Monday, May 28, 2012

konfius

istikharah.

selalu bila peminta nasihat konfius antara dua, pemberi nasihat akan kata, "istikharahlah.." 

walaupun hakikat pemberi nasihat tu sendiri pun belum pernah beristikharah. 

makanya, bila ditnya org peminta nasihat, "bagaimana nak solat istikharah?"

lalu, jawapan pemberi nasihat, "google lah.. ;)"

jadi ini jawapan dari google - pemilik blog nurinsyirah. 

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

selepas salam, disarankan baca doa ni (*** perkara yg dikonfiuskan disebut sec jelas) :

Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

---------------------------------------------------------------------------------------------------

ini bakal istikharah kedua, insyaAllah;

sebab akal dan hati sendiri, campur akal2 n hati2 orang2 lain pun tak mampu beri jawapan. hanya Allah yg paling tahu. dan harapnya akan sudi ilhamkan petunjuk..

foodtechnologist di QS atau supervisor di I-Baby shop?

ntah~

setakat tadi macam lebih ke QS sbb for the 1st time selepas grad akan dpt bekerja dlm bidang yg selama ni ku belajar. 4 tahun belajar teori n sedikit praktikal. mestilah teringin sgt2 nak cuba bekerja dlm bidang ni plak kan. tapi gaji tahap ok2 jer, n kos hidup agak tinggi. tp masalah plg utama, dri hari lepas iv duk cari punya cari, smpai saat ni, masih tak dapat cari rumah/bilik sewa.. 30hb ni last day kena bagi jawapan dah :(

ke amik je kat I-baby shop tu? gaji ku taktau brapa. tp ku sure yg die xleh bagi tinggi pun. may b plg tgi 1k je die offer as starter. dan dah sah2 lari dri bidang ku. dan kalo ku accept yg ni n tolak yg lagi 1 tu, kemungkinn besar ku takkan dpt kje dlm industri lagi. sebab ku dah grad lama, n ku pun dah makin tua, tp experience in food industry still zero, sape je nak amik ku lagi kan?? huhu.. tp advantage ny, dekat ng rumah, so makan, pakai, tmpat tggl suma dh settle. aish, esok dah kena g jmpe bos tu bgtau keputusan.. :(

camne ye...

kalo ku tolak yg kedai baby ni esok, nak taknak ku kena accept yg lagi 1. tp kalo xdapat cari rumah cemana?? serius, ku xnak menganggur dah kot. stress org kje, stress gak org mnganggur nih. serius kalo smpai raya ni ku xkje2 lagi, mmg ku tak balik kpg la raya.. -_-'

dulu2 ku pelik org yg asyik nak sembunyikan umo. padaku umo tu cuma angka je kot. normal la makin lama mankin bertambah. tapi sekrang ku faham dah. nak2 compare dgn kwn2 sebaya ngan ku yang dah de semua k tu - kerjaya, kereta, keluarga n segala k lagi la, sedang ku kerja pun xde lagi. umo makin naik n naik.. :(

cemana nih.....





Wednesday, May 23, 2012

tentang faham


‘kalaulah ada orang yg faham…’

Motivator selalu cakap, orang loser je selalu guna perkataan ‘kalau’ nih. Dah, kenapa perkataan tu dicipta? Ke memang dicipta khas untuk loser? So, memang patut ada dan terus ada la loser2 ni kan demi utk perkataan ‘kalau’ ni terus wujud?

……………………………………pause……………………………………..

Masa tu tak menentukan seberapa dalam atau berapa jauh tahap kekenalan seseorang tu dengan seseorang yang lain. Hidup lah bersama 20 tahun pun, kalau memang tak boleh nak faham, memang takkan faham. Atau baru je kenal kurang 2 tahun, tapi kalo dah rasa2 boleh faham, memang akan faham.

Untunglah.

Kalau ada yang faham.

Memang takkan hundred percent faham, tapi cukuplah sekadar faham.

Sebab tak semua orang sama. Sampaikan ada philosopher yg cakap manusia ni adalah ‘haiwan yang tersangat kompleks’. Bukanlah nak bersetuu dengan teori manusia tu binatang. Tapi sangat bersetuju dengan manusia itu kompleks. Rumit. Memang.

Kadang2 diri sendiri pun kita susah nak faham, apalagi nak faham orang lain. Tapi tu tak bermakna yang takkan ada orang yg faham kita dalam dunia nih. Ada. Ku yakin ada. Cuma mungkin belum jumpa, atau ugak mungkin takkan jumpa. Tapi ada tu ada.

Untunglah,

Sesiapa yang dah jumpa. Yang betul2 faham.

Sebab tak semua orang boleh luahkan apa yang die rasa. Tak semua boleh zahirkan apa yang die fikir. Ada je yang tak boleh nak luah dan zahirkan byk perkara, tapi die tetap rasa dan fikir. Cuma orang tak Nampak. Logiklah benda yang tak ditunjuk untuk tak dilihat kan. Sebab tu, untunglah kalo ada yg faham.

Tak pastilah atas dasar apa. Mungkin bercampur aduk dgn tarikh lahir, bilangan anak yg ke berapa2, zodiac, jenis darah dll menjadikan setiap manusia tu berbeza2. Die mungkin seorang yang Nampak dingin sebab dia berdarah A, tapi dlm masa yang sama dia jugak sangat sensitive sebab dia berzodiak Taurus. Atau mungkin dia seorang yang sgt bercita-cita tinggi sebab die berzodiak scorpio, tapi dalam masa yg sama die seorang yang sgt sukar utk memaafkan dri sendiri sebab die berdarah AB.

Bukanlah nak kata setiap manusia ni terlampau berbeza sangat sampai susah sgt nak faham. Cumanya ada certain2 perkara, atau personality kita yang agak susah utk kebanyakan orang faham. Contoh, si A diam bila suasana ttbe jadi tegang. Sebab diam tu pd die utk meleraikan ketegangan n keadaan akan jd ok balik. Sebaliknya kalo si B tak dapat faham diam si A, si B akan ingat diam si A adalah tanda si A dah rasa annoyed/disguisted/irritated dll dgn si B smpai tahap taknak cakap apa2 dah, menyebabkan si B akan rasa lebih bengang dan keadaaan akan jdi jauh lebih tegang n boleh jadi terputus bila ketegangan dah capai tahap max. padahal, isunya ‘diam’ jer. Tapi sebab tak dapat nak faham, camtulah.

Sebab tu, kalau lah boleh. Kalaulah. Cubalah jangan cepat sangat nak assume orang lain. Sebab kita tak faham, dan memang takkan faham orang lain kalo kita tak cuba nak faham. Tapi selalunya walaupun kita cuba nak faham, tetap tak faham jugak, tu maknanya kta memang takkan boleh faham. Kita bukan orang yang betul utk faham dialah tu. Takpelah.

Cumanya kalaulah boleh. Kalaulah. Cubalah untuk tak terlalu cepat keluarkan kata2 atau set kat mind;

“sensitive tak betempat la minah nih.:
“tak boleh bawa melawak langsung.”
“cubalah tunjuk caring sikit. Ni macam tak kisah langsung.”

…………………………………….pause…………………………….

Sebab awak tak faham. Jadi biar dia cari orang yg boleh faham dia. Atau awak rasa yang dia tak faham awak? Jadi sila pergi cari orang yg boleh faham awak.

Untunglah,

Kalau sempat jumpa.

mereka dalam video ni contoh yang saling faham. tak perlu dicakapkan atau ditunjukkan. sebab, mereka faham. dah cukup. 



Thursday, May 10, 2012

dari depan pintu rumah

kejadian pagi subuh isnin. lokasi: depan rumah. 

kesian dkt cikgu besar a.k.a jiran a.k.a landlord. terlebih tkan minyak kot.. nasib baik cikgu xde pape. mgkin shock skit la kot.. ni dlm kul 9 kalo xsalah, ku snap dri depan rumah..




mula2 plan nk call kren. tp de yg cadangkn guna si oren tu jer . ku xsure pe namanya.. pengorek ea?? ntah~
tp cam xrelevan. so xjadi..


last2 ramai tolong angkat jer skit. n cuba reverse.. 



finally, berjaya. alhamdulillah. tu la org kata. sepakat membawa berkat. :) 


p/s: mood malas nak menulis. time tdo dah nih. nyte :)

Sunday, May 6, 2012

betul vs salah = konfius

Keadaan kadangkala membuatkan kita tak pasti mana yang betul, mana yang salah kan?

Contoh;

Seseorang yang melanggar etika seorang guru dipersalahkan dan menyebabkannya kehilangan kerja, walhal sebab etika itu dilanggar adalah demi untuk menepati janji yang telah dibuat oleh seorang guru terhadap murid-murid. Yang mana akhirnya menyebabkn beliau mendapat kepercayaan drpd para pelajar, namun dalam masa yang sama pihak sekolah telah hilang keyakinan terhadap kredibilitinya.

atau seorang mak yang hobiny membebel. dari pukul 6am smpai pukul 11pm. seorang mak yang lebih suka dengar cakap2 org lain drpd percaya kata2 anak sendiri, seorang mak yang asyik  buat benda2 yg buat anak2 nya rasa annoying jer dan bla2.. tp seorang ibu tu la yg bertarung nyawa melahirkan anak, yang tak pernah lena tdo 9 bulan, seorang ibu yg sedaya upaya uruskn hal rumah, makan pakai n lain2 sedaya mampunya.. :')

aahh..apalah yang minah ni membebel kan.. huh. Nak tau kesudahan cerita kpd persoalaln a.k.a bebelan tadi, sila g tengok filem We Not Naughty. Cerita yg bagus padaku. Sape yg pernah n suka tengok filem Im Not Stupid atau Aku Tak Bodoh, cnfrm suka gak cerita nih. Walaupun masa ku tgok 2 mgu lps kalo xsilap, Cuma ku, miss purple dragonfly, cik bintang timur n aliaa.. + segroup lagi malay yang de dlm panggung yang full house dgn chinese tu. Tu pun group malay yg lagi 1 tu, xhbs lagi cerita, dorg dah kuar panggung. =/


But still, it’s a great story. J

Isu semasa;

Orang melihat pada apa yang berlaku di kemuncaknya. Tapi langsung tak tahu atau taknak ambil tahu atau sengaja taknak tahu tentang apa yang berlaku sebelumnya. Sangat tak adilkan rasanya kalo beberapa minit terakhir yang hanya difokuskan sedangkan beberapa jam sebelumnya dipadam terus. Haih~

tutup cerita. cukup setakat itu tentang ini.

seterusnya, 

28 n 29hb lepas ku attend program penilaian kompetensi a.k.a PAC utk peg antidadah. antara slh 1 sbb knp ku xjadi sambung master. bukan sebab confident dpt post tu, 1% pun x. tp sbb malas nak berulang ke penang lak nnt + hold project + minta cuti bila dh start di tganu tu. so, insyaAllah master tu kalo de rezeki, masih berharap jugak..

pasal PAC tu lepas ku google2, punyalah xde info. hinggalah ku jumpa 1 blog story psl PAC utk post peg bomba. n PAC nya ialah lari 2.4kn, lompat kanggaro, sit-up, lari ulang-alik 10x dll. huh. sesungguhnya 2 benda yg paling ku nak elak adalah pendidikan jasmani n jumpa doktor. :/ so, disebabkan tu, ku buat keputusan utk taknak g. lagipun, jari kaki ku cam sakit skit. bengkak n lebam masa time kat BR tu xhilang2..


tapi, ku hanya merancang. Allah yg menentukan. dan sememangny Allah tu sebaik2 perancang kan. :) beberapa hari b4 PAC, ku discus2 ngan sha, katany kalo ikut contract JPA, kalo xhdirkan diri akan kena byr blik segala scholrsp. giler nak byr?! huh. dan abg pun sanggup balik weekend tu n tolong antar n amik suma. mak pun kata try jer.. 

jadinya,

hari kejadian, bertolak lak ke PUSPEN kg selamat, bukit mentajam, penang. pukul 6.30am dah gerak dri rumah. first time masuk puspen, aman jer. tenang jer envrnmt kat situ. btw, puspen tu pusat pemulihan dadah. n kata peg kat sana puspen kg selamat tu dikhaskan utk penagih2 tegar.

1st day kena pakai baju kurung. so ku memang lega la sbb dah sah2 xkan kena lari, lompat bagai kan? hehe. so masuk2 daftr hp kena off n kena bagi urusetia smpan. hbs program kul 6.30pm bru leh amik balik.
lepas tu ujian psikologi 80 soalan. ku tahu yg dri ujian tu la dorg nak nilai personaliti kte nih - positif ke x, easy-going ke x, peramah ke x, rajin ke x dll.. obvious sgt la soklan2ny. tp ku berani jamin yg ku mmg jwb pakai hati je haritu, mmg x pk2 dulu. sbb kalo trpilih pun atas dsr bukan kta yg sebenr, takde pekdah gak kan. ingt main2 ke post peg antidadah tu. besar tau amanah n tggjwb nya. jadinya ku serahkan la pd penilai utk menilai smada ku yg adakalany pesimis ni layak atau x..


lepas tu, terus ldk smpai 4.30pm. mula dgn xtvt kajian kes, pastu case study (sama jer prosedur cam xtvt 1st, cuma segala converstn harus dlm english. n isu nye pun berubah la skit. topik stil drug.), pastu penyelesaian masalah, n akhirny problem solving. serius ku yakin yg markah ku sgt skit dlm sesi2 ni, sbb ny dah memang ku jenis xreti nak menyampuk. lagipun ku fikir, kalo semua nak bercakap, sapa nak dengar kan? n ku tengok dorg2 suma nih tahu byk bnde, so ku yg xtahu sgt nih drpd ckp nonsense, rasany better ku dengar n tulis.. kan? tp confirm2 la mrkah penilaian ku sikit. :(



akhir hari pertama dgn pengucapan awam. 2 group ldk digabungkn. n setiap org kena ckp max 5 minit. tajuk  diberi. n ofcorse main topic still about drug. so, sebab ku suka tulis, jadinya ku agak suka cakap sorg2 jugak. so..not bad la kot rasanya.. heh~ esok pg smbung dgn public speaking. nsb baik smbg hari ke2, atleast dpt la ku google skit2 psl isu dadah ni kan. tgok dorg siap hafal statistik, jenis2 dadah, ngara produce suma bagai.. haih, dasyat betul kalian~ 

pastu kena tukar bju sukan. risau de sikit. tp ikut schedule xtvt adalh persediaan krja sosial, kerja sosial n penulisan laporan krja sosial. so, ikut logikny lari2, lompat dll suma tu BUKANlah kerja sosial kan? so ku xde la cuak sgt. ;)

dan sememangny sesi ni plg best. sbb first time ku leh bersembang, berborak, bercerita, n main game jugak dgn penghuni2 puspen tu. 4 org join ku nye group ldk - linda, pun, apit n abg lee. seriusly, dorg sangat NORMAL. n ku boleh kata yg abg lee LEBIH POSITIF driku, pun LEBIH MANNERED driku, apit LEBIH CONFIDENT driku, n linda LEBIH MATURED driku. jujur. betul. 

antara xtvt yg ktorg rancang n main - lukis muka dgn tgn kiri (sbb semua psrta pakai tgn knn kebiasaanny) n cari pemilik lukisan tu, tulis impian, radio buruk, arahn berlawanan, kapalterbang kertasku dll. radio buruk plg best. sama je kami dgn dorg. asyik buat silap jer. lain yg dismpaikan , lain yg org terakhir akan ckp. standard r tu kan? dah jelas yg kte suma sama jer. :) paling bermakna adalah kapalterbang kertasku. impian yg kami tulis, kami lipat jd kapal terbang (tq ye apit tolong akak nih lipat :D) pastu kami kena terbangkan melepasi 3 tiang. umpamanya tu halangan yg kami kena tempuh. dan pastinya sgt bersmangt dorg. buat ku sedar yg ku selamany ni hanya ada impian, harapan, angan2, tp ku xde matlamat. buatkn ku x usaha sehabis mungkin utk realisasikan apa yg ku impikan.. 


so, rasanya ku yg byk belajar dri insan2 nih. walaupun org nmpak yg menagih tu 1 isu besar, tapi ianya tetap 1 kesalahan. n standardlah, semua org pun buat silap. ku pun pernah bakar alatan makmal kan. dan sebab tu ku xnak lagi masuk mkmal tu. haha. tp ku salute dorg nih. ada yg ditangkap pihak AADK n kena hantar kt situ, ada jugak yg secara sukarela daftr n amik pakej pemulihan dekat klinik Cure n Care. korang sgt berani utk berhadapn dengan kesalahan korg. untuk tu, SALUTE.

macam yg fasi kt situ ckp, macammana org yg giler jeruk, terliur tgok jeruk mangga wlpun perut tgh kosng. maknanya lgsg xkisah perut tu akan sakit ke x nnt, asalkn dpt makan jeruk. cam tu la jugak org yg dah addict pada dadah. dadah dh jd cam 1 keperluan. habit. jadinya, adalah 1 tindakan yg sgt berani bila dorg ni sanggup utk dptkn pemulihan utk besih dri benda yg dah jd sebahagian dri hidup dorg. makanya, tolong. tolong bantu insan2 nih. setidak2nya tolong tutp mulut dripd berkata perkataan2 yg mungkin menyakitkan hti dorg. dorg pun manusia. dan manusia dgn kesilapan dah macam hujan kat malaysia nih. hampir hari2 ia turun kan. kadang rintik, kadang lebat, kadang2 smpai jd banjir. 


takde siapa yg sengaja nak buat salah. xde siapa yg saja2 nak musnahkan diri tnpa sebab. jadi tolong jgn cuma lihat pada pelaku, tp cuba jugak tgok keluarganya, kawan2nya, dan masyarakat sekitarnya - kita. penagih tu pesakit, dan kita nih pesalah selagi masih biarkan dorg terus sakit. pesakit n pesalah - mana lebih kejam?

p/s: erk. ku memang suka bebel sorang2 kan. -.-'