Thursday, October 20, 2011

kelip

Salam.

Macammana nak mula ea. Yg pastiny entri kali ni xde kaitan dgn interview. Ku pause jap crite pasal tu. Dsbbkan ku pernah baca entri psl ulasan tentang sesuatu, yg mana menyakitkan hati pihak2 yg ada kaitan dgn ‘sesuatu’ tu, so ku harap takde entri2 hasil taipanku ni menyakitkan hati spe2. Cam serius sgt la plak.. -.-‘

Ok. Ni pasal filem yg tgh duk tayang kt pawagam tu. Yup, klip 3gp. Ku dah tgok hari ahad lepas. N de la jugak beberapa kawan yg Tanya ok ke x filem tu.. n setakat ni sorg pun ku xjawab lg. sebab ku taktau nk jawab camne. Persepsi org kan berbeza. Ok utk ku, mgkin sgt tak ok utk org lain, ye tak?

Ku de tgok kan fb, setakat yg ku jmpa dah de 2 page yg boikot filem tu. N yg like official page pun de yg mngata sec terang2 jugak. Siap suh tarik balik suma. Ku usha2 komen yg org2 asyik kutuk filem tu majoritiny tak tgok lg pun filemny, tp sukasuki jugde. Setakat tgok trailer nk cakap lbey2 cam agak kurang patut la wey.

Ok, honestly ku g tgok pun sbb ku minat zahiril n mimie. Ku percaya yg dorg ni mmg akan buat yg terbaik dlm keje dorg. Faralyna idris pun ku agak suka jugak. Ku rasa yg jadi isu kat sini, yg mmbuatkan de yg ckp tu filem ala2 lucah la suma adalah adegan mimie kena rakam tu kan? Ku bukanlah nak backup or nak kata yg ku suka dgn scene tu ke apa, cumanya dah kje pelakon tu berlakon. So dri segi lakonan, ku rasa mimie dah buat yg terbaik. Die dah bukan mimie dah dlm tu, tp maria. Dah watak maria tu mcm tu yg direka oleh pngarah, so nak blame mimie lebih2 ku rasa cam xpatut.

Dan oleh sbb filem tu baru je sminggu lebih kuar panggung, so segala review n komen2 negatif mesti akan effect org nak g tgok atau x. buat filem bukan mudah. Bukan murah. So kalo nak sedap2 mulut je mgutuk hasilpenat lelah org lain sgtlah tak bagus. Just sapa rasa nak tau apa jadi dlm filem tu, pergi je la tgok. Spe yg rasa die xsgup tgok n taknak tahu, xyah la amik tahu, xyah g tgok. Xde sape paksa. Xperlu kan nak kutuk2 bagai. Kritikan biar membina, bukan membunuh.

Pada ku personally, ku harap setiap cerita yg ku byr utk tgok, ku dpt sesuatu. De sbelum ni bbrpa filem yg ku dibelanja tgok, promosi bukan main hbt, plakon suma popular, tp crite kosong. Kuar panggung, xtau dpt pe. Xtau nak pk pe. Otak kosong.

Dri klip 3gp ni, atleast ku rasa ku dpt sesuatu. Nak buat apa2, fikir dulu. Jgn senang sgt nak percaya lelaki. Tak kisahla teman lelaki ke, kwn lelaki ke, even dlm crite ni abg sendri pun lg dasyat. Mmg dlm filem ni die pergi agak jauh la psl rakaman vid2 18sg n rogol suma. Tp kalo kte cuba relate dgn isu yg light sikit, lbh kurang kalo awak tu bertudung, xyah la nak gatal2 bg gmbr free-hair dkt bf ye. Sekalipun dgn janji utk simpanan peribadi, stil bukan mahram kan? Stil xboleh kan? So, gadis2 silalah jaga maruah masing2. Tolong jd mahal. Tolonglah jd berharga.

Lg 1 ku rasa pe yg filem tu nak sampaikan adalah, viewer yg tonton klip2 melampau tu kat website, cth youtube, Cuma tgk pe yg ada tunjuk dlm klip tu je. Dan anggap tu sebagai hiburan. Tp cerita disebalik kisah dlm setiap klip yg diupload tu, hanya org yg direkod n merekod je yg tahu. Berapa ramai yg hidupny, masa depan, karier, nama baik musnah sbb 1 klip je. Berapa ramai yg mgkin dibunuh ke, atau mgkin hidup dlm ugutan ke sbb 1 klip.. dll.. suma org buat silap, plg malang kalo 1 kslpan tu mmusnahkan seluruh hidup, lbh malang lg kalo 1 kslpan tu mmbawak ke byk kslpan2 lain..

Itu apa yg filem ni buat ku fikir. Ku tak tau la org lain. Dan ku memang tak halang ataupun syor spe2 utk tgok filem ni atau x. terserah masing2. Cumanya kalo de yg g tgok n rasa buang masa n buang duit, jgn blame org lain. Kalo nak blame jugak, blame diri sendiri je senyap2 sbb xde spe paksa awak tgok. Awak yg buat keputusan sendri kan? So, senyap2 sudah. Kalo de yg tgok, n buat die rasa n pk sme cam pe yg ku rasa, kte mgkin boleh kwn chitchat kot? Leh share2 pendapat. :P

Cumany pd yg mungkin de plan nk g tgok ng bf or kwn2 llaki (vice versa) ku xbrape rekemenkan la.. sbbny ku yg tgok dgn si little kim’s (sister) agak rasa segan dgn penonton2 llaki yg penuh kat kerusi baris blkg seat ktorg tu, esp masa scene2 merekod klip2 la. Dorg tgok scene prempuan kena rogol pun leh glak2. Aish.. tak faham tul. Tak patut tul. So, ku rasa g tgok ng kwn2 yg same sex better la, atleast korg dpt rasa perasaan yg sama..

No comments:

Post a Comment