Saturday, September 24, 2011

>2 ekor tikus terikat dalam ikatan kimia

ada orang ckp kalo xsuka sesuatu - jgn tengok, jgn dengar, jgn ckp, jgn ada pape kaitan dgn benda yg tak disukai tu. tak salah. cuma mungkin tak sesuai utk suma situasi. sebab tu orang merungut, membebel, bermonolog psl benda2 yg die tak suka. sebabnya..dalam hidup ni banyak perkara yg kita tak berapa suka, tp masih kena hadapi jugak. tetap kena amik tahu jugak. walaupun memang tak minat.

lebih dari 2 ekor tikus terikat dalam ikatan kimia.

POLITIKUS.

kelakar je sebenarny politik ni. tp bila fikirkan psl akibatny yg akan affect sgt ramai org yg tak bersalah, so nak taknak kena amik tau jugak psl isu2 semasa nih. walaupun kalo boleh taknak amik tau. tapi tak boleh tak amik tau. :/

baru je kan sambut merdeka n hari malaysia. walaupun celebrateny dah cam sambut hari dunia - celeb korea, china, india, UK suma dijemput. tp tak kisahla tu. yg kisahnya, walaupun iklan2 byk promote psl 1 malaysia, tp bila tgok berita tiap2 malam, ada je cerita psl parti ni saman parti tu, parti tu tuduh parti ni provokasi, parti ni main ckp ikut suka mulut die jer, parti tu terasa hati lak n wat pc, bla3... bosannye la hai...

camne la kan nak membentuk 1 negara yg mmg 1?? dah merdeka byk tahun, tp kita masih tak dpt formula utk bersatu kan. sdey la. mcm mana pengikut nak ber1 bila yg memimpin pun tak bersatu kan..

haa, ku baru tau yg malaysia bukan negara islam rupanya. tp negara berkebajikan. dan sebagai negara berkebajikan dan bukannya negara islam ni, hukum islam adalah sesuatu yang tak praktikal dan tak kan dilaksanakan. alasan yg die bagi sebab tak de dalam buku jingga dan jugak bertentangan dgn perlembagaan.

kan kte suma de belaja dulu2, mana2 undang2 yg bertentangan dgn undg2 tertinggi, undang2 tu kan terbatal keseluruhannya tau setakat mana ia bercanggah. so, undang2 islam agakny cuma sub je dlm negara berkebajikan nih. huh. undang2 n buku kaler2 lebih tinggi drpd agama kan. hebat tul.

toleransi tu perlu, tp ku rasa makin lama kita macam dah hilang semua sebab asyik toleransi. ku tak harap negara ni jadi mcm negara2 luar yg asyik dgn rusuhan bagai, tp tak dapat tak, ku kagum jugak dgn dorg yg sanggup dan berani berjuang demi tuk pertahakan pegangan n identiti diri.

kalo banding negara kita dgn palestin, bumi palestin memang jauh dri kemajuan. tp antara rakyat kita dgn rakyat palestin.. jauh sangat lagi kan kte nak capai taraf setinggi dorg..jauhh saangaatt.. :'(

fikir2 balik, betul ke kte dah merdeka? ke sekadar laung dan g konsert?

aish.

No comments:

Post a Comment