Wednesday, October 31, 2012

simpan sendiri

 "kalo semua benda nak dishare, apa lagi yg tinggal utk kte simpan sendri."

ni bukan ayat suh jd haji bakhil atau seangkatan dgnny. ni ayat HR ku td yg ku dah ubah-suai ikut keadaan. :) 

ku terima dan adaptasi ayat ni camni - kalo semua benda nk dicerita, apa lg yg tinggal utk diri sendiri. sbb tu setiap org berhak untuk punya rahsia. sbb rahsia tu mmbezakan kte dgn org lain. sekurang2nya ada ssuatu yg org lain tak tahu dan hnya kte dan Yang Mengetahui yg tahu.. itu yg mnjadikan setiap individu tu istimewa dan unik.. dan misteri jugak. 

so what, mysterious person sangat osem ok. :D



sebab tu jugak, kalo awak tak berjaya korek rhsia orang, jgn sakit hati.
kalo awak tak tahu rahsia org yg plg dekat dgn awak pun, jgn kecil hati.
kalo awak kena marah sbb sibuk sgt nk tahu rahsia org lain lak, jgn ambil hati. tp ambil pengajaran.

sebab rahsia tu hak individu. 

biar ada yg disimpan hya untuk kita saja, itu buat kita akan lebih berharga.. ;)

p/s: bila mlibatkan wang a.k.a sedekah atau sekadar pmberian ikhlas dll, entri ini sila buang dri fikiran. jauh-jauh. 

Monday, October 22, 2012

cuak

jauh tak semestinya buruk
dekat tak semestinya baik.

kadang2 kita tak tahu apa untuk diharapkan
dan kadang2 juga kita mmilih ssuatu yg salah utk diharapkan
sebab manusia itu serba tak tahu

makanya,
tak kiralah dekat atau jauh
hanya minta yg terbaik.

doakan yg terbaik utk ku ye.. :)


review ketakutan


sambungan pre-review ketakutan yg lepas, hari ni ku dah ready utk full review. sbb secara formalny ku dah selesai khatam naskah ni ptg sbtu lepas. :) 

ketakutan.


leh tahan popular gak buku ni. time ku beli dlu, time tu buku ni trending kat twitter. pastu dlm bbrapa minggu di ada di-review di newspaper dan jugak astro awani. ku xbaca ataupun tonton both review2 tu, so its ok kalo xde org nk baca review ku ni. ku cuma suka tulis2 nih. :)

erm..

walaupun 'ketakutan' yg ku sangkakan pd awalny berkait dengan skizofrenia etc. dan ianya telah tersasar jauh, namun naskhah ni menarik jugak. unik. 

ada 15 kisah, dripada 15 pnulis berbeza. antara yg ku paling xboleh lupa - TILAM. cam byk plak bnde2 kebetulan yg related cam wtk utamany yg berasal dri taiping n mnetap di damansara. :/ byk2 tempat apsal taiping wey??? haih~  nsb baik la tilam yg kuguna ni tilam baru, bknny tilam 2nd hand.. huhu

kemudian; REBORN ALYA. ni paling ssuai utk difilem atau didramakan rasaku. msti menarik utk ditonton  lbih drpd sekadar dibaca. tntg mnghidupkn semula yg telah mati. bilamana manusia cuba utk mnjadi tuhan, pastiny syaitan yg akan jd pegangan..

FREEDOM; walaupun pada ku agak tergantung, atau mungkin pnulis nak pmbaca mreka atau mmikirkan sndri ending yg terbaik. apa yg unikny tntg kisah ni adalah ianya tentang kisah rasa janin dlm perut ibuny yg mlalui pengguguran. penceritaan drpd janin tu sndri. tntg freedom sang wanita slpas digugurkn seg yg perlu, dlm msa yg sma penyeksaan teramat utk janin yg mmnita utk hidup.

SKETSA RUMAH TUMPANGAN NYONYA JUN - pun mnarik. pusing2 kisahny. tp still mnarik. mgkin ni agak kpercayaan org2 cina yg de roh xtau die dah mati, so die mrayau2 n mlalui hidup sprti biasa. dan mungkin jugak disbbkn ada dosa2 yg belum terampun..

itu antara 3 yg paling mnarik pdku. yg lain2 pun best jugak, unik dri cara pnulisan yg tersendri - pesan lisa, cuak, jipez keripez, seriau di balik pulau, pisang, teddy bear kuning, destinasi terakhir, cerita tntg lipas yg ku lupa tajuknya, cerita tntng minyak dagu yg pun ku lupa tajukny, dan beberapa kisah lain jugak yg mmg ada ketakutan dlm ny. haruslah kan.. :)

p/s: ku suh cik purpledragonfly yg belikn buku ni mse jelajahlejenfixi kat uitm hritu. slain tu jugak ku google, buku ni dijual di I Am Lejen Shop,  SS15 Subang Jaya, Kinokuniya KLCC, Times Pavilion, Bangsar Shopping Center, Hartamas Shopping Centre, Sunway Giza, SS2 Mall, Citta Mall, Suria Sabah, One Borneo, Warisan Square, Hills Kuching. n kalo malas nk gerak2, leh bli online jer kat http://shop.lejenpress.com.

Friday, October 19, 2012

kahwin

kahwin - benda besar kan.

ku selalu terfikir, dalam masa yg sama - kagum - dgn kawan2 yg dah kawin. dorang sgt berani dan dah selamat pun dlm mmbuat 1 keputusan yg besar iaitu - berkahwin.

sebab kahwin tu bukan hanya di dunia, tp jugak utk akhirat nanti. makanya - kena pilih yg betul2. cumanya, kalo nak pilih yg betul2 dgn betul - sampai bila?? ntahlah..

kata orang, jgn menyukai sseorang krn kelebihan, sbb bila terserlah 1 keburukan nnt, akan hilang rasa suka tu. tp andainya kelebihan itu pd agama, bilamana pegangan itu mula goyah dan goyah, patut utk hilangkan rasa suka tu kan? sebab tu kena pilih betul2.. kan?

tapi ada je yg walaupun pada awal mula dipilih, xsbaik mana. namun seiring peredaran masa, pegangan pd agama makin lama makin utuh. syukurlah. cuma yg risau kalau terjadi sebaliknya. makanya, permulaan itu tak sepenting pengakhiran.

tapi, tanpa berpandukan permulaan, pengakiran susah untuk diduga. makanya, nak kena amik risiko. dan risiko tu bukan perkara yg enteng. risau tersalah jangkaan, yg mana akan turut mmbawa kpd tersalah mmbuat keputusan.

haih~

terlalu byk kerisaukan. tp haruslah la kan, sbb ni perkara dunia n akhirat. makanya, harus pilih n nilai betul2. 

soalnya, sampai bila?


Wednesday, October 17, 2012

spesis pelik

ada sesetengah spesis manusia nih
buatlah baik manapun
layanlah mesra manapun
back-up lah berapa ratus kali pun

ada peluang
tetap nak tikam belakang
masih nak cari salah
terus-terus nak menyakitkan hati
pelik

haih-

ibarat melepaskan anjing kelaparan;
kadang2 kata2 org dulu2 tu ada benarnya kan.

apapun; 
buat baik dibalas baik.
kalo bukan kat sini, kat sana nanti kan?
itu pasti. ~

hidupkan hidupmu :)



Find your light
Don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more
Live if you really want to

All my life I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been stargazing
The sky is right above me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to

All my life my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to




Friday, October 12, 2012

cuma 3 hari

suatu masa dlu masa dengar lagu ini, 
tersentuh. 
bbrapa hari. 
lalu habis di situ.

semalam ; 6.54pm
lagu yg sama ku tonton lagi tanpa duga
tersentuh lagi.
dan entah kenapa
air mata mengalir tanpa henti..

-> butir-butir cinta air mataku
teringat semua yamg Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi...


hidup itu cuma 3 hari 
semalam yang telah pergi
esok yang belum pasti
yang ada cuma hari ini..
smoga setiap hari ini yg dilalui diberkati..

Saturday, October 6, 2012

sirrun



siapa tahu ke mana taqdir bawa kita.. - fynn jamal

kan?

boleh jadi apa yang kamu benci itu, baik untuk kamu. dan apa yg kamu cinta itu, buruk untuk kamu.
kadang-kadang kita tak tahu apa yg kita mintak. kita mintak A sbb fikir kita A tu pasti yg terbaik ikut logiknya tp hidup bukan sekadar logik. mana tahu Z tu yg lebih baik? makanya, doalah diberikan yang terbaik dan moga diredakan hati.. :)

manusia hanya mrancang, Allah yg mnntukan. betul. cuma perlu utk trus berharap sbb harapan tu impian yg bukan sekadar mimpi. 

kata org - aim to the highest, to the sky, so when u fall, u fall onto mountain, not ground. (lebih kuranglah, ku pun dh lupa ayat sebenrny -.- ) tp padaku jatuh tu sakit. xkisah la on mountain ke, ground ke, sea ker, yg pastinya sakit. dan untuk bangun smula setelah jatuh, bukan mudah. mmg tak mustahil, tp masih agak payah. sbb rasa harus dihilangkn atau dikurangkn dulu 
sblum baru boleh mula melangkah.

makanya, 
kata2 ni lebih ku suka - always give the best, but expect the little. sbb..



walaupun apa yg brlaku ni ramai yg kata adalah yg terbaik, terus terang ku masih xberapa pasti. mungkin sbb cuak. gemuruh. menghadapi ssuatu yg baru dan asing tu bukan mudah. setidak-tidaknya pada orang yg seperti ku. -.-

kadang2 macam kelakar hidup nih.

sesuatu yg awak sgt nak, dan awak hampir dapat. dalam masa sekelip mata ianya hilang. atau sesuatu yg aawak dah meletak harapan terlalu lama, dan sampai 1 masa awak dah bersedia utk lepaskan untuk mula yg baru, harapan lama tu tiba2 datang.

makanya, life plan harus berubah lagi. 

tapi itulah kehidupan kan. kalo semuanya terjadi seperti perancangan, mungkin susah utk bezakan mimpi dan realiti. sbb tu ble byk yg dirancang lain yg jadi, sekurang2 nya buat kita sedar yg this is real. kan?

setahun lagi, atau sebulan lagi, atau seminggu lagi, atau pun hanya - ku tau apa yg bakal jadi. atau mungkin tghari nnt pun ada ssuatu yg besar yg akan jadi, tak siapa tahu kan. cuma berdoa dan berharap yg terbaik. 

sebab hidup itu rahsia. SIRRUN.

Thursday, October 4, 2012

lagu


de sorg kwn ni die mmg giler bigbang ng beast. smpaikan dlu2 kalo ku post something yg ada BB (yg mne ku refer to my big bosh) die slalu akan tersalah sangka yg tu adalah singkatan kpd big bang.. kalo ku tulis FT, die ingt FT Island plak..tp sbb tu la jugak, ku mula2 start youtube-ing psl FTI yg mne ku mmg dh teraddict dh skrg nih.. ;)



tp jujurny ku bukan kpop fan, k fan mgkin..sbb the 1st band yg buat ku mula nk kenal k-music ni adalah FT Island, ygmne adalah k-rock band - indeed the 1st krock idol group kat korea.

sbb ku dah kenal bbrapa band (ohw, yg ku mksudkn dgn kenal bukanlah setakat kenal nama, tp kenal dan tahu sejarah dri zaman trainee~) so, ku agak dah penat untuk mnambah lagi pengetahuan dlm usaha mngenal band2 lain lak.. makanya, ku tak pernah cuba utk kenal n tahu tentang big bang n beast. Wlpun ku de terdengar lagu2 dorg yg best jugak..

smpai saat ni pun ku konfius lagi sebenarnya antara big bang n beast. G-D tu big bang kan? Erm..ku selalu dengar n baca tntg die ni yg dikatakan music genius. Tp ku xpernah nk cuba tahu dan dengar musicnya. Tp tadi entah mcm mne ku terdengar yg mne mmbuatkn kun k trus dengar n dengar..

ini cool.


Org yg passion in what he/she doing plus smart in that field adalah sgt osem. Sbb tu adalah susah untuk diabaikan. Haih~



Monday, October 1, 2012

pre- ketakutan

sekarang sedang baca nih. 


mula-mula ku ingatkn sebuah naskhah tentang kehidupan seorang saikopat atau yg seangkatan dengannya tp rasanya ku dah tersasar -_-'

ini adalah sebuah naskah yg punya 15 kisah drpd 15 org penulis berbeza. dan yg lebih jauh dri tanggapan awalku, rasanya ini adalh tentang kisah-kisah yg tak berapa ku minat utk layan -

kisah seram + hantu + paranormal.

haih.

tapi, sbb ini dibawah publisher lejen, so mungkin garapan dan sudut pandangan penulisanny agak berbeza ku rasa. mmbuatkn ku agak eksaited nak baca. :)

tapi disebabkan sekarang ni malam2 ku asyik kena bersendirian, so ketakutan tu kadang2 datang walaupun hya sekadar membelek cover buku nih. hoho. so...nanti tunggu siang2 weekend la kot ku baca...

semalam baru baca kisah pertama - Pesan Lisa ; tu pun baru intro jer ku baca..

pepun, dah habis khatam nnt ku akan wat review. lama x wat book review. sbb lama xbaca buku. last fiksyen 301, pastu ku baca magazine n conan jer.. bestny kalo de library dekat2 sini.. :/