Thursday, June 23, 2011

tentang seorang abah

dua entri yang emo. cukup-cukuplah. kita pergi ke luah rasa yang lebih mendalam sikit ye.

entri ni sepatutnya 19hb haritu, tapi asyik terhalang. so nah, siap video lagi bagi korang! >.<

sila roll page ni sampai bawah dan pause dulu lagu yuna tu ye. baru feel... :)


dah?? ada rasa sebak tak dalam hati?? atau ada sepasang mata yang sepertinya mahu bocor?? kalau ada, tahniah. lagu ni berjaya masuk ke jiwa kamu2 seperti jugak jiwa ku nih..

tapi kalau takde apa-apa rasa, ermm... nak buat macammana kan. mungkin lagu2 jiwang karat tentang chenta hati kamu lebih menyentuh kot. terpulanglah.

sini ku letak sekali lirik lagu ni.

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekalii
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

SELAMAT HARI AYAH. KU DOA ABAH SELAMAT HENDAKNYA DUNIA AKHIRAT..aminn..

p/s: lagu ni sepenuhnya milik FYNN JAMAL. video atas tu FYNN perform dgn suaminya, TRI.


No comments:

Post a Comment