Wednesday, May 23, 2012

tentang faham


‘kalaulah ada orang yg faham…’

Motivator selalu cakap, orang loser je selalu guna perkataan ‘kalau’ nih. Dah, kenapa perkataan tu dicipta? Ke memang dicipta khas untuk loser? So, memang patut ada dan terus ada la loser2 ni kan demi utk perkataan ‘kalau’ ni terus wujud?

……………………………………pause……………………………………..

Masa tu tak menentukan seberapa dalam atau berapa jauh tahap kekenalan seseorang tu dengan seseorang yang lain. Hidup lah bersama 20 tahun pun, kalau memang tak boleh nak faham, memang takkan faham. Atau baru je kenal kurang 2 tahun, tapi kalo dah rasa2 boleh faham, memang akan faham.

Untunglah.

Kalau ada yang faham.

Memang takkan hundred percent faham, tapi cukuplah sekadar faham.

Sebab tak semua orang sama. Sampaikan ada philosopher yg cakap manusia ni adalah ‘haiwan yang tersangat kompleks’. Bukanlah nak bersetuu dengan teori manusia tu binatang. Tapi sangat bersetuju dengan manusia itu kompleks. Rumit. Memang.

Kadang2 diri sendiri pun kita susah nak faham, apalagi nak faham orang lain. Tapi tu tak bermakna yang takkan ada orang yg faham kita dalam dunia nih. Ada. Ku yakin ada. Cuma mungkin belum jumpa, atau ugak mungkin takkan jumpa. Tapi ada tu ada.

Untunglah,

Sesiapa yang dah jumpa. Yang betul2 faham.

Sebab tak semua orang boleh luahkan apa yang die rasa. Tak semua boleh zahirkan apa yang die fikir. Ada je yang tak boleh nak luah dan zahirkan byk perkara, tapi die tetap rasa dan fikir. Cuma orang tak Nampak. Logiklah benda yang tak ditunjuk untuk tak dilihat kan. Sebab tu, untunglah kalo ada yg faham.

Tak pastilah atas dasar apa. Mungkin bercampur aduk dgn tarikh lahir, bilangan anak yg ke berapa2, zodiac, jenis darah dll menjadikan setiap manusia tu berbeza2. Die mungkin seorang yang Nampak dingin sebab dia berdarah A, tapi dlm masa yang sama dia jugak sangat sensitive sebab dia berzodiak Taurus. Atau mungkin dia seorang yang sgt bercita-cita tinggi sebab die berzodiak scorpio, tapi dalam masa yg sama die seorang yang sgt sukar utk memaafkan dri sendiri sebab die berdarah AB.

Bukanlah nak kata setiap manusia ni terlampau berbeza sangat sampai susah sgt nak faham. Cumanya ada certain2 perkara, atau personality kita yang agak susah utk kebanyakan orang faham. Contoh, si A diam bila suasana ttbe jadi tegang. Sebab diam tu pd die utk meleraikan ketegangan n keadaan akan jd ok balik. Sebaliknya kalo si B tak dapat faham diam si A, si B akan ingat diam si A adalah tanda si A dah rasa annoyed/disguisted/irritated dll dgn si B smpai tahap taknak cakap apa2 dah, menyebabkan si B akan rasa lebih bengang dan keadaaan akan jdi jauh lebih tegang n boleh jadi terputus bila ketegangan dah capai tahap max. padahal, isunya ‘diam’ jer. Tapi sebab tak dapat nak faham, camtulah.

Sebab tu, kalau lah boleh. Kalaulah. Cubalah jangan cepat sangat nak assume orang lain. Sebab kita tak faham, dan memang takkan faham orang lain kalo kita tak cuba nak faham. Tapi selalunya walaupun kita cuba nak faham, tetap tak faham jugak, tu maknanya kta memang takkan boleh faham. Kita bukan orang yang betul utk faham dialah tu. Takpelah.

Cumanya kalaulah boleh. Kalaulah. Cubalah untuk tak terlalu cepat keluarkan kata2 atau set kat mind;

“sensitive tak betempat la minah nih.:
“tak boleh bawa melawak langsung.”
“cubalah tunjuk caring sikit. Ni macam tak kisah langsung.”

…………………………………….pause…………………………….

Sebab awak tak faham. Jadi biar dia cari orang yg boleh faham dia. Atau awak rasa yang dia tak faham awak? Jadi sila pergi cari orang yg boleh faham awak.

Untunglah,

Kalau sempat jumpa.

mereka dalam video ni contoh yang saling faham. tak perlu dicakapkan atau ditunjukkan. sebab, mereka faham. dah cukup. 



No comments:

Post a Comment