Thursday, June 23, 2011

tentang seorang abah

dua entri yang emo. cukup-cukuplah. kita pergi ke luah rasa yang lebih mendalam sikit ye.

entri ni sepatutnya 19hb haritu, tapi asyik terhalang. so nah, siap video lagi bagi korang! >.<

sila roll page ni sampai bawah dan pause dulu lagu yuna tu ye. baru feel... :)


dah?? ada rasa sebak tak dalam hati?? atau ada sepasang mata yang sepertinya mahu bocor?? kalau ada, tahniah. lagu ni berjaya masuk ke jiwa kamu2 seperti jugak jiwa ku nih..

tapi kalau takde apa-apa rasa, ermm... nak buat macammana kan. mungkin lagu2 jiwang karat tentang chenta hati kamu lebih menyentuh kot. terpulanglah.

sini ku letak sekali lirik lagu ni.

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekalii
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

SELAMAT HARI AYAH. KU DOA ABAH SELAMAT HENDAKNYA DUNIA AKHIRAT..aminn..

p/s: lagu ni sepenuhnya milik FYNN JAMAL. video atas tu FYNN perform dgn suaminya, TRI.


Wednesday, June 22, 2011

emo part II

ku paling emo dalam situasi ni:

si A: bg idea sbaik mungkin sbb nak tolong B. siap offer tolong ni dan tu.
si B: wat endah tak endah n ala2 emo umpama si A tu dah nyusahkan dia.

taknak cakap je. tak payah nak emo2 pada org yang nak tolong.asyik nak ikut kepala dia je.

Thursday, June 16, 2011

emo

habis dah drama kegemaran ramai nih - nora elena.
ramai yg tersentuh hati kan tgok cite ni tp malangnya hatiku tak sangat. keras betul hati nih. >.<
tak tau lah. ku rasa ok to forgive but never forget. adam pun yg buat salah kat nur (kawin lain n tgl camtu jer) dkt 2 tahun kot nur amik masa nak maafkan die..ni tipu kot n merogol..?? uish, bukan senang dowh nk maafkan perogol wlau cane baik pun die.
ok, ku jadi lebih emo sbb kuperasan yg ramai yg cam salahkan elena - tak bsyukurlah, berlagak lah, tak sedar diri la.. bla3.. mangsa dalam apa keadaan pun TAK PATUT dipersalahkan, boleh faham x?
sweet mmg la sweet, tp ku rasa elena stil ada hak utk marah, utk benci, utk emo suma. sbb die mangsa weyh. cubalah letak diri kat tempat die. ni suma sbb seth tu sweet kan?? cam kelakar pun ada jugak. masa tgok drama tu, dok sokonglah seth -dah bertaubatlah, atleast die btanggungjwblah.bla3.. then, tgok brita kul 8 - 'nelayan rogol kekasih' + that nelayan kurang hensem - trus emo - sebat jer, apalah nak jd rogol-merogol nih, elok hukum bunuh jer, bla3..

aish...

kte dok kata dunia tak adil

kte dok bising kerajaan tak adil

sedar x - ktelah pemula semua tu- hal kecik pun dah berat sebelah, besar apatah lagi...

emo.

Wednesday, June 15, 2011

elak purse kosong

salam.

entri seterusnya akan jadi serius skit, so yg ni just bebelan jer. pengalaman dari seorang penganggur yakni aku - takde lah bosan tahap gaban jd pnanggur ni sbb stil boleh lepak2 tgok tv, weekend tgok movie, kuar mkn, kuar jln2 dll..yg mnyebabkan pnganggur rasa dia KENA cari kerja adalah sebab DUIT.

ye la, nak buat semua benda perlu duit. melainkan anak datuk ke..ni cucu atuk adalah.. ;) tp apsal anak datuk pun kje jugak?? sbb taraf lain, standard pun dah lain.. orang2 biasa cam ku ni kasut bum eq pun ok dah, tp kalo anak datuk, plg tidak pun prada la kan..? erm..

kat sini (area rumahku -taiping) ada jugak bbrapa kje part time. cikgu tuisyen la, salesgirl kdai emas la teacher kt kumon la dll - tp ku xrasa mampu. itu mmg masalah besarkan?? bila kta tak percaya pd diri sendiri, cane nak buat org lain ada kpercayaan pd kita?? ntahlah..

so, masa cuti sekolah 2 minggu lps, ni la part time job yg ku buat. atleast leh la jugak isi skit purse, kosong langsung pun cam tak best gak kn :I

1- kira markah murid2 kls kakak ku. :/ tp yg semak harus cikgunya la, ku cuma percentage kan jer.. tp pening jugak lama2 tunduk nih - effect low blood pressure ni kot. aduyaiii...

yg sikit tu dah kira, yg byk tu tgu turn dikira (masa pic ni disnap la) skrg settle suda semuanya :)


2- jahit2 sikit utk Dia Ida. geng RCs nih.. sbnrmya lepas dah deal nk hampir sparuh siap baru baca link yg kata adalah salah sbnrnya jual-beli apa2 yg bkaitan dgn individu@brand yg dah established. so sorry yek. jgn saman sy sbb sy tak tahu..huhu.

ni baru siap jahit 1st layer, tgl nak jahit 2nd layer n letak fiber fil
(time tu la, time entri ni ditulis - dh selamat sampai pd tuannya pun, so glad she's happy! >.< ;)

soooo, ada sspa tau kje part time kategori bekerja dri rumah lagi??? pnjang lg cuti ku nih... -__-'

Thursday, June 9, 2011

SnS post :)

SnS post.

iklan tv

budak cina : jom memancing kat sana nak? sana banyak langau
budak malays : ha? langau?
budak cina : langau pun taktau ke?? yg kaki panjang, warna putih
budak malays : tu bangau la!!!

depan tv:

ku : abah, langau tu pe ea?
abah : langau tu pondok
angah : tu danau la..!!!

2X gelak. hahahah.

p/s: angah kata langau tu cam lalat. :/

SnS means simple n sweet post. :)

Sunday, June 5, 2011

projek KESIAN

salam.

since 2hb haritu, ku asyik play lagu-lagu yg sama jer.. sbb baru dapat cd!!! yea!!! exclusively pos by the artist kot!! weeehuuu~~~


album PROJEK KESIAN (rare version) by FYNN JAMAL!! *tulisan kak fynn sgt cute kan? :) n no 222 tu sgtlah rare! :D

kenapa projek kesian?? haa, de la crita di sebalik pmbikinan album nih. korg kalo nak tau, leh la g stalk notes kat fb kak fynn or g ziarah blog die ea.. >.<

dalam ni ada 7 lagu :
#1 : 150juta
#2 : biar
#3 : over
#4 : suatu pernah
#5 : biar jiwa
#6 : sampai tua
#7 : no more

suma pun best tp yang akan ku ulang, ulang dan ulang adalah track 2,3,4,5..tp track 1 n 2 pun mmg dah terhafal b4 dapat album ni lagi. ha2!. :)

kesimpulannya, utk album kak fynn ni - jgn cuma dengar suara tp kena DENGAR RASA dan korg akan dapat apa yg nak disampaikan.. :)

dengar cite kak fynn dah nak fly ke rusia bbrapa thun utk kje kat sana..alaa..kempunan nak tgok die perform live..hopefully 1 day akan boleh jugak jmpe die.. >.< n kalo korg nak dengar lagu2 ni, leh search kat utube, tp sbb suma tu live performnce, soo agak bising n tak brapa clear la liriknya..

ohw, lupa nak bagitau. lirik paling penting dalam album nih. sbb fynn jamal ni pmuisi. cara pnyampaian puisi die tu yg unik, iaitu dia slalu sampaikan dalam bentuk lagu. so, dalam album ni lagi mantap r sebab de macam2 instruments kan especially lagu BIAR. seriusly kalo korang dgr betul2, msti akan ada rasa tersentuh dlm hati. lagu tentang ayah. :I

ok, dah alang2 tersebut tentang lagu BIAR, so ku bagi description for each song la ye. saja nak bagi korg jeles. hahaha! ;)

150juta - seunik tajuknya. lagu ni tentang seseorang yang bercerita tntg partner nye. tak kisahlah besties ke, husband/wife ker dll.. sbb dlm r/ship kan org2 luar msti akan kata mcm2 psl our partner tmasuklah yg negatif ke..tp wlau 150juta kali pun dorg cakap mcm2 kan, cuma kte je tau prangai sbnr n sbb kte still stay dgn partner kte tu kan... ? >.< *soooo suwiittt!! fyi, lagu ni rmai dah org cover since thn lepas wlaupun album ni baru je release.

Biar - mcm dah sebut tadi, lagu ni tentang ayah. yg walau sakit mana kan tetap kata 'biar' n 'biar' utk dia trus cari rzeki, utk terus dia nmpak tabah. walau hatinya sama je dgn seorang ibu.. *sebak.

over - lagu perpisahan. ni lagu english. tentang bila kita sedar yg our r/ship dah sampai ke penghujung dan perpisahan adalah jalan terbaik. cuma kte harap segala mimpi indah takkan berakhir n kita tak perlu bangun dri tdo utk mgakhiri semuanya. fynn ada buat video klip lagu ni dgn suaminya, tri. korg boleh cari kat utube.

suatu pernah - cerita tentang secret admirer. suma org pernah rasa minat pd seseorang suatu masa dulu kan? ;) so, walau macammana kehidupan kita sekarang ni pun, pasti ada seseorang yg pernah bergelar SUATU PERNAH dlm hidup kte.. btul x?? tp lirik lagu ni sdey..ku bagi skit ea

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

biar jiwa - ni terpaling faveret sejak dua tiga empat menjak nih. (checkout blog zahirilazhim >.< ) taktau la nak explain apa psl lagu nih. kena dengar sendiri. tp biar jiwa tu sbb bila ssuatu perkara tu ssh nak dterangkan dgn kata, so BIAR JIWA yg sendiri rasa. :) ada video klip lagu ni as ost filem kontrakdiksi yg bakal kuar sept nanti by fynn n tri. leh la search kt utube. :)

sampai tua - ni lagu tentang husband-wife. yg walau apa pun jadi, akan tetap kukuh n utuh utk terus bersama SAMPAI TUA.

track 7- erm, ku belum hayati betul2 lagi lirik die..nnt ku hayati dulu yerp. :P yg pasti sdey jugak lirik die. tntang realiti yg slalunya jauh dri kisah happily ever after.. :/

ok, cukup sudah penerangan n promosi tak berbayar nih. hehe. takpe ikhlas tu penting. mahu layan lagi album PROJEK KESIAN nih sambil mnjahit. wee~~


agak-agak la

salam.

ok, taktau sangat nak menulis tentang apa. cuma nak membebel sikit pasal cerita melayu yang baru ditonton tadi .
*mode menyesalgilaatengok.

nasib baik tengok gitu2 je sebab online sama. :D

sebagai orang yang tak pernah belajar seni persembahan atau teater atau apa2 tentang filem, sila abaikan pandangan tak ada ilmu nih.
tapi ada hati,
itu pasti.

harusnya si pengarah yang jugak pengolah skrip kena sensitif la sikit. dah kalau nama wataknya ustaz, tapi dating dgn wanita bukan mahram tepi sungai, tenung lama2 n asyik TERsentuh jer wlaupun berlapik,
agak2 la..

dan dah nama org masjid, tp percaya bomoh dan syirik pun agak2 la jugak.

kata si pemegang watak penceramah agama tu, dia 20 tahun skolah pondok, tp kalo perangai gitu, tak pasal2 mmburukkan institusi pondok.
pemegang watak ustaz tu pulak kata dia lepasan jordan, tp..

agak-agak la..