Sunday, November 14, 2010

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.rangkap satu, kata mula -pendahuluanku. salam mula cara kita, sejahtera semua..

Sampai syurga-episod 1

Mentari pagi itu betul-betul ceria. Sejak jam 9 pagi tadi telah mula memancarkan cahayanya. Tak jemu-jemu dengan tugas yang diberi tuhan padanya untuk menerangi segenap alam. dan pagi ini seperti selalunya aku asyik mengeluh penat turun dari tingkat 4 asrama fasa 1 dan kemudiannya pula perlu menggagahkan oto-otot kaki menghayun langkah ke kampus. Lebih kurang 20 minit untuk sampai ke kampus..dan pastinya perlu 20 minit juga menahan terik mentari. Seketika aku jadi malu dengan sang mentari, rasa malu pada tuhan. Sebaiknya manusia diciptakan, hinanya angkara diri sendiri..(tetiba macam terngiang-ngiang pula lagu ciptaan Faizal Tahir,nyanyian Rast-Setelah Aku Dipaling..) Pasti mentari saat ini memandang rendah padaku,terlalu lemah,fizikal juga mental..kemana perginya umat Nabi Muhammad yang amat dikasihinya?? Ah,pastinya kekasih Allah itu sedih melihatkan umatnya(yakni aku )yang begini…

Assignments yang bertimbun, lab report yang merumtikan(bahagian discussion khususnya,nak kena translate procedure lagi.. )ditambah lagi dengan paperwork aktiviti kelab yang tak setle-setle..(kurang selesa berkomunikasi dengan salah seorang ajknya sebenarnya,so kerja jadi makin sukar..)terasa kepala semakin berat,jiwa semakin sesak,fikiran makin buntu dan hati pun jadi sakit..huhu..turun dari kompleks kuliah tadi,aku TERselisih dengannya..tapi tak pandang,ok..harus menundukkan pandangan..aku kagum dengan dia. Walaupun aku tak kenal sangat dengan dia,tapi aku betul-betuk kagum. Sungguh. Dari cerita kawan-kawan,aku dengar dia aktif dalam aktiviti kampus,akademik pun ok..paling penting,akhlaknya paling aku respect.budak suraulah katakan..jarang-jarang aku mengagumi orang macam ni,tambah-tambah lagi muslimin..ada saja slacknya di mata aku(termasuklah si poyo-ajk kelab yang aku meluat tu..)memang ramai yang ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ di sini..tapi yang ‘ustazah’nya selalu pandang slack pada kawan-kawan lain yang ‘tak seperti mereka’, yang free-hair terutamanya(tak semualah macam itu,segelintirnya..)walaupun aku tak free-hair,tapi aku pernah sebilik dengan budak free-hair.(dia betul-betul baik,tak pernah menyakitkan hati orang lain..mudah untuk minta maaf bila tersalah..aku harap sangat satu detik nanti hatinya terbuka untuk bertudung..harap sangat-sangat.)dan sepanjang 2 semester sebilik dengannya,aku faham sesangat perasaan golongan macam dia.rasa rendah diri dan amat tak layak untuk bersahabat dengan golongan-golongan ‘budak baik’ ni..dan bila perkara ini berterusan,maka yang baik mungkin akan terus baik,tapi yang sebaliknya?? Akan terus dibiarkan tersalah arah ke..sampai bila..lagi satu yang buat aku konfius betul,tentang pandangan slack ‘ustazah-ustazah’ni..setahu aku lah(yang amat cetek pengetahuan ni..mohon betulkan bila aku tersalah)Rasulullah s.a.w. sendiri tak suka kita sebagai manusia ini memandang rendah sahabat-sahabat yang lain.sedangkan kaum kafir zimmi pun perlu dijaga kebajikan mereka,apatah lagi sesama saudara Islam..dan sekalipun kita tak senang dengan kelakuan sahabat kita(memang seharusnya membenci perkara-perkara mungkar) tapi yang patut dibenci hanyalah perkara tersebut.cukup setakat itu. Bukannya individu yang melakukannya..(macam orang kutuk faizal tahir.aduh,sakit betul hati aku ni..)kan lebih baik kita doakan kebaikan orang itu,moga-moga dia tak tersalah langkah lagi dan lebih berfikir panjang selepas ni..daripada mengutuk dan terus-menerus menghukum..hello,awak tu perfect sangat ke?? yang ‘ustaz’nya pula,aspek pengetahuan ilmu agamanya memang mantap,tapi sering aku lihat bergurau-senda dengan muslimat sampai ketawa terbahak-bahak..memanglah ilmu aku cetek,memang aku akui aku ni jahil bab-bab ni,tapi aku ingat lagi ustazah aku(the real one)selalu ingatkan tentang pergaulan lelaki-perempuan bukan mahram.kalau tak ada hal penting(betul-betul penting,ok!)sebaiknya tak perlulah berjumpa,apa lagi kalau saja-saja hendak usik-mengusik dan bergurau-senda..pernah gak seorang sahabat aku di matrik dulu bertanyakan ustazah ,”bagaimana kalau berdiskusi pelajaran?study-group contohnya..”dan tahu apa ustazah aku cakap?? “dah tak ada muslimat lain ke dalam kelas tu sampai perlu berdiskusi dengan muslimin??dan awak boleh jamin ke hati awak tu betul-betul ikhlas berdiskusi??tak perlulah melakukan sesuatu yang awak tak pasti,sebab dari rasa tak pasti itulah syaitan akan masuk jarum.” dan ustazah aku tambah lagi,yang aku tak akan lupa sampai bila-bila,insyaAllah..”jangan nak menghalalkan yang haram dengan sesuatu yang halal.dalam Islam,matlamat tak pernah menghalalkan cara.” Betul juga,kita menuntut ilmu Allah sebagai satu ibadah, dan kalau diselitkan dengan sesuatu yang Dia murka dalam laluan mencapai kejayaan,sekalipun berjaya di dunia tapi mana mungkin mendapat keredhaanNya..dan pastinya,tak ada yang lebih penting daripada peroleh keredhaanNya..aduh,apa yang aku mengomel sorang-sorang ni? Patutlah budak sebelah ni pandang semacam saja..malunya..tak apa,control-control..cuba buat tak tahu saja..erm,masalah aku tadi tak setle lagi.sekarang aku sudah tambah satu lagi isu untuk difikirkan..huhu..tak boleh jadi ini,aku HARUS buat sesuatu.kalau dibiarkan bisa jadi makin parah.

No comments:

Post a Comment