerita. a.k.a cereka. a.k.a cerita rekaan.

there's no happily ever after in real life. whateva it is the end is more important that the start kan? so semoga ketemu jannah - hanya itu impian yg sangat diharapkan. walaupun dlm hidup ni mmg byk impian2 lain. harus. sbb impian tu arah kehidupan.

cumanya,
sekarang ku just follow the flow.. bcoz im still looking for ways to start a brand new life.

bukanla hidup ku sekarang takbest. best jugak. kalo ku xwat pe yg ku buat skrg ni mgkin ku pun tak amik kisah sgt psl betapa pentingny ISO, HACCP bagai.. n HALAL. n dapat experience mrasa diaudit - umpama presnt tesis jugakla, the only thing the want to look n find is your MISTAKES. sound interesting yet challengging kan? then after that, only qc n prodction dept will start counting how many cars they 'll get.. n wherether dpt kereta proton ke ferrari kan? :) see stress is sweet!

cumanya.. setelah mungkin ku akan lalui bnde2 ni utk bbrapa lama lgi..n lepas tu, ku hrp utk buat apa yg ku minat lak. wlpun masih kabur jalan mulanya saat nih. ku masih harap. dan akan terus harap..

harap2 lah.. ("')

p/s : layan lagu ft island smbil siapkan doc harini.. n suddenly im miss wonbin.. :') tp ku salute la sbb die mmg berani..di saat ft island tgh naik, stlah dorg sme2 struggle sjak zmn trainee yg hectic, ttbe die kluar..utk smbg blaja n buat apa yg die lebih minat..wlpun jalan lbh sukar sbb kena stat semua baru, tp die ttp buat kan..moga ku akan jd berani camtu jugak 1 day nnt.. hwaiting!!! :)





Tuesday, September 18, 2012

ternyata

bila dekat makin benci
ternyata jauh lebih baik

bila rapat makin sakit rasa hati
ternyata asing lebih baik

bila bersama makin meluap amarah
ternyata lebih baik untuk kita

berpisah.

:I

makin lama
makin kuat rasa

BENCI.

Saturday, September 15, 2012

waktu ini

ada hari-hari  dalam seminggu
atau maa-masa dalam sehari

sumbat telinag dengan earphone dan pasang lagu rancak dgn volume max
lebih menenangkan drpd
bebelan dengar tak dengar org sebelah.

dan itu apa yg ku rasa
waktu ini.

haih.


kes selesai



mungkin aku tak rasa
apa yang kau rasa
mungkin aku lalui
apa yang kau hadapi

mungkin aku tak tau
apa yang kau fikir
mungkin aku tak tau
apa yang kau nak

sebab
aku bukan kau

dan
aku tak mahu jadi macam kau

makanya kau pun
tak perlu tanya apa aku rsa
tak perlu banding apa aku fikir
tak perlu kisah apa aku kata

tak perlu lagi nak tnya-tanya.

kau dengan cara kau
dan aku dengan cara aku.

kes selesai.


Wednesday, September 12, 2012

kontra

harini pakai seluar putih.
setelah sekian lama.

last msa ikut trip ke penang.

tak sedar dah sedikit senteng.

tapi petang ni perut rasa xberapa sedap.
pinggang pun ala2 sengal beberapa harini.

moga2.
takde kejadian berdarah di tempat kerja.

haih.

Monday, September 3, 2012

bukan telenovela


Dia balik dari shopping, terus mngunci pintu rumah, lantas berlalu ke bilik. Rumah itu mala mini sunyi dari kebiasaannya lantaran teman2 serumahnya yang lain masing2 bermalam di luar. Sudah menjadi kebiasaan bermalam sendrian di rumah itu.

Dia melabuhkan diri untuk beradu..

Kemudian terdengar bunyi pintu cuba dibuka dari luar. Selang seketika terdengar bunyi pintu Berjaya dibuka. Kemudian terdengar pula bunyi suara2 asing yg berdialog perlahan di tingkat bwh. Cemas. Dia terus mnghubungi temannya. Malangnya, temannya itu jauh. Bunyi asing semakin dekat. Hp disorkkan dengan talian masih bersambung.

Dia serah segala material yg diinginkan. Tak guns mnghabis tenaga melawan kudrat yg secra logiknya takkan mampu terlawan. Namun manusia2 yg kurang diajar tentang hak manusia lain itu, bukan setakat merampas hak material, malah disebabkan tak berpuas hati, mereka melakukan keganasan.

Leher dia dihiris parang. Mujur hanya sipi namun masih berdarah. Kepala dia diketuk. Jatuh. Perut dia ditumbuk. Kesan hingga ke usu. Dak kudrat yg hanya sedikit, namun akal yg masih panjang, dia pura2 pengsan. Mungkin manusia2 itu panic, lalu lantaran keoanikan itu, dia dibawa dan dicampak ke dlaam hutan bbrapa km dri rumah. Ditinggalkan. Sendirian. Dalam gelap malam.sunyi.

Berbekalkan azam yg kuat, dia gagahkan diri bangun meminta pertolongan. Bersumberkan ilmu yang ada, dia bergerak mencari arah keluar dari gelap malam hutan mengikut bunyi arah kenderaan. Sakit memang sakit. Tumbukan di perut terasa mencucuk2 sampai ke usus. Darah kesan terkena parang masih mengalir, jatuh ke bahu. Namun, azam untuk terus hidup Berjaya menempuh segala kesulitan itu.

Syukur. 

Sebaik tiba di pinggir jalan. Tatkala menahan random kenderaan yang lalu. Pada gelap malam itu. Ada yang membantu. Tanpa sebarang syak wasangka. Rahmat tuhan itu memang teramat besar.
Kesan dari itu, ususnya bengkak. Mujur dapat diselamatkan dan tak perlu dibuang. Luka terhiris walaupun masih terasa bisa pedihnya, mujur tak dalam. Barang2 material walapun banyak yang hilang, mujur maruah dan kehormatan seorang wanita masih terpelihara..

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam..syukur.

Ini bukan telenovela. Bukan jugak fiksyen. Ini benar. Teramat benar sbb apa yang tertulis ini adalah apa yg berlaku pada salah sorang besties ku beberapa hari sebelum ramadahn lepas. Namun, benar. Setiap yg berlaku itu ada hikmahnya.. itu nanti ku story dekat entri seterusnya..kalo rajin. J

Pepun, again, my wish untuk dunia yg lebih indah.. lebih selamat.. moga2 lah.. aminn..

k.o.l.o.t



Conservative. a.k.a kolot. Atau kampong. Atau out-dated. Etc. tends to take small things seriously. That’s me.

Before ni ku byk tgok movie2 about conservative’s girl’s life. How they been seriously loyal to their first love, or even first crush or secret admirer. And always end up by getting rejected and frustrated. But ya, movie kan, almost all have happy ending – happily ever after with a prince charming.

But the truth is, there’s no happily ever after in real life. U can have hope, but never ever continue an unrealistic dream once u wakes up. Or else, u’ll only make u heart hurts more and more.

Hurm..

At first, ku ingat it just movie kan. They just create the watak and coincidently ada yg sama. Like when a conservative girl mula rasa comfortable and thankful for some1 yg die rasa layan die dgn baik, eventho baru kenal, eventho they knew nothing much about each other, she might started to give things to that person. May b a handmade card or hand-sewed felt craft that she made it over night happily.

walaupun tak cukup tdo. Walaupun mata dah rasa berpinar. Rumah dah rasa berpusing2. But it worth for her. Bcoz it is the way she shows her love. Tak semistinya cinta la, kinda like penghargaan for the relationship. But then most people selalu fk yg this kind of girl is too serious.  In other word – boring.

I don’t know but just for me, keychain jahit sendiri yg tak seberapa tu is much more precious than roses with choc. May b bcoz we can feel the effort. Tapi pemikiran ni sangat kolot kan. :/

Dari movie yg dicreated setiap scene nya, ku tgok jugak talk show – talk show regarding this. That’s makes me more positive that I am a conservative girl. It’s a psychology show yg ku tgok. Dorg bg soklan, and dri jwpn yg kte pilih mnunjukkan kita ni jenis pemikiran yang mcm mana.
1 cth soklannya – when u already broke up with ya bf, do u still keep the pic with u ex at cyworld (lbh kurg twitter/blog/fb) or completely delete it?

So, whats ya answer?? J

Erm.. dan jugak sbb pemikiran ni, ku selalu Cuma akan buat benda yg ku yakin boleh buat. Sbb ku xsuka complicated things. Benda2 yg serabut kan otak sedangkan ku ada pilihan utk taknak serabut. Sbb tu ku bukan org yg tepat utk diminta pendapat tentang masalah2 per-couple-an ni. I tend to think and talk logically. But I acknowledged that love isn’t something always logic kan. Kena letak fantasi dongeng jugak dlm tu, or else ia akan jadi sgt bosan. Ku tahu..Cuma bila dminta pndapat, logic jugak yg boleh ku bagi. At the end, pendapat ku takkan dipakai pun.

Sampaikan ada yg cakap.. ‘kalo ko terus pk camtu, sampai bila2 la tak kawin.’

Se-heartless2 ku pasal topic kawin2 ni, sentap la jugak sikit. Walaupun ku mmg xde nak pk lagi bab2 nih, tp sampai bila2 xkawin tu.. hrmm..

So, adakah ku perlu ubah cara ku berfikir semata2 sbb nak kawin? So nanti bila ku dah ubah, dan ku kawin dgn cara pemikiran ku yg dah bukan ori tu, tak ke org yg ku kawin terima ku sbb pemikiran palsu ku tu? mean the relationship pun fake la kan?

Bukan ke better biar lambat pun, tp ku jumpa org yg boleh terima dan faham cara ku berfikir. Tak semestinya setuju semua, ku pun kadang2 mengarut jugak, tp atleast boleh faham dan respect the way I think and feel, is more than enough la kan.. walaupun pun ku xsure akan jumpa ke x..i’ll be always keep the faith. Kalo ada adalah.. itu better than just accept jer sape2 sbb xnak jd anak dara tua etc.

Lagipun, at the end kita akan hadap segala perbuatan kte kat dunia ni sorg2 jugak, we will be the 1 who have to responsible to our self, so why bother what other people say?? Ofcourse la kte hidup bermasyarakat. Memang. Tp selagi benda tu tak berdosa, tak salah pun, perlu ke nak serabutkan otak?

Ah, manusia memang sesuatu yang sangat kompleks utk difahami.

p/s: conservative girl looking for a husband, not boyfriend. so selagi x ready to be a wife, it no use la to start looking kan..? :/

Friday, August 10, 2012

duyung dan yu

duyung yg sukakan yu.

possible x? atau nnti mermaid yg akan dan asyik terluka? umpama timun dan durian - dilenyek hancur, melenyek pun hancur.

erm.. 

but that's what we call love kan? falling in love. we dont plan to fall.. tul x? as the mermaid pun mana la die nk tau die akan in love with a shark.. haih

pepun, ni tajuk lagu sbnrnya. wee~~ ku suka lagu ni sejak ku dengar dlm drama my girl, walaupun time tu ku x terasa pun nk tahu pe tajuknya, apatayh lagi translation lirikny.. sbb lagu ni bunyi klasik kot..

sampailah smalam, ku baru tahu tnpa sengaja tajuk lagu ni. mermaid who love shark. giler unik.

kalo nk layan, ni ea. :)


Thursday, August 9, 2012

fiksyen nombor penuh fakta

Ketepikan segala yg berserabut atas meja nih. Ye, bukannya ku xbuat kerja. Cuma kerja yg tak pernah habis. So, chillax jer.. ;) 

Erm, sebenarny ku review sikit pasal FIKSYEN 302. Ye. Pasal zonan. Ku dah habis baca dah.



Pertama-tamanya ku xnak gitau knp 302. Sbb sebelum ku baca ku pun tertanya2 knp 302. Apsal x 301 atau 102. Haih~ sebelum baca lagi dah byk persoalan. Tgh baca lagilah byk persoalan yg akan timbul. Believe me.

Tp..erm mungkin de yg tahu maksud 302 tu. Tp jujurny ku mmg langsung tak tahu menahu sampailah ku baca fiksyen nih. Dan ya, fiksyen ni mmg bukan sekadar fiksyen. Sbb byk info2 fakta yg ku belajar jugak. Tu la istimewa ny Ramlee Awang Mursyid nih. Tulis bukan sekadar fantasi smata2, tp penuh dgn ilmu. Smpai ku konfius jugak, die ni education background ny bidang apa..? :/


Sepertimana caption novel ni – ‘jangan percaya’, camtu jugaklah nasihat ku pd kamu2 yg bakal nak baca novel nih. Jangan percaya. Walaupun awak dah baca smpai bab 40, jgn percaya pd watak yg ada. Sebab ada tu xsemestinya wujud. Kalaupun wujud, mungkin hanya wujud dlm dunia ssbuah watak, tak pada dunia nyata. Makanya, jangan percaya.

Selama ni kte belajar, hipotesis tu mngkin betul, dan mungkin jugak salah. Cuma, pada ku. Sebanyak mana hipotesis yg ku buat sepanjang ku mmbaca novel nih, semua hipotesisku adalah salah. Terang2 salah. Jauh terpesong dri kesimpulan. Jadi, mungkin kamu2 nnti boleh cuba bikin hipotesis sendri dri bab ke bab, kalo betul – tahniah. Kalo x – samalah kte.. kenal jom? Wee~~ J

Tentang kesimpulan atau endingnya..pe yg leh ku bgtau adalah – endingny adalah yg terbaik untuk setiap watak. Mungkin bukan yg the best utk kte pembaca, tp ku yakin tu ending terbaik untuk setiap watak. Especially zonan.

Btw, zonan tu ssorang kah? Jawapannya – tak. Zonan bukan ssorang tp boleh jd 2, 3, 4 dan lebih orang. Tp zonan itu 1 watak. Bukan sekumpulan watak. Cumanya die bukan sseorang. Sbb die roh jahat tak berwajah..kan? ;)



p/s: ni novel yg ke 3 mlibatkn permainan psikologi yg kubaca karya RAM slepas mandatory dan Mikhail. Dan jujur, ini paling pening. -.-‘

Thursday, August 2, 2012

zonan - roh jahat xberwajah..?

sejak sabtu lepas, sedang dan masih baca ni,


as usual, the one and only novelis yg ku paling suka baca tulisanny ni mmg selagi x sampai bab terakhir, selagi tu jgn mmandai mmbuat kesimpulan. harusla bykkn bersabar ye.. :)

sekarang dah bab 55, skit je lagi nak hbs. target nk habis malam ni. pastu leh start tgok drama korea - absolute boyfriend yg ku download sejak mgu lepas tu. wee~~

pas hbs baca nnt ku wat review.

yg pastinya novel ni adalah tentang ZONAN.

Tuesday, July 31, 2012

cik tintakulaju.. lagi untuk kamu :)


Cik tintakulaju.. atleast mizuumiISme lbh pendek drpd mizuumiADALAHsaya kan? ;) hehe.. terpaksa tp ikhlas ye?? Hrm.. xpelah. Sbb nilai ikhlas tu sgt tak ternilai smpai mmpu mmudarkn rasa terpaksa tu.. agakny la. J

Entri sy kebanyakanny realistic tntg hidp sy ea?? Bunyi cam ku ni mmglah hidup dgn dri sndri je. Asyik tulis pasal dri sndri je kan. Haih. Tp fikir2 balik drpd tulis bnda yg kte xbrapa nk tahu atau yg kte Cuma boleh pura2 tahu, adalah lebih afdal tuls tentang ssuatu yg kte tahu kan. Walaupun tak dpt tidak psl dri sndri pun kdg2 buat kte konfius..kan? btw, awak yg sombong tu sgt comely! Forever n ever our miss puff kan? ;)


Aah, mmg nmpak ko live to the fullest pun. Realitiny tak ea?? Sbbny ku kte gitu ko slalu nmpk energetic je, all the time. Almost. Kalo ko rse xpuas hti, ko tunjuk. Xde nk smpan2. Bagus sbnrny leh wat camtu. Atleast org tahu pe yg kte rasa kan, xde la nk sakit hti sorg2.. tp wlau ku cuba nk jd camtu, Cuma nk positif, live life to the fullest, still masih sgt pesimis jugak. Haish..

Cam ko kta.. tak semua bnde adalah better utk diluahkn kan? Sbb kadang2 pe segala rasa sakit dlm hati ni slagi tak terluahkan, selagi masih kekal dlm hati sndri, bila situasi berubah, mungkin rasa tu boleh hilang..atau atleast kurang. Sbb hati kte sndri, lbh senang nk control kan? Tp kalo dh terluah, mne tau bilamana tiba detik rasa tak best tu hilang dri hati kte, tp masih segar dlm hati org lain, si dia yg mnjadi pendengar luah hati tu.
Makanya, ianya takkan dapat dipadam smpai ble2.. lagi teruk kan? Hrmm.. jadinya, berfikir habis2 sebelum mlakukan luah rasa rasanya lebih baik kan? Atleast utk kebaikan lebih rmai org, walaupun hati sendri terpaksa tanggung sakit skit.. :/


Pasal kata hati tu..jujurnya ku dah xberapa ingat entri yg mana 1. Tp philosofi ku mmg masih sama. Ikut kata hati. Senang je leh cakap kan? Tp tau tak selain otak, hati tu adalah organ yg paling kompleks. Bukan pada fizikalny, tp pd erm... rasanya? Pe word yg sesuai ye.. takkan nak kta pd mentality nya,, atau batinnya..? lagi pelik. Tp ku tahu, kamu faham kan? Hee~~

Paling merana bila kedua2 organ terkompleks ni – otak dan hati atau bhasa lainnya ‘akal dan perasaan’ saling bercanggah. Yg tersepit adalah jasad. Sbb tu kalo hati mati, hidup umpama robot. Kalo otak mati, hidup umpama mayat..kan?

Kesimpulan dri entri ni – ntah. Hoho. Sekadar mmbalas entri kamu cik tintalaju. Hehe. Lama tak menulis. Takde rasa, takde bnde untuk difikirkan, makanya takde kuasa jugak yg mngalir dri minda ni yang mampu mggerakkn jari2 ni untuk mengetuk2 papan kekunci..

Pepun, point yg paling penting – sesungguhny sy rindu kamu la cik tintakulaju. Sangat!


Wednesday, July 18, 2012

emoSEE


Dah banyak kali kucuba untuk tak tulis entri yg sangat emo. Apa je yang agak2 emo yg mmungkinkn jari2 nih mengetuk2 papan kekunci, ku cuba untuk buang jauh2 perasaan dan pemikiran tuh. Tapi setiap perkara ada limit.

Kucuba faham walaupun smpai sekarang ku masih tak faham apa sebenarnya maksud filosofi hidup kamu tuh. Apsal filosofi yg kau asyik ulang2 tuh hanya kau gunakan pada certain2 org jer. Knp tak overall? Cakap tak serupa bikin.

Walaupun ku memang tak faham dan dah agak malas nak cuba faham, ku tetap cuba utk pupuk minat atau pura2 minat pada topik yg ntah apa2. Malah antara topik yg paling ku anti dulu2. Kucuba buang skit rasa anti tu. Ku asyik cuba,tp kau tak pernah kan?

Bilamana kau cuba nak heret aku dengan cara kau, sikit2 boleh terima. Tp bila ku dah kata tak, kau masih jugak nak paksa, tahu tak kau dah mula buat aku rasa meluat? Sesungguhnya walaupun ku tak berapa senang, tp kucuba utk terima cara kau. Tp bila kau asyik nak heret aku sekali, jujurnya aku dah mula rasa benci.

Tolong..jangan biar rasa nih makin tebal. Biar macam dulu. Aku dgn cara aku, kau dgn cara kau.
Biar tak terikat asalkan tak putus, daripada tersimpul tapi


mati.

Saturday, July 14, 2012

semanggi berdaun 4


accidentally, i found this. and honestly, i really love reading it. :)


4-LEAF CLOVER 

I know a place where the sun is like gold,
And the cherry blooms burst with snow,
And down underneath is the loveliest nook,
Where the four-leaf clovers grow.
One leaf is for HOPE, and one is for FAITH,
And one is for LOVE, you know,
And GOD put another in for LUCK --
If you search, you will find where they grow.

But you must have HOPE, and you must have FAITH,
You must LOVE and be strong -- and so --
If you work, if you wait, you will find the place
Where the four-leaf clovers grow.

Author: Ella Higginson

Saturday, July 7, 2012

sekarang itu dulu


Salam

Saat ni mata masih ada saki baki air. Kesan drpd tonton 1 movie korea tajuk ‘Our Happy Time’. Apa yg kelakar antara tajuk n cerita ni adalah xde walau 1 pun part yg kelakar yg sampai boleh awak ketawa. Cuma senyum dan kemudian mata akan banjir n byk kali mengalir keluar dri  takungan.

Ku xterasa nak cerita pasal movie tu, so kalo interested, gi youtube n tgok sndri. Cumenya ada bberapa bnde yg kuterlintas n terasa nak menulis lps tgok movie td.

Ada 1 watak dlm cerita ni ckp; ‘penting sgtkah masa lalu tu?’

Dan selalu jugak kte dgr org slalu ckp, “ apa yg dh lepas tak penting, yg penting adalah masa sekarang n masa depan.”

Setuju?

Ku personally, tak sgt. Sbb masa lalu tu yg mnjadikan siapa kte skrg, mmbntuk cara kte bercakap, berfikir, bertindak dll. Dan plg sedih bila 1 keilapan lalu mmbuatkn seluruh khidupan skrg n akan datang musnah.

Undang2 tak mngira jarak waktu kan?

Jenayah tetap jenayah wlpun awak dah insaf. Dgn kata lain tuhan terima taubat hambaNya yg nasuha n maha pengampun, tp undang2 dunia ttp akan dijatuhkn pd awak skalipun awak dh insaf, nak2 awak bukan sape2..kan? Dasyat makhluk bernama manusia nih..

Apapun. Dalam byk2 jenayah ku boleh trima semuanya kecuali 1. Org boleh mncuri, merompak, mmbunuh, mngedar dadah n dll atas pelbagai sbb yg mana mungkin slh 1 sebabny adalah terpaksa. Macam robin hood yg mncuri dri org kaya yg kedekut, lalu diberikan kpd org2 miskin yg teraniaya. Atau hang jebat yg mnderhaka demi mncari keadilan dripada seorg pemerintah yg tak adil. Atau seorang anak perempuan yg mmbunuh bapa kndungny sndri sbgai blsn sbb mmperdagangknny demi utk mnjelaskn hutang (vc karma by faizal tahir).

Memang matlamat tak mnghalalkan cara. Memang.

Cuma mungkin kalo kesalahan tu boleh dilhitung n dibahagi-bahagikan, bukan 100% kslahan jnyah tu harus dipikulkan pd bahu pnjenyah tu jer.Sila campakkn sbahagian peratusan tu pd penyebab2 belakang tabir yg mncetuskna ssuatu jenayah tu terjadi.
Tadi ada kecuali kan. Ye, 1 yg dikecualikan tu adalah jenayah merogol/mencabul atau apa2 yg seangkatan denganny. Sbb seberapa rasional otakku cuba utk berfikir pun, ku masih xjumpa alasan yg munasabah utk jenayah ni dilakukan. Langsung tak. Dan takkan.

Sebab tu masa separuh masa pertama movie ni, ku agak tak berapa nak boleh terima bila pemangsa tu diolah keadaannya utk terlihat sbgai mangsa keadaan. Walau kacak mana pun dia. Tp...sila tonton sampai habis movie ni kalo awak dah start tonton, baru awak akan tahu.

Huh. Bebelan. Lagi.

p/s: BMT diramapas Cuma sbb tajuknya?? Huhu. Kali ni mmg pihak berkenaan judge a book by its cover jer. Sila tolong baca dulu isi kandungannya, boleh??

Sy, pembeli n pembaca BMT terus dri tangan saudara penulis tak mnyesal langsung mmbeli n mmbaca naskah tersebut. Malah mnunggu BMT ke2, ke3, ke4.. ke seratus lapan puluh juta skalipun (andai mampu) utk dbeli, dibaca, n dijadikan koleksi.

 Ikhlas, MizuumiISme.

Monday, July 2, 2012

lost


Dah sepuluh minit atau lebih, asyik taip dan padam. Taip lagi, dan padam lagi. Sebab blog bukan diari, tak semua perkara boleh dikisahkan. Habis knp org berblog? Sbb yg mnulis tak dpt atau mungkin tak mmpu nk mluahkan ssuatu dgn suara secara normalnya, jadi blog jd pengantara antara yg mnulis dan yg mmbaca, makanya apa yg terbuku di hati sedikit sebanyak dpt diluahkan wlpun tnpa respon bls. Tapi mungkin itu lebih diprefer. Sbb kalo dibalas, kmungkinan yg dibalas tu xmnepati apa yg ingin didengar, makanya, tak apa tiada respon, asalkan yg mnulis tahu ada yg mmbaca apa yg ditulis. Sudah cukup.

Aah.. mungkin tak perenggan di atas akan dipadam lg.. sbb ku masih tak jumpa point entri nih..

Cik rumput ckp adalah normal bilangan perkataan yg dibualkan makin hari makin kurang kalo dah hari2 jumpa. Dah xde topik utk diborakkn..jadi cik rumput, suami-isteri hari2 jumpa cane lak ye?? :) atau mngkin ada ILY dlm family tu sendri, sedngkn friend, bf, gf smuanya terkandung END.

Ada ketikanya ku rasa ayat ‘cause i care for u, so i let u go’ adalah sgt poyo. Sbb kalo btul awak kisah, awak akan sedaya upaya utk hold that bond as long as u can. Tp skrg mgkin ku yg poyo, sbb ku rasa ada msanya kalo kita kisah, kita takkan paksa utk ikat. Tp kte lepaskn. Atau mungkin kte yg mlepaskan, dan harap die yg akan tarik ikatan tu kmbali kalo die pun kisah. Tp kalo x, maknany we are not meant to be la kan.

Atau mungkin sbb ku x really care, so ku x usaha mana utk kekalkan ikatan tu..? ntah.


p/s: Oh, konsert solo bosh sedang berlangsung waktu ini ditulis. All the best bosh! Ye, sesungguhny sy sgt jeles sbb xdapat g.. :/

Monday, June 25, 2012

tolonglah hilang

bila kita ada byk benda bermain dlm kepala, banyak jugak berlegar dalam hati. sedang hati n kepala tu takde la besar mana..tp kedua2 organ yg tak besar mana ni memang sgt mmpengaruhi seluruh organ2 badan lain. sangat.

sesungguhnya sy ada byk bnde nak cakap, tp sy xboleh..jap2 hati kata jangan. jap2 otak kata tak payahlah.. tp benda2 tu asyik datang dan datang. haih~

kata org, kalo org buat baik dgn kita, ukirkan pd batu, agar ianya kekal lama. sebalikny kalo org buat jahat dgn kita, cukuplah lakarkan pd pasir, agar ia hilang ditiup angin.

mungkin sebab tu, sy tak boleh nk tulis, atau cakap. semoga bnde2 yg tak best ni berlalu cepat. tolonglah hilang~

mata dah nak berair...

Saturday, June 23, 2012

:/

when i have thousands things to say, but i just cant.....

and the conversation ends...

Friday, June 22, 2012

lynas



projek lynas malaysia.

apakah?

patut tahu.

penting.

baca kat blog ni ->

http://ariffshah.com/malaysia-kilang-lynas-najib-razak/

Thursday, June 14, 2012

...


Nyanyikan keresahanmu dalam tulisan
Goyang-goyangkan agar ia lalai
Tentang pedihnya kenyataan.
                                                                                Zahiriladzim.blogspot.com

Huruf pertama yg ditulis, perasaan tentang apa yang ditulis memang membuak-buak. Hinggalah ke noktah terakhir nanti, perasaan tu akan kurang dan makin kurang rasa ke-eksaited-annya. Makin lalai dengan tarian penulisan. Walau kenyataan itu memang nyata.

Apakah?

Haih.

‘dia memang macam tu’ atau ‘saya memang mcm ni’.
Walaupun kata orang manusia berubah dengan berlalunya masa. Tapi takde lah semua perkara berubah. Ada yang tak berubah, yang tak boleh berubah, dan jugak yang takkan berubah.
Ramah-tamah dan mudah mesra tu sah2 adalaah 2 perkara yang memang takkan tercatat dalam resume ku part personaliti. Sebab memang tak. Dan takkan. Bukan boleh dibuat-buat. Sebabkan kelemahan tu, orang mudah cop sombong.

Sedihnya la haii...

Lagi sedey bila ada individu lain utk dijadikan pembandingan. Memang ku kalah sebelum bertanding. Awal2 angkat bendera putih.

Jujur padaku, walau setahun sekalipun masih sgt singkat utk ku rapat dgn spe2. Sebab tu xde kwn yg betul2 rapat masa matrik. Takde masa nak buat kawan. Buat kosmate jer sempat. Huhu. Bunyi cam poyo, tapi mmg itu apa yg kurasa. Apatah lagi sebulan, ni kan pulak seminggu?!! Sah2 la Cuma senyum je yg ku mampu. Hanya nama2 yg tak samapi 10 org yg ku boleh ingt. Itupun sebab kena ingat, sebab kerja. Borak2 kosong, mmg x. Sebab takde idea. Kosong.

Lagipun, ku sangat rasa poyo + awkward utk tuturkan ayat2 basi-basa nih.
Contoh: ‘makan kak’ (padahal polisterin nak kosong dah), atau
‘amboi, hepi semacam je harini (padahal mmg 24-7 die tu sengih mmnjang) dll..

Ntah. Rasa pelik.

Atau pun menyampuk. Memang ku xreti. Sebab tu muet ku rendah. Hoho. Ntahlah, memang ku tak suka bertanya pada org yang tak pasti siapa, atau bercakap pada org yang tak pasti mndengar atau tak. Sebab tu walau berjam2 awak dan awak berbual depan sy, selagi awak n awak tak mintak respon sy, silalah anggap sy pokok, atau tiang. Atau apa2 jer. Sebab sy takkan menyampuk, walaupun sy adalah topiknya. Sungguh. Tapi sy dengar setiap inci perbualanny kalo sy pilih utk dengar..

Membosankan kan?

Huh.

Sebab tu jugak bila ada insan2 yg mungkin tak banyak, tp yg boleh terima dn faham ku sebagaimana ku adanya, makanya sesungguhny ku amatlah hargai.

Sangat.
Sampai bila-bila.
Takkan lupa.
Janji.
Terima kasih.. :’)

p/s: tulis sampai habis, bru pk tajuk. 5 minit pk, bru dapat tajuk. Haih~ tp sbb xreti dgn layout kat pc nih, so xleh nk letak tjuk.. :/


Friday, June 1, 2012

takde paksaan

ada satu rancangan tv ni tajuknya 3 colors woman (3CW). Salah 1 episod yg kutonton guests nya heechul n kangin. then, salah sorg mc tu tny;

mc: what would u do to make ur girl stay with u?

kangin: i will definitely try my best to be the best bf to her

heechul: nothing~ 

MCs n kangin : ???

heechul: bcause if she wants to stay, then she will. if not, u can do nothing.

lebih kurang la conversationnya. ku ingat2 lupa ayat betulnya. tp pointny tak lari sgt rsanya.

ku cuma ckp yg bukan cuma dlm hal pencintaan jer, tp dalam apa2 hal pun;

if some1 choose to stay, then she/he will stay. but if not, then u can do nothing.

indeed.

awak tak perlu bagi seribu sebab utk paksa seseorang stay kalo hati die dah pilih utk pergi, skalipun mulut die kata masih tak pasti.

sebab kalo die pilih utk stay, 1 persoalan akan nampak beribu je jawapan. sebaliknya, kalo die dah pilih utk pergi, maka 1 jawapan pun akan nampak beribu persoalan.

makanya, takde apa yg boleh dibuat. hak individu.

cuma, 

Tuhan, tolong hambaMu ni ye..semoga hambaMu ni jadi lebih kuat, tabah n sabar. Tuhan, tolong.. tolong permudahka urusan hambaMu ni ye selama perkara ini baik utk hamba, utk agama hamba, utk hidup hamba, dunia n akhirat. Tuhan, tolong.. tolong jadikan hamba tak terlalu mgharapkan pertolongn org lain selain dariMu..

aminn..

Monday, May 28, 2012

konfius

istikharah.

selalu bila peminta nasihat konfius antara dua, pemberi nasihat akan kata, "istikharahlah.." 

walaupun hakikat pemberi nasihat tu sendiri pun belum pernah beristikharah. 

makanya, bila ditnya org peminta nasihat, "bagaimana nak solat istikharah?"

lalu, jawapan pemberi nasihat, "google lah.. ;)"

jadi ini jawapan dari google - pemilik blog nurinsyirah. 

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

selepas salam, disarankan baca doa ni (*** perkara yg dikonfiuskan disebut sec jelas) :

Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

---------------------------------------------------------------------------------------------------

ini bakal istikharah kedua, insyaAllah;

sebab akal dan hati sendiri, campur akal2 n hati2 orang2 lain pun tak mampu beri jawapan. hanya Allah yg paling tahu. dan harapnya akan sudi ilhamkan petunjuk..

foodtechnologist di QS atau supervisor di I-Baby shop?

ntah~

setakat tadi macam lebih ke QS sbb for the 1st time selepas grad akan dpt bekerja dlm bidang yg selama ni ku belajar. 4 tahun belajar teori n sedikit praktikal. mestilah teringin sgt2 nak cuba bekerja dlm bidang ni plak kan. tapi gaji tahap ok2 jer, n kos hidup agak tinggi. tp masalah plg utama, dri hari lepas iv duk cari punya cari, smpai saat ni, masih tak dapat cari rumah/bilik sewa.. 30hb ni last day kena bagi jawapan dah :(

ke amik je kat I-baby shop tu? gaji ku taktau brapa. tp ku sure yg die xleh bagi tinggi pun. may b plg tgi 1k je die offer as starter. dan dah sah2 lari dri bidang ku. dan kalo ku accept yg ni n tolak yg lagi 1 tu, kemungkinn besar ku takkan dpt kje dlm industri lagi. sebab ku dah grad lama, n ku pun dah makin tua, tp experience in food industry still zero, sape je nak amik ku lagi kan?? huhu.. tp advantage ny, dekat ng rumah, so makan, pakai, tmpat tggl suma dh settle. aish, esok dah kena g jmpe bos tu bgtau keputusan.. :(

camne ye...

kalo ku tolak yg kedai baby ni esok, nak taknak ku kena accept yg lagi 1. tp kalo xdapat cari rumah cemana?? serius, ku xnak menganggur dah kot. stress org kje, stress gak org mnganggur nih. serius kalo smpai raya ni ku xkje2 lagi, mmg ku tak balik kpg la raya.. -_-'

dulu2 ku pelik org yg asyik nak sembunyikan umo. padaku umo tu cuma angka je kot. normal la makin lama mankin bertambah. tapi sekrang ku faham dah. nak2 compare dgn kwn2 sebaya ngan ku yang dah de semua k tu - kerjaya, kereta, keluarga n segala k lagi la, sedang ku kerja pun xde lagi. umo makin naik n naik.. :(

cemana nih.....