Monday, November 29, 2010

penulisan tulisan

from nothing to something, from nobody to somebody..tak salah untuk bermimpi kerna kalo itu yg kita harapkan, n kita usaha ke arahnya..insyaAllah, mimpi bisa jadi realiti..rangkap satu, kata mula. pendahuluanku. salam mula, cara kita. sejahtera semua.

mulakan harimu dengan senyuman, semoga segala kesulitan dapat kau hadapi dengan penuh indah.. rasa indah itu hanya dapat setelah melalui saat2 yang kurang indah kan? begitu juga seperti kata pakar2 motivasi, hanya org yang gagal dapat merasai nikmat kejayaan yang sebenar-benarnya..

malam tadi terjaga awal sebab bersin tak berenti. start dgn menelaah nota sebentar. sangat sekejap. 2 slides je lepas. haha. umpama next paper seminggu lagi. masih tak sedar lagi.

apapun, masa berjaga tu tak la dibazirkan tanpa erti. tapi kuperuntukkan mambaca latest entry tulisan fynn jamal. cara2 menulis dengan baik. jadi, lebih baik tak tulisan ku kali ni? haha

segala kesalahan2 yang dilistkan kat situ, semuanya kerap kubuat. jadi, ku akan cuba ubah sedikit demi sedikit. bak kata mizznina, slow2 kayuh :) jadi mulai hari ni akan cuba dikurangkan kesalahan ejaan yang saja dibuat. typo tu xpelah. miss typo, dont worry ye?

lagi satu adalah penggunaan banyak titik selepas ayat. erm, terbiasa sudah. sampaikan kalau dapat reply sms tanpa titik yang banyak selepas setiap ayat, umpamanya tiada minat dan keikhlasan je mereply. persepsi yang kurang bijak.

paagi ni nak bercerita tentang tulisan je.

terus terang, kuminat sangat menulis. kalau dah start menulis atau menaip, laju je perkataan2 seterusnya akan keluar tanpa perlu brainstorming. pastinya tulisan berdasarkan pendapatlah. kalau berdasarkan fakta seperti menjawab soalan esei dalam peperiksaan, pasti penat juga otak ni dikerah untuk berfikir.untuk cuba mnengingat segala fakta yang telah dihafal malam sebelumnya.

peliknya tak pernah cuba untuk belajar lebih dalam dalam bidang ni. belagak? merasakan kalau dah dilahirkan sebagai melayu, di bumi malaysia, teruk macammana pun tak perlu nak ambil tuisyen bahasa malaysia. nanti orang kata kerek je.sekali lagi pemikiran kurang bijak.

masa pmr, cuba buat yang terbaik semata-mata nak masuk kelas sains atau lebih baik pergi sekolah menengah sains.syukur dapat masuk kelas sains. takut sangat andai tercampak ke kelas vt.

kenapa? sekali lagi persepsi kurang bijak kerna menganggap kelas sains itu utk org pandai2 dan vt sebaliknya. mengabaikan minat sendiri demi mengagungkan pandangan orang keliling. bodoh.

konon kata orang, yang dimasukkan ke kelas vt itu sebab dirasakan tak mampu untuk membawa segala bagai killer subjects. hakikatnya, ku sendiri yang takut dan merasa tak mampu untuk membawa subjek2 seperti akaun, ekonomi, perdagangan dan segala macam subjek yang kalau salah pemahaman pada awalnya, pasti akan terpesong seluruhnya.

takut pada risiko. takut pada kemungkinan akan gagal. antara ciri-ciri seorang loser. hakikat memang selalunya pedih lagi perit.

masuk mrsm, lagi aliran sains. mangharapkan dapat masuk matrik sekalipun tau tiada bidang bahasa di matrik sebab takut tercampak ke form6 atau diploma yang dirasakan pada ketika itu untuk org2 yang kurang baik resultnya dan membazirkan masa semata.

juga pemikiran bodoh. kurang membaca yang berlambak insan-insan berjaya bermula dengan form6 dan diploma. terlalu mengikut jalan yang dirasakan pasti akan selamat.

sampai ke uni, masih dalam bidang sains walaupun semasa di atrik telah menanam dalam hasrat untuk takkan belajar lagi kimia dan biologi. saya bukan penghafal yang baik.noktah.

tak lama lagi akan tamat pengajian dalam bidang sains makanan ni. ya, memang ku suka makan, semua orang pun. tapi sains itu, oh.. ku pun sedar yang ku bukan penggenerate idea yang baik. jenuh brainstroming untuk 1 idea. susah yang amat.

tapi kalau menulis ni, lancar je idea mengalir keluar dari otak lalu menghantar isyarat kepada tangan untuk terus menulis. minat itu penting kan dalam membuat sesuatu? pastinya ilmu itu penting gak agar tak terlalu merepek.

bukanlah bermaksud ku tak minat apa yang selama ni kubelajar. minat juga. tapi rasanya lebih kepada tanggungjawab. jadi pelajar, harus belajar. berpeluang mendapat tempat di ipta, harus menceduk ilmu sebanyak mungkin. diberikan biasiswa, harus ada rasa berterima kasih dan mencuba membalas dengan usaha.

di sebabkan itu, agak takut untuk melangkah ke dunia baru tak lama je lagi.alam pekerjaan. setelah hampir 16 tahun menghuni dunia pembelajaran, kini harus berpindah. mau saja terus di sini, tapi sampai bila? apa guna ilmu kalau tak dipraktikkan?

mau tak mau harus melalui. lets follow the flow. walauapapun, buat apa sekalipun dalam hidup, mesti sungguh-sungguh.minat minat gak, tapi setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. jangan biarkan hidup di dunia nih tak bermakna dan disia-sia. bak kata entah siapa, hidup tak mengapa kalau tak memberi, tapi jangan asik minta diberi. menyusahkan orang lain tu namanya.

konklusinya, hidup baik-baik ya? :)

No comments:

Post a Comment