Thursday, August 18, 2011

vlog

salam

lately vlog dah jadi new trend kan? actually ku tak tau mulanya vlog tu apa. rupanya ala2 blog la tp in video form. vlog yg ku pernah view dan suka jugak is inianwarhadi. bernas la pe yg dia ckpkan. dan point2 nya pun bagus utk difikrkan. kelakar pun ada jugak.

tapi bru jap tadi ada baca komen dri 1 of my ku-dengar-kamu's list, pasal 1 vlog nih. tajuk vlog tu 'ada dara, lu kolot'. dasyat ah tajuk die.. so, atas dasar sikit sifat ingin tahu ni, ku pun gi la dgr cerita die dlm vlog tu.

....... korang gi tgk sendiri kat youtube n judge sendiri .............

padaku, niat ni baik kot nak nasihat. cumanya, nasihat ni kan de byk cara. yg terbaik adalah nasihat secara berhemah. n kata orang lain BODOH tu, ku agak tak berapa boleh terima la dowh..

mcm komen yg 1 of my ku-dgr-kamu's list tu komen kat fb - kadang2 vlog ni dah mcm cara mengumpat yg takde geng. just post video, n org yg view n komen boleh turut sama share saham umpat kan? ermm... dan lagi takut kalo kita rasa kita ni dah betul, tp kita tak sedar yg kita sebenarny tengah buka aib org lain..

-___-'

p/s: selamat berbuka puasa korang! >.<

Wednesday, August 17, 2011

impikan sebuah IMPIAN

kita bercakap pasal impian nak? ntah kenapa, orang selalu kaitkan impian tu ibarat bintang yg jauh kat angkasa. dan burung camar lak dikaitkan dengan kegagalan capai impian.

ku cuba google psl kitar hidup burung camar ni, tp ku xjumpa yg detail lagi yg boleh jadi sebab dikaitkan dengan segala macam cerita sedih..xpe, nanti ku google lagi. ;)

cakap pasal impian ni, ku percaya yg semua orang ada impian. cumanya bila cikgu or fasi tanya, kadang2 kte jadi xtau apa nak jawab. jadi xpasti apa impian kita sebenarnya. tp tu tak bermakna kita takde impian kan??

ku pernah dengar orang cakap - kalo lama sangat fikir, impian hanya kan jadi angan2 jer.
ku plak rasa nak cakap (or mayb de org pernah ckp jugak b4 nih) - kalo banyak sangat ketakutan, impian pun akan hanya jadi angan2 je jugak.

btw sebab ku rasa nak tulis entri pasal satu sajak yg ku baru dengar tadi. so, ku pun dah download ep tu n trimmed part sajak tu -



yerp, dari series princess hour. kan dah cakap, kita boleh belajar dri mana2 sumber pun. termasuklah dengan mnonton movie. nak atau xnak jer..

The Dream of A Seagull

my foot does not separate from the ground
im simply afraid
im afraid to fly to the sky
because im used to the ground
sky is unfamilliar place
dont i have the wings?
dont i have the dreamer before?

versi bm lak ku translate >.<

kaki ku tak ingin berganjak dari tanah
kerna aku takut
aku takut untuk terbang tinggi menggapai awan
kerna aku dah terbiasa dgn tanah
lalu langit itu terasa sangat asing
tapi bukankah aku punya sayap?
bukankah aku pernah punya impian??
(ok, pelik bunyi budak sains karang puisi kan? its ok. abaikan. :/)
.......

pada ku la kan, impian tu tak semestinya benda yang logik. boleh jadi jugak benda yang pelik, yang mungkin orang lain rasa bodoh. dan sekalipun impian kita tu tak sempat atau tak mungkin jadi kenyataan, tak bermakna kita gagal. tak bermakna yang kita cuma buang masa selama ni tanam impian yg akhirnya tak tercapai. langsung tak!

sebab.. dengan adanya impian tu la kita rasa hidup. dengan adanya harapan.. dengan ada rasa percaya yg menanam impian tu bukan perkara sia2.



impian buat kita ada sebab utk hidup. kalo impikan utk hidup bahagia di syurga nanti, jadi kenalah hidup dengan baik kat dunia nih. mungkin ada yg akan kata, "mimpi je lah.." so, what? biarlah. tak yah nak berenti tanam mimpi semata-mata sebab org kondem impian kita.

hidup kat dunia nih tak de la sentiasa aman damai bahagia. happily ever after apetah lagi. so, kadang2 tak salah kita keluar jap dari alam nyata ni utk bermimpi. singgah jap taman impian yg kita dah bina sejak dulu lagi.

impian
mimpi
harapan
percaya

keep the FAITH.

Monday, August 15, 2011

saja2 taip

disebabkan 7am-7pm terasa lama tanpa buat apa2, terasa useless jugak kalo otak ni dibiar je hari2 tanpa perlu nak fikir apa2. so, memang saja nak cari benda utk difikirkan.

disebabkan ku ni dulu2 teringin sgt nak mengkaji psl behavior manusia ni, sampaikan masa wat pilihan pilih uni dulu, pilihan 1-5 suma psl sns kemanusiaan. tp 1 pun xlekat. yg lekatnya pilihan ke-6.. haha. xpelah.. dah jodoh nak kenal ngn dak2 foodtech kan? :D


berbalik kepada perihal manusia tadi, belakangan ni ku terperasan 1 benda. so, menggunakan daya mengkaji yang tak seberapa nih, ku dah buat 2 hipotesis :P

1. bila sorang yg cool, steady, calm dalam keadaan yg sgt down n sedih, n bila die cakap die nak bersendiri - actually die harap ada seseorang yg akan stay dgn die. yg tetap akan tunggu, dan xkan berganjak sekalipun die tolak. (atau buat2 tolak.. :B )

2. bila sorang yg happy-go-lucky dlm keadaan yg sgt down n sedih, n bila die ckp die nak bersendiri - memang die betul2 nak bersendiri. so, waktu tu bukanlah masa yg sesuai utk spe2 pun sekeliling die nak buat lawak. tak pasal2 leh bergaduh karang.

tapi ni stil hipotesis je la lagi. masih tak buat conclusion. sbb masih menjalankan pemerhatian. haha. poyo je kan?? fyp dulu main2, skrg ni xde kje la plak duk wat research yg xde kaitan. :/ hrmm..tp interesting sbnrny mengkaji manusia nih. sama jugak mcm microb. both r unpredictable.

aaarh....ttbe rindu la plak nak steaking. patutnya plate yg ntah spe2 buat terlebih2 xguna tu, kte amik je kan wat art. steak nama ke, love shape ke.. sbb at last, memang kte gak la pun akan jd representative to be blame sbb membazir. padahal org lain...

mr BC, kamu jadi saksi kan yg ktorang xde masa nak membazir. aish, rindu la plak saat2 bersama dlu.. 4 thn kat umt, selain sebab final exam, jarang2 la ku nangis. tp dgn kamu 1 sem, banyak kali tau buat ku nangis.. sebab kamu jugakla, ku xcukup tdo, ku xsempat makan.. aish, xpatut betul kamu nih.. tp sbb tu suma la, memang sampai ble2 pun ku xkan lupa. :)


ni hasil terbaik ni, byk single colony. weehuu~~

streaking mmg best
spreading mmg penat
counting mmg stress.

well said- makin kta nak lupa sesuatu perkara, makin bertambah kuat lak ingatan kta pasal perkara tu. so, xyahla nak susah2 lupakan. chillax jer. lama2 nanti, bila dah xfikir, hilangla sendiri kan? ;)

motif entri nih? aah, melalut jer. >.

Sunday, August 14, 2011

drama

sementara tunggu youtube tgh loading, terasa nak menaip la sikit. btw, tgh loading drama muscle girl ep 8. sehari 1 episod. kalo x control nnt, 24 jam la depan lappy jer.. :P tgok drama ni pun sbb hongstar berlakon. :D

n lepas tgok sedutan ep 8 semalam masa nak abis ep 7 tu, trnampak 1 watak ni, terus jadi eksaited giler nak tgok ep 8 nih! yerp, my little bear!!!! weee~~ suka hati je claim kan. >.

actually memang mencari di youtube pun drama2 o film yang ohwonbin de berlakon. tp sampai ke sudah xjumpa link. xtau la plak yg die wat cameo dlm muscle girl. :) kebetulan tu kadang2 indah kan?? wee~~ok sebenarnya bukan nak cerita psl tu, selingan je perenggan atas tu. yang nak cerita ni pasal drama jepun jugak. tayang kat 8tv, jumaat, 11.50pm. tajuk die letak kat situ- my boys. tp cari kat youtube, sampai ke sudah xjumpa. then masa dah xmencari, n dok layan vc2 lain, ttbe terbaca komen psl atshinci no danshi (kalo xsilap), terus copy, paste n go. n yeah, tu la drama yg dicarinya - my boys!!

...sekali lagi kebetulan yg indah...

agak berbeza dgn k-drama, j-drama ni lebih kpd motivati skit kan?? setiap ep de je pengajaran yang nak disampaikan. as now dah xjadi student dah, so kite belajar la dri apa yg ada. layan drama pun boleh blaja byk benda jugak. so, do not underestimate hobby menonton drama/filem yek. :)

utk episod yg baru tgok jumaat lepas, xsure plak ep brape. ok b4 tu, to make it clearer, drama ni sec ringkasnya pasal sorg girl yg kena kawin dgn prof die sbb nak settlekan hutang bapak die yg brpa juta yen ntah. n prof tu dah meninggal n wasiatkan die utk satukan semua anak2 angkat yg prof tu ada so that bru hutang tu terlangsai.

so, every week de je la kisah pasal anak2 die nih. ep baru2 ni psl akira. die ni xpernah tau spe mak kandung die n tringin sgt nak jumpa. then dorg pun usahakan sungguh2 utk tolong akira ni esp girl watak utama tu la@mak tiri. mula2 semua anak2 angkat tu mmg xngam langsung ssma dorg, tp lama2 dorg mula rasa cam 1 family.

(sorilah, panjang lak cerita. sila stop kalo xminat. nnt penat je baca. :/)

then, anak angkat ke 2 or ke 3 kot tnya that girl:

knp awak bersungguh sgt nak tolong akira? bukannya ada pertalian darah pun.

then, that girl jawab (sori, ku xingat nama watak tu):

sy rasa bahagia setiap kali dapat buat orang lain gembira. dapat tolong org lain capai impian dorg. dan utk tu, xperlu syarat mesti ada pertalian darah kan??

>_< betul kan? kalo buat org lain gembira, mesti kita yg akan rasa terlebih2 bahagia. so, mulai hari ni, marilah kita suma set in mind - sejuta impian sy adalah utk BUAT IMPIAN2 RAMAI ORANG TERCAPAI. ;) aminn..

satu lagi scene, psl anak yg jdi model tu crite yg die baru tau yg biological parents die meninggal sebab selamatkan die dri kebakaran. n die rasa down n bersalah sgt. n nak tau pe respons adik beradik yg lain??

A ckp: ko salah sbb pk mcm tu. parents ko meninggal bukan sebab ko. tp lebih penting,ko hidup sekarang sebab jasa parents ko.

B lak ckp: kalo ko de masa utk rasa bersalah pun, ko hiduplah dgn lebih baik sbgai balasan atas jasa parents ko.

(A n B tu sbb ku xingat nama wataknya.. :P )

tp nampak x, macamna ssuatu yg negatif ditwistkan jd positif. alangkah bagusnya kalo boleh berfikir mcm tu kan. memang susah, tp tak mustahil. so, jom sesama kita ubah pemikiran pesimis ni jd optimis. esp ku la..pesimis, paranoid suma dah sebati dah dalam otak nih.. amik masa la sikit nak ubah. tp xpe, yg penting cuba, ye tak??

as said, Tuhan tak nilai kita dari hasilnya, tp Dia nilai kita dari usaha.. so, hwaiting!!

p/s: drama ramadhan terakhir kat tv3 tu pun bagus jugak skrip n jalan ceritany. tau cakap, tau salah, tau dosa-pahala, tp masih buat jugak. manusia kan.

Friday, August 12, 2011

ramadhan

12 ramadahan dah.. dah nk dekat setengah bulan. kejap je rasa kan?

dan sejak ramadahan 1st tu, setiap kali abah nak g bazaar ramadhan ng mak, mesti abah akan tanya:

"teringin nak makan apa berbuka harini?"

dan dah 12 kali la jugak lebih kurang, ku jwb:

"apa2 je." xpun.. "ikut abahlah nak beli pape pun".

setiap kali jugak ku rasa cam xpatut je jwb camtu. atleast tunjukla minat sikit dalam bagi jawapan tu kan, ye tak? ku risau jugak kalo abah terasa ke pe..kalo2 abah ingat ku ni cam mls je nak layan soklan abah tu..

tapi memang ku xde nak teringin makan pape pun. sungguh!. pape abah beli, ku senyap dan makan jer. kalo ku xsuka, ku xmakanlah yg tu, ku makan yg lain. tp xde la nak komplen pun. xyah la nak risau pasal ku sangat, ye? sesungguhnya, ku xcerewet sgt bab2 makan nih.

or mungkin sebab mak kata, ku ni jenis yg kalo xsuka-senyap. kalo nak sesuatu pun-tak cakap. so, mgkin kot sebab tu abah keep asking setiap hari.. wlpun jwpn ku akan tetap sama jugak.. :/

semoga xde yang terasa la..ku memang mcm nih pun.. tp kalo de yg terasa jugak, mianhae... :/

p/s: belakangan ni ntah kenapa memang xbrape de benda sangat nak cakap/tulis. kat rumah pun, leh bilang kot brapa patah je ku ckp setiap hari, lebih2 lagi bulan puasa nih. ntahlah.. dari ckp tak memberi makna kebaikan, diam jauh lebih baik kan? :I

Monday, August 8, 2011

drama vs realiti

salam.

baru-baru ni korang de baca tak berita dalam metro- psl suami nak saman isteri die rm30000?? alasanny sebab sejak lepas kahwin, isteri die xbenarkan die sentuh.

ku terfikirlah..agaknya suami die tu bukan kaki layan cerita korea kot. wee~~ kalo dalam drama korea, boleh je amik masa bberapa lama utk sama2 jatuh cinta n rela.

drama melayu pun ada- nora elena. bapak baik giler suaminya tu. tp ku xsuka la plak. ntahlah, sbb kesalahan die serius sgt kot. baik camne pun xkan mampu termaafkan.

tapi lepas keluar berita tu, terbukti yg drama2 tu suma TIPU kan? tp masih suka nak tengok jugak, nak berangan jugak..

dan mungkin buat org jadi takut n tak percaya kot dengan kahwin dgn bukan pilihan sendiri. takut2 lepas dah sah kahwin, tp masih xcinta- dah masalah besar. tak pasal2 kena saman. tak diberi masa dah utk belajar menerima n menyesuaikan diri. haih...

makin maju negara, makin pelik2 lak ku rasa pemikiran masyarakat2 nih. :I

Sunday, August 7, 2011

because i dont know how to love


sedih sangat lagu nih..wlpun lagu2 FTIsland mmg byk yg touching2, tp yg ni paling touching. teringat cerita full house, princess hours..

rindu la nak tgok gameshow wonbin dgn FTI's members balik... de kemungkinan x FTI jadi STI?? tp music direction dorang berbeza skit.. so, kalo de concert together pun dah cukup baik. :)

hopefully they doing well. hwaiting FTI n wonbin-ssii!! cant call them oppa since im older.. huhu :(

p/s: mula2 post vid ni ingat nk membebel skali tentang bait lirik lagu ni..s usuall. kalo ku dah start taip tu, mmg tgh banyak la benda dalam kepala ni yg nak dikeluarkn. tp, mood membebel n menaip agak tak berapa ada skrg. so, layan lagu je la ea.

Thursday, August 4, 2011

-__-

bila sorang kawan yg kite anggap s kwn rapat, melalui sesuatu perkara yg penting dlm hidup die, tp kite langsung xtau pape-

harus rasa sedih la sikit kan..

-__-


tp bukan salah die pun, hak die la nak share ke x. ku pun knp entah nak mnyibuk sgt life org lain. asal die hepy, cukup la. ye x??

ku rasa ku kena start belaja utk terima hakikat yg kawan tu cuma 'kawan' je. antara kwn n bf/gf, org kan pilih bf/gf kan? antara kawan n tunang, org akan lebihkn tunang. bila dah kawin nnt lagilah, suami/isteri yg terlebih2 kena utamakan, time tu 'kawan' tinggal 'kawan' je kot.

hrmm... belajar la terima hakikat cik mizuumi, kwn2 awak suma dah besar2..suma dah ada life sendiri.. dorang dah bukan boys n girls dah. dorg dah develop jadi ladies n gentleman dah skrg..

bila ntah ku plak nk dewasa nih?? sbb jujurnya, ku senang je jadi mcm sekarang nih. cuma ada terasa la jugak sbb kwn2 suma dah lain..suma dah dewasa dah..

-___-'