Sunday, March 27, 2011

cahaya kau tutup

ini aku tulis ikut hati. dan kamu baca kalau mahu. kalau tidak abaikan saja, tak apa.

sangat ingin
terlalu
melihat dia yang begitu.
aku pun ingin.

langkahnya
tuturnya
senyumnya
bagai ada cahaya tika melihatnya.

hadir dia
bagai mahu menyinar alam maya.
mengejutkan aku yang leka.

bukan buta
tapi lupa.
celik bulat kedua mata
tapi sering alpa.

selalu aku ingin jadi sepertinya
namun lebih sering aku kekal seperti mereka
yang juga seperti seorang aku.

tunggu apa?
mahu tunggu sampai seru?

lalu bagaimana andai takdirnya
Tuhanmu datang memanggil
di saat seru yang tunggu-tunggu itu
masih belum munculkan muka?

harus apa rasanya ketika itu?

-6.58pm, 27/3/11, PKNS Bangi

BLACKOUT

ini aku tulis ikut hati. dan kamu baca kalau mahu. kalau tidak abai saja, tak apa.

sekelip mata berubah
hilang punah segala indah
gelap dah datang
lalu cerah harus hilang.

tersesak nafas
mati kini segala lapang
yang telah selalu
terbiasakan.

sakit dan sesak.
malap dan gelap.
itu jadi peneman
waktu itu.

masih mengharapkan
sang cerah itu
akan kembali datang
satu waktu nanti.


NOTApicisan: ini tertulis 26/3, setepatnya dalam lingkung masa 4.10pm-8.00pm. sebabnya kompleks PKNS tempat ktorang bukak booth ni BLACKOUT! earth hour terlebih kot.

Wednesday, March 23, 2011

entri untuk PURPLEDRAGONFLY

ok. lama gila tak blogging. busy tul la internship nih. bila dah kje nnt, entah macammana la.. -__-'
btw, entri ni untuk purple dragonfly.

relax la. ku sorry k sebab ku selalu pressure mu. bak kata kawan2 ku ni, SPM tu tak menetukan apa2. ada betul gak la, cuma bagi ku, ku rasa SPM tu pembuka jalan ke tempat yang lebih baik. tapi apapun semuanya bergantung kepada usaha selepasnya dan perancangan Tuhan gak.

ini yang Tuhan dah rancang untukmu, so redhalah.. dah usaha kan?? so, inilah yang terbaik. yakin. insyaAllah mesti ada hikmah. walaupun bukan sekarang, walaupun sakit sekarang, mesti akan jauh lebih baik nanti. mesti yakin ye?

suma orang ada masa2 kejatuhan. kalau x, tak layak dipanggil orang tu org yang berjaya sebab die xpernah jatuh, dan pernah berjaya bangun dari jatuh sebab dia xpernah rasa pun macammana sakitnya jatuh.

ku pun pernah jatuh. masa ku matrik, sangat teruk kot. sampai abah pun sedih. ku lagi la sedih.. sampai ku kena g klinik kimia, kwn2 ku ingat ku wat lawak. sangat siot kan?

tapi sebab tu lah ku harap ku tak jatuh dah. kalau jatuh pun, sikit2 je xpe lah. sebab tu kat u ku wat elok2.

ku boleh, mu pun mesti boleh.

ikutkan mu lagi untung sebab mu sedar sekarang, nanti kat matrik mu dah boleh stat wat betul2. result matrik yang tentukan mu layak masuk u bagus2, kos mantap2 suma.

so, relax la.. xpe laa nak nangis pun tapi jgn giv up terus. jadilah cam sue. mgkin b4 ni kita rasa kita ni mesti akan lebih baik daripada dorg2 tu, sebab tu Allah wat camni, Dia nak kita sedar, sebab Dia sayang kita sangat2.

insyaAllah.


dak sama mrsm ngan ku dulu. fitri nama dia. pandai tapi bengong sikit, genius tp byk main2. sekali time SPM die dpt 4A je rasanya. gila terkejut. tp masuk matrik, dgr cite pointer die xpernah kurang dari 3.7.

tqah pun. ku kagum gilaa. dia xmasuk matrik, tp wat diploma terus. n pointer memang tinggi r tiap2 sem. n sekarang dah sambung degree dah. grad nanti sama je ngan ku, cuma pointer die jauh lebih bagus.

suma orang boleh berjaya. nak xnak je. sedar xsedar jer.

ku boleh, dorang boleh, mu pun MESTI BOLEH!



JANGAN SDEY2 DAH TAU! ;)


Sunday, March 13, 2011

i am MERONG mahaKARYA cinta :P

tajuk entri sgt sengal. i know. haha

gabungan 3 cerita.

first yg ditonton semalam adalah I AM NO 4.
ok la..penuh suspen,ada gak di selit2 kelakar. wlpun scene romantik nye cam xkne masa, tp overall puas hati. mesti ada sequel nnt, sbb no 5,7,8 n 9 xjumpa lagi.


btw, hero ny sgt cool dgn rambut xsikat itu.


:)

then, disebabkan masa tgok IAN4 beli popcorn big size, so lepas je cite dah abis pun, masih tinggal lebih dari separuh. so, ktorg decide nk tgok 2nd movie... weehuu.
cam nak tgok mars need mom, tp dsbbkan sifat patriotik masik bersisa dlm diri, beli gak tiket HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.

pun ok.. jalan ceritanye..biasalah, sej kan. nak tambah tolak byk2 pun xboleh. tp set memang gempak. kostum pun bagus. mesti susah nak wat rumah2 kayu tpi pantai tu kan?? btw, air terjun tu sekayu ke pe?? haha.

utk apa beradu buat seketika kalau tidur yg abadi bakal menanti?? *skrip dlm cite tu la..lebih kurg la.. :P


Mahakarya cinta.

haruslah..semalam incik bigbosh join rodtour kt sp. asal utara je mesti kedah o penang. aduyaiii, perak ni utara gak la...sedih tul.... n JELES!!!! tgok nurin dpt sign kt atas cover calculator!! sure semamngat wat ststistik n calculus pasni kan...




thingking...may b i shud bw plate agar B.cereus n mintak BB sign atas tu...?? erm...

Friday, March 4, 2011

andai derita itu bahgia,aku pilih derita ;)

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.

hari ni mood nak membebel. ;)

sepanjang dah beberapa hari bukak booth nih, ada beberapa benda kuperasan.

situasi 1: orang bekerja.

A: berapa nih?
B: satu rm6, kalo dua rm10 encik.
A: amik 4 lah.

situasi 2: student

A: satu berapa kak?
B: satu rm1.5, kalo 4 rm5 je dik
A: bagi 1 la kak
B: amik 4 la trus dik
A: tak cukup duit la kak....

faham. sangat faham. :)

kesimpulan?

bak kata setengah org - bekerja dapat duit, belajar buang duit.

tapi stil ku suka belajar. walaupun belajar nih selalu xde duit. nak bajet makan sehari pun kena kira2. xleh lebih seploh ringggit...

bukan macam org bekerja, seploh ringgit tu apalah sangat kan..?

tapi terus terang cakap, walaupun sekarang masih student walaupun praktikal sementara, tapi sungguh telah rasa sedih bila lihat mereka2 yang mengusung buku n fail ke kelas sedang ku menjaga booth.

sedih teramat.

sampaikan bila ada yg bertanya:

awak pekerja sini ke?

yang akan terjawab olehku:

kitorang STUDENT praktikal je..

rindu untuk tidur lambat menyiapkan assignment, sengal perut sbb gugup utk ready for presentation.. haha! manusia memang begitu. bila ada selalu dikeluhkan,bila dah tiada barulah asyik dirindukan. *__*

kesimpulan entri ni, ku suka belajar lebihhhhhhhhhh dri bekerja. cereus. dan semoga dipermudahkan urusanku menyambung study nanti. amin.